PAS Kawasan Tanjong Malim

PAS Kawasan Tanjong Malim Halaman Facebook Rasmi PAS Kawasan Tanjong Malim

30/05/2026

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK USTAZ IDRIS BIN HJ AHMAD

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

HORMATI INSTITUSI RAJA DAN JANGAN CETUSKAN KETEGANGAN KAUM

PAS Negeri Perak memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP, Tony Pua, yang dilihat mempertikaikan titah serta nasihat DYMM Sultan Selangor berkaitan isu-isu yang menyentuh asas Perlembagaan Persekutuan, keharmonian kaum dan sensitiviti masyarakat majmuk negara ini.

Institusi Raja-raja Melayu merupakan payung kepada kestabilan negara dan lambang perpaduan rakyat. Justeru, sebarang respons terhadap titah atau pandangan Raja-raja Melayu hendaklah dilakukan dengan penuh adab, berhati-hati serta menghormati kedudukan institusi tersebut dalam kerangka Perlembagaan negara. Sikap mempertikaikan atau memberi reaksi secara terbuka dengan nada yang mengundang polemik hanya akan menambahkan keresahan rakyat dan mengeruhkan lagi hubungan antara kaum serta agama.

PAS Perak berpandangan bahawa isu-isu melibatkan Bahasa Kebangsaan, pendidikan, agama, perlembagaan dan hak-hak yang termaktub dalam kontrak sosial negara tidak boleh diperdebatkan secara emosional dan sempit. Semua pihak perlu mengutamakan pendekatan yang lebih matang dan bertanggungjawab demi memelihara keamanan serta keharmonian negara yang telah dibina sejak sekian lama.

Pada saat rakyat sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan cabaran global, negara memerlukan kepimpinan yang menenangkan keadaan serta memperkukuhkan perpaduan rakyat, bukannya terus mencetuskan kontroversi demi kontroversi yang tidak membawa manfaat kepada negara.

PAS Perak menyeru semua pihak agar kembali menghormati semangat Perlembagaan, menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum serta mengelakkan kenyataan yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK USTAZ IDRIS BIN HJ AHMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

Merangkap Naib Presiden PAS

🩸 *AMAL MEGA BLOOD DONATION - SEMARAK KASIH AMAL 2026* 🩸Buat julung kalinya *Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Malim...
18/05/2026

🩸 *AMAL MEGA BLOOD DONATION - SEMARAK KASIH AMAL 2026* 🩸

Buat julung kalinya *Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Malim* dengan kerjasama *Unit Tabung Darah Hospital Slim River* akan menganjurkan program *Amal Mega Blood Donation* yang akan diadakan pada ;

📅 *23 Mei 2026 - Sabtu*
⏰ *8.00 pagi - 12.00 tengah hari*
📍 *Unit Tabung Darah, Hospital Slim River*

Kami ingin mengajak anda semua untuk turut serta dengan mendaftar sebagai penderma.

Tekan link pendaftaran di bawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenH_ROK7VlZYu1mV0td6kSQO5fLzx-hi8LOTf98Hm2AL5O7A/viewform

Atau scan QR Code pada poster iklan ini.

Satu beg darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jumpa di sana❗




“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Tanjong Malim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepa...
04/05/2026

“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Tanjong Malim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas jasa, keberanian dan pengorbanan dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat.

Sesungguhnya tugas yang digalas amat mencabar dan memerlukan kecekalan fizikal, kekuatan mental serta keikhlasan yang tinggi dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah SWT, serta seluruh anggota bomba sentiasa diberikan keselamatan, kekuatan dan perlindungan dalam setiap operasi yang dilaksanakan.”

Ikhlas daripada,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Tanjong Malim.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 kepada semua sektor pekerjaan di Malaysia. Ikhlas dariPAS Kawasan Tanjong Malim.
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 kepada semua sektor pekerjaan di Malaysia.

Ikhlas dari
PAS Kawasan Tanjong Malim.

Jom sertai program Amal Mega Blood Donation sebagai penderma darah!Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sebagai pen...
27/04/2026

Jom sertai program Amal Mega Blood Donation sebagai penderma darah!

Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sebagai penderma.

🩸 AMAL MEGA BLOOD DONATION - SEMARAK KASIH AMAL 2026 🩸

Buat julung kalinya Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Slim River akan menganjurkan program Amal Mega Blood Donation yang akan diadakan pada ;

📅 23 Mei 2026 - Sabtu
⏰ 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Unit Tabung Darah, Hospital Slim River

Kami ingin mengajak anda semua untuk turut serta dengan mendaftar sebagai penderma.

Tekan link pendaftaran di bawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenH_ROK7VlZYu1mV0td6kSQO5fLzx-hi8LOTf98Hm2AL5O7A/viewform

Atau scan QR Code pada poster iklan ini.

Satu beg darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jumpa di sana❗




02/04/2026

Lihat video TajRMR.

02/04/2026
30/03/2026

Kami konsisten menyuarakan keperluan untuk menghadkan lesen penjualan arak, khususnya di kawasan majoriti umat Islam di Kuala Kangsar. Langkah yang diambil ketika kami menjawat jawatan Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bukan sekadar dasar biasa, tetapi satu usaha menjaga keselamatan, moral dan kesejahteraan masyarakat.

Hari ini, kita semakin kerap melihat video kemalangan jalan raya yang tular melibatkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa insan yang tidak berdosa. Perkara ini bukan lagi isu terpencil, tetapi telah menjadi ancaman serius kepada rakyat.

Kami ingin menegaskan bahawa usaha menghadkan penjualan arak perlu diperluaskan dan diperkasakan, bukan dilonggarkan. Kesannya jelas membawa mudarat besar kepada masyarakat, khususnya dari sudut keselamatan jalan raya dan keharmonian sosial.

Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu memandang serius isu ini. Kementerian Pengangkutan khususnya mesti tampil dengan langkah yang lebih tegas dan berkesan bagi menangani pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Keselamatan rakyat bukan perkara yang boleh dikompromi.

https://www.kosmo.com.my/2021/12/30/dilarang-jual-arak-di-kuala-kangsar-bermula-januari-ini/

Address

65A-A Pusat Perniagaan Slim Perdana
Slim River
35800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Tanjong Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share