20/08/2026
20 Ogos 2026 | KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER, PERAK
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Ubah Suai dan Naik Taraf (OSPPUN) di Kolej Vokasional Slim River, Perak bagi tahun 2024 hingga 2025.
Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Muallim, Tuan Ir. Yussaime bin Ahmad Yusuf, kepada YBrs. Puan Hajah Zulinah binti Jemon, Pengarah Kolej Vokasional Slim River.
Majlis turut disaksikan oleh YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim merangkap Penasihat Kolej Vokasional Slim River, serta En. Syed Khaidir bin Syed Yahya dan En. Osman bin Che Said, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YB Zulfadli bin Haji Zainal, ADUN Slim River, Puan Sarina binti Omar, Penolong Pegawai Daerah, pegawai-pegawai JKR, pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Slim River serta pihak kontraktor.
Pada kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Pasukan Projek JKR Muallim, pihak kontraktor dan pihak Kolej Vokasional Slim River atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang cemerlang dalam memastikan pelaksanaan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Majlis ini turut menjadi satu kenangan istimewa bersempena persaraan YBrs. Puan Hajah Zulinah binti Jemon, Pengarah Kolej Vokasional Slim River. Sehubungan itu, seluruh warga JKR Muallim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti, kepimpinan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kolej Vokasional Slim River dengan pihak JKR.
Selamat bersara diucapkan kepada YBrs. Puan Hajah Zulinah binti Jemon. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta menikmati kehidupan persaraan yang bahagia dan penuh bermakna bersama keluarga tercinta.
Jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang.
Jabatan Kerja Raya – Jasa Kepada Rakyat.
fans
Yussaime AY
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kolej vokasional slim river