pejabat unit pertahanan awam tanjung malim

pejabat unit pertahanan awam tanjung malim Talian Hotline Pusat Kawalan Operasi Daerah Muallim
+605-4520362 | +60143664611

๐Ÿ“šSELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU BATCH VALTA ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸซTahniah dan selamat menjalani Program Perantis Guru kepada semua wa...
26/07/2026

๐Ÿ“šSELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU BATCH VALTA ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ

Tahniah dan selamat menjalani Program Perantis Guru kepada semua warga Batch Valta.

Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap cabaran dihadapi dengan penuh keyakinan, dan setiap pengalaman menjadi bekalan berharga dalam membentuk diri sebagai pendidik yang berwibawa.

๐Ÿ“… 26 & 27 Julai 2026 hingga 27 & 28 Ogos 2026

โœจ Selamat menjalani perantisan dan selamat maju jaya!

Sedia โ€ข Pantas โ€ข Berintegriti

-Selamanya Valta-

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI








ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa Lt.M (PA) Wan Nur Aisyah Binti Wan Roslan (Batch...
25/07/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa Lt.M (PA) Wan Nur Aisyah Binti Wan Roslan (Batch Erudite) telah kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2026.

Justeru, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kor SISPA UPSI) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.
Sama-sama kita mendoakan agar Allahyarhamah diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta para mukminin.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

๐Ÿคฒ๐Ÿป Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....
Aamin Ya Robbal Aalamiin..

[MINGGU 14 - KELAS TERAKHIR VALTA] ๐Ÿ•š Jam: 8.30 โ€“ 10.30 Pagi๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 Jun 2026๐Ÿซ Tempat: Blok 10, Bilik Kuliah 1๐Ÿ‘ซ๐Ÿป Pen...
28/06/2026

[MINGGU 14 - KELAS TERAKHIR VALTA]



๐Ÿ•š Jam: 8.30 โ€“ 10.30 Pagi
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 Jun 2026
๐Ÿซ Tempat: Blok 10, Bilik Kuliah 1
๐Ÿ‘ซ๐Ÿป Penglibatan: Pelajar Kor SISPA UPSI Semester 6 (Batch Valta)

PKS Valta telah melaksanakan sesi pembelajaran semalam yang memfokuskan kepada topik NADMA. Selesai sesi pembelajaran, satu jamuan perpisahan ringkas telah diadakan bagi meraikan Batch Valta bersama tenaga pengajar yang dikasihi, Encik Anuar.

Jamuan ini menjadi momen bermakna memandangkan Batch Valta bakal melangkah ke Hari Pentauliahan pada bulan Ogos nanti. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Anuar atas segala ilmu, bimbingan, dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan ini.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan Batch Valta dapat memberikan yang terbaik menjelang Hari Pentauliahan kelak.

Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh SK. (PA) ANUAR BIN OMARODDIN

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM SEMESTER 6 | VALTA

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI








[KURSUS METODOLOGI LATIHAN SEMESTER4 BATCH INTER (VALOR)](DAY 2)๐Ÿ—“๏ธTarikh: 27 Jun 2026 (SABTU)๐Ÿ•ฃMasa: 8.00 am hingga 6.00 ...
27/06/2026

[KURSUS METODOLOGI LATIHAN SEMESTER
4 BATCH INTER (VALOR)]

(DAY 2)

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 27 Jun 2026 (SABTU)
๐Ÿ•ฃMasa: 8.00 am hingga 6.00 pm
๐ŸŒ‰Tempat: DEWAN KULIAH PUSAT KSAS, UPSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam hormat.

Kursus Metodologi Latihan Kor SISPA UPSI Semester 4 kini berlangsung dengan penuh semangat!

Perincian lanjut tentang Kursus Metodologi Latihan Kor SISPA UPSI Semester 4 pada hari kedua antaranya:

Slot 1: Headcount Anggota
Slot 2: Ujian Pengucapan Awam
Slot 3: Ujian Kursus Metodologi Latihan berlangsung dan ujian ini terdiri daripada 5 kumpulan, setiap satu kumpulan disertakan dengan satu orang penguji. Selain itu, tambahan sedikit ulasan daripada penilai ALPHA kepada semua yang berjaya menjalani ujian.

Kursus ini telah disertai oleh para peserta daripada batch Valor dan para penguji daripada pihak ALPHA.

Semoga kursus ini dapat mematangkan kefahaman serta membina keberanian dalam menyampaikan ilmu dan latihan secara berkesan. Teruskan komitmen serta usaha gigih kalian untuk melahirkan warga pertahanan awam yang cemerlang, berwibawa, dan berdaya saing.

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM SEMESTER 4 | VALOR

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI








[KURSUS METODOLOGI LATIHAN SEMESTER4 BATCH INTER (VALOR)](DAY 1)๐Ÿ—“๏ธTarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)๐Ÿ•ฃMasa: 9.00 pm hingga 10.0...
27/06/2026

[KURSUS METODOLOGI LATIHAN SEMESTER
4 BATCH INTER (VALOR)]

(DAY 1)

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ฃMasa: 9.00 pm hingga 10.00 pm
๐ŸŒ‰Tempat: DEWAN KULIAH PUSAT KSAS,UPSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam hormat.

Kursus Metodologi Latihan Kor SISPA UPSI Semester 4 kini berlangsung dengan penuh semangat! Kursus yang berlangsung ini menyaksikan penglibatan aktif daripada peserta Batch Valor.

Terdapat ujian dan penerangan daripada ALPHA untuk Kursus Metodologi Latihan Kor SISPA UPSI Semester 4 pada hari pertama antaranya:

Slot 1: Taklimat Mengenai Kursus Metodologi Latihan dan Ujian Bertulis

Semoga kursus ini dapat mematangkan kefahaman serta membina keberanian dalam menyampaikan ilmu dan latihan secara berkesan. Teruskan komitmen serta usaha gigih kalian untuk melahirkan warga pertahanan awam yang cemerlang, berwibawa, dan berdaya saing.

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM SEMESTER 4 | VALOR

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI








[MINGGU 14]BARIS PAGI๐Ÿ•š Jam : 6:30 PAGI๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 24 JUN 2026๐Ÿซ Tempat : GELANGGANG KOLEJ ZABAPKS Batch Senior, Inter dan...
26/06/2026

[MINGGU 14]

BARIS PAGI

๐Ÿ•š Jam : 6:30 PAGI
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 24 JUN 2026
๐Ÿซ Tempat : GELANGGANG KOLEJ ZABA

PKS Batch Senior, Inter dan Junior telah mengadakan baris pagi yang merupakan roll call terakhir bagi Batch Senior (Batch Valta) sebelum ditauliahkan sebagai pegawai Kor SISPA. Aktiviti dimulakan dengan pemeriksaan kekemasan diri bagi memastikan setiap anggota mematuhi piawaian penampilan yang ditetapkan. Seterusnya, semua batch menjalankan aktiviti Physical Training (PT) bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan daya tahan.

Selain itu, sesi diteruskan dengan perkongsian refleksi sebagai penghargaan terhadap perjalanan latihan yang telah dilalui sepanjang berada dalam Kor SISPA. Suasana turut diserikan dengan sesi bersalam-salaman antara Batch Senior, Inter dan Junior sebagai simbolik ukhuwah, penghargaan serta ikatan persaudaraan yang telah terjalin. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan ketiga-tiga batch sebagai kenangan sempena roll call terakhir Batch Senior sebelum ditauliahkan.

Objektif aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan semangat kekitaan, memupuk nilai persaudaraan, menghargai pengalaman sepanjang menjalani latihan serta meninggalkan kenangan bermakna dalam kalangan anggota Kor SISPA.

Baris pagi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua Kor, Muhammad Amirul Hakimi bin Hamdi.

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI








[LENSA KARNIVAL KOKURIKULUM 2026 ๐Ÿ“ธ]๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)๐Ÿ“ Tempat: Padang Kawad, KSASAssalamualaikum dan salam se...
22/06/2026

[LENSA KARNIVAL KOKURIKULUM 2026 ๐Ÿ“ธ]

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat: Padang Kawad, KSAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekitar lensa yang merakamkan kemeriahan Karnival Kokurikulum 2026 dengan tema โ€œBeyond Academics, Building Leadersโ€, menghimpunkan warga UPSI dan masyarakat dalam suasana yang penuh semangat, keterujaan dan penghayatan terhadap aktiviti kokurikulum.

KOR SISPA UPSI turut berpeluang mempamerkan pelbagai persembahan dan demonstrasi yang berjaya menarik perhatian para pengunjung, antaranya:

โค๏ธ CPR Berirama
๐Ÿ Persembahan Pengendalian Ular
๐Ÿš‘ Kemahiran Kecemasan dan Pameran Interaktif

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memberikan sokongan serta kepada seluruh anggota KOR SISPA UPSI yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap persembahan dengan penuh dedikasi, disiplin dan profesionalisme.

Semoga penglibatan ini menjadi platform untuk memperkenalkan peranan KOR SISPA UPSI dalam melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya tahan dan sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat.

๐Ÿ“ธ Inilah antara momen-momen terbaik sepanjang Karnival Kokurikulum 2026. Terima kasih atas sokongan anda!

KOR SISPA UPSI

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI











[KARNIVAL KOKURIKULUM 2026]๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 Petang โ€“ 5.00 Petang๐Ÿ“ Tempat: Padang Kawad, KSASAss...
19/06/2026

[KARNIVAL KOKURIKULUM 2026]

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 Petang โ€“ 5.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang Kawad, KSAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom memeriahkan Karnival Kokurikulum 2026 yang membawakan tema โ€œBeyond Academics, Building Leadersโ€!

Khas buat warga UPSI dan masyarakat setempat, karnival ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang mencerminkan keupayaan, kemahiran serta semangat kepimpinan mahasiswa melalui penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum.

Antara tarikan utama yang bakal dipersembahkan oleh KOR SISPA UPSI:
โค๏ธ CPR Berirama
๐Ÿ Persembahan Ular
๐Ÿš‘ Demonstrasi kemahiran dan pameran interaktif

Saksikan sendiri gabungan kemahiran, disiplin dan kreativiti anggota KOR SISPA UPSI dalam persembahan yang penuh informatif serta menghiburkan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat peranan badan beruniform dalam melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya tahan dan berkepimpinan.

โœจ Jom hadir dan meriahkan Karnival Kokurikulum 2026! โœจ

KOR SISPA UPSI

SEDIA โ€ข PANTAS โ€ข BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Naib Canselor UPSI
Pusat Kokurikulum UPSI
TNC HEPA UPSI











Address

LOT 9149, Jalan RUMAH REHAT
Slim River
35800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when pejabat unit pertahanan awam tanjung malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to pejabat unit pertahanan awam tanjung malim:

Shortcuts

Share