06/10/2026
HARI INI TERCATAT DALAM SEJARAH IPD MUALLIM
6 Oktober 2026 | Dataran Kawad, IPD Muallim
Hari ini tercatat dalam sejarah Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim apabila buat julung kalinya bangunan baharu IPD Muallim dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, dalam satu majlis penuh bersejarah yang turut menyaksikan keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, serta DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.
Majlis turut dihadiri YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara, YDH CP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak, YDH DCP Mohammad Azlin bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak, barisan Pengarah PDRM, ketua-ketua jabatan PDRM Perak dan Kerajaan Negeri, Orang Besar Jajahan Negeri Perak serta pegawai kanan dan rendah polis, pegawai awam dan Perkep.
Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat, diikuti Hormat Diraja, pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, bacaan ayat suci Al-Quran dan doa, sembah ucapan, persembahan khas, lafaz perasmian, gimik perasmian serta menandatangani plak.
Acara turut diserikan dengan lawatan ke pameran, sesi bergambar, majlis santapan serta tinjauan ke bangunan baharu IPD Muallim.
Perasmian ini menjadi lambang komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh prasarana kepolisan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui persekitaran kerja yang lebih kondusif, moden, sistematik dan efisien.
Sesungguhnya, 6 Oktober 2026 akan kekal terpahat sebagai satu tarikh keramat dalam lipatan sejarah IPD Muallim — sebuah detik yang menandakan bermulanya lembaran baharu dalam usaha memperkukuh perkhidmatan kepolisan demi keamanan dan kesejahteraan masyarakat Daerah Muallim.
Hari ini bukan sekadar sebuah bangunan dirasmikan, tetapi sebuah sejarah telah tercipta.
Majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.