28/07/2026
*KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH MUALLIM KE ATAS KETUA POLIS PERAK*
Ipoh | 28 Julai 2026
Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim telah mengadakan kunjung hormat ke atas YDH CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Turut mengiringi kunjungan tersebut ialah YDH. Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim serta YDH Superintendent Khalid Mohamad, Ketua Polis Daerah Muallim.
Kunjungan hormat ini merupakan wadah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta mempererat jalinan silaturahim antara Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak. Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan menyelaras kerjasama berkaitan pelbagai isu semasa yang melibatkan pentadbiran daerah, keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.
Selain itu, kunjungan hormat ini turut diadakan sebagai persediaan awal bagi Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim yang bakal disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek penyelarasan dan kerjasama antara semua agensi yang terlibat bagi memastikan majlis bersejarah tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dengan jayanya.
Semoga jalinan kerjasama erat yang terjalin antara Pejabat Daerah dan Tanah Muallim serta PDRM Kontinjen Perak akan terus diperkasakan demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, memelihara keselamatan dan ketenteraman serta menyokong agenda pembangunan Daerah Muallim yang mampan, selamat dan sejahtera.