Klinik Kesihatan Slim River

Klinik Kesihatan Slim River Laman Rasmi warga kerja Klinik Kesihatan Slim River

08/06/2022

Jom saksikan sesi FB LIVE dengan tajuk "Pengambilan Ubat Susulan melalui Locker4U dan Aplikasi MyUbat" bersama Pegawai Farmasi dari Pejabat Kesihatan Daerah Muallim pada 09.06.2022.

28/05/2022

Program Vaksinasi COVID-19 dan Program PEKA B40 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River pada 30.05.2022.

26/05/2022

Jom saksikan sesi FB LIVE dengan tajuk "Pengurusan Ubat Diabetik (Insulin) semasa Haji" bersama Pegawai Farmasi dari Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.

26/05/2022

๐Ÿ•‹ Bagi musim haji tahun 1443 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji:

โœ”๏ธ Perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.
โœ”๏ธ Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.

Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.

Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).

25/04/2022
25/04/2022

Dikongsikan situasi malaria di peringkat global.

๐Ÿ‘‰ Hampir 229 juta manusia dijangkiti malaria setiap tahun di seluruh dunia.
๐Ÿ‘‰ Sejumlah hampir 410,000 kematian dilaporkan setiap tahun.
๐Ÿ‘‰ 94% kes malaria dunia dilaporkan di Benua Afrika.

Bermula tahun 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan penurunan 90% kes malaria global menjelang tahun 2030.

Apakah itu  ? Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kes...
22/04/2022

Apakah itu ?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Saringan kesihatan ini adalah PERCUMA buat mereka yang layak dan boleh dilakukan di klinik-klinik terpilih di seluruh Malaysia.

Semak kelayakan anda melalui laman sesawang https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

21/03/2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 5 โ€“ Sentiasa lakukan penilaian risiko kendiri.

Semasa fasa peralihan ke Endemik kelak, akan berlaku peningkatan mobilisasi dan aktiviti perhimpunan.

Justeru, dalam merancang aktiviti seharian, elemen penilaian risiko perlu diamalkan dan dititikberatkan

๐Ÿ”ˆDikongsikan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian risiko serta tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko.

๐Ÿ’ชLakukan penilaian risiko dan amalkan tindakan bagi pengurangan risiko untuk keselamatan bersama.

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 hingga 20 Mac 2022 dengan tema Tak Masin Tu Ok! ...
20/03/2022

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 hingga 20 Mac 2022 dengan tema Tak Masin Tu Ok!

Masyarakat Malaysia disarankan agar menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengawal pengambilan garam seharian

Hadkan pengambilan garam
Kenali sumber lain garam
Baca label
Hadkan pengambilan makanan diproses ultra (ultra-processed food)
Utamakan perisa semula jadi
Kerap makan di rumah

FASA PERALIHAN KE ENDEMIKLangkah 3 โ€“ Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama. Pelitu...
20/03/2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 3 โ€“ Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.

Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.

Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.

Address

Slim

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054529070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Slim River posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share