Pusat Khidmat Masyarakat DUN Slim

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Slim Page Rasmi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Slim

14/05/2026
14/05/2026
08/05/2026

JANGAN PERCAYA NARATIF ‘GO SOLO’ AKHIRNYA BERPAKAT DENGAN DAP - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

PADANG TERAP - UMNO sedang memainkan naratif politik dengan menggunakan slogan ‘go solo’ bagi menggambarkan parti itu menentang DAP, namun realitinya parti itu akan kembali bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, naratif tersebut hanya bertujuan untuk mempengaruhi pengundi Melayu supaya kembali menyokong UMNO dalam PRU16.

“Jangan percaya naratif ‘go solo’, akhirnya mereka (UMNO-DAP) berpakat semula. UMNO sekarang cuba secure sokongan dengan main silap mata, kononnya lawan DAP, sedangkan di belakang tetap bekerjasama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Padang Terap, pada Rabu.

Menurut Sanusi, strategi itu digerakkan bagi mewujudkan persepsi bahawa UMNO menolak DAP, terutama menjelang PRU di beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan mungkin Negeri Sembilan yang didakwa berdepan krisis politik.

“Nak tunjuk pada orang Melayu bahawa UMNO tolak DAP, buatlah krisis dan hentam DAP tetapi di belakang cium mulut (politik) jadi UMDAP. Usaha itu untuk mengaburi mata orang Melayu, bimbang semakin jauh dari parti itu, maka buatlah naratif lawan DAP. Jangan bohong banyak sangat nanti malu pada diri sendiri,” katanya.

Tambah beliau, naratif itu adalah bagi memancing undi Melayu agar UMNO dapat kembali berkuasa.

“Mereka dulu kata lawan DAP, sekarang duduk sekali dalam kerajaan. Habis mengundi PRU16, mereka akan pakat semula dengan DAP, tubuhkan kerajaan. Tunggu tengok, semua itu (go solo) mengarut,” katanya.

Sanusi tegaskan, UMNO berbeza dengan PAS yang konsisten dalam perjuangan walaupun tanpa jawatan dalam kerajaan.

“Ahli PAS terus bekerja walau tiada jawatan. Bila diperlukan, kita turun membantu secara sukarela. Itu kekuatan kita. UMNO kalau tak ada jawatan, ibarat habis oksigen.

“Bila rakyat tahu kita ada orang-orang hebat yang korbankan masa, wang ringgit dan tenaga untuk menyelamatkan negara ini, kenapa nak tolak kita.

“PAS pernah tawarkan persahabatan dengan UMNO, kita lupakan sengketa, lupakan apa jua peristiwa termasuk insiden Lubuk Merbau dan Memali. Kita maafkan demi persahabatan, ikhlasnya kita,” jelasnya.

Tambah beliau, namun UMNO tidak pernah berubah dan sering mengulangi kesilapan lalu.

“Masih nak percaya UMNO? Bagaimana UMNO berkuasa, kita akan cerita sebagai subjek sejarah saja,” katanya.

Dalam masa sama, beliau tegaskan, pengundi telah menunjukkan penolakan terhadap UMNO di Kedah pada pilihan raya lalu, termasuk di beberapa kerusi utama seperti Padang Terap.

“Kalau bukan PAS menang, UMNO akan menang. Tetapi rakyat sudah beri isyarat jalan keluar kepada UMNO dalam beberapa PRU lepas,” katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/05/jangan-percaya-naratif-go-solo-akhirnya.html

08/05/2026
04/05/2026

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas jasa, keberanian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat.

Pengorbanan anggota bomba yang sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai situasi kecemasan amatlah dihargai dan menjadi simbol kecekalan serta keberanian yang tinggi.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati, serta semua anggota bomba sentiasa dilindungi dan dipermudahkan dalam setiap operasi yang dijalankan.”

Ikhlas daripada,
Warga Kerja
Pusat Khidmat Masyarakat
Ahli Dewan Negeri.

04/05/2026

Selamat Hari BOMBA SEDUNIA kepada seluruh anggota. Terima kasih atas khidmat yang telah dicurahkan.

2.5.2026Ust. Faiz Hj Zainal (YDP PAS Kawasan Tanjong Malim) mewakili (YB. Zulfadli Hj Zainal yang tak dapat hadir kerana...
03/05/2026

2.5.2026

Ust. Faiz Hj Zainal (YDP PAS Kawasan Tanjong Malim) mewakili (YB. Zulfadli Hj Zainal yang tak dapat hadir kerana ada urusan di luar kawasan) bersama En. Syahrul (staff Pusat Khidmat Masyarakat ADN Slim dan En. Anuar Saad (Bendahari Cawangan PAS Felda Besout 2) berkesempatan memenuhi jemputan walimatulurus dan Akikah,
1) En. Marzuki Bin Mohamed (Dewan Felda Besout 3)
2) Saudara Pali (Dewan Felda Besout 2)
3) Saudara Kahar (Dewan Masjid Felda Besout 2) akikah.
4) Cikgu Roslan (Dewan Ghazali Jawi, Slim River).
Semoga dengan jemputan ini, Allah merahmati majlis tuan-tuan.

.

1.5.2026Alhamdulillah, selesai menghadiri Program Tahlil dan Doa Selamat bersama Belia Felda Besout 4 dalam suasana yang...
02/05/2026

1.5.2026
Alhamdulillah, selesai menghadiri Program Tahlil dan Doa Selamat bersama Belia Felda Besout 4 dalam suasana yang cukup meriah dan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua belia yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu baik. Usaha seperti ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut rohani, malah mampu mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan ukhuwah dalam komuniti.

Saya hadir selepas selesai program di Air Kuning, Taiping, dan amat bersyukur dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh makna ini. Kehadiran saya turut diiringi oleh Ketua Pemuda PAS dan Setiausaha Pemuda sebagai tanda sokongan kepada usaha murni anak-anak muda di sini.

Dalam kesempatan ini, saya juga berbesar hati dapat menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada penganjur.

Semoga usaha seperti ini terus diperkasakan dan diberkati Allah SWT.

Address

No 63-A, Pusat Perniagaan Slim Perdana
Slim River
35800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat DUN Slim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share