11/06/2026
OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD SONG
Song, 10 Jun 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah IPD Song bermula jam 1400hrs di sekitar Pekan Song.
Operasi ini telah diketuai oleh INSP Lucy Anak Ronald Jubang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, dengan kekuatan seramai 14 Pegawai Rendah Polis (PRP) yang terdiri daripada pelbagai cawangan dan bahagian.
🎯 Objektif Operasi & Program
✔️ Mencegah jenayah harta benda dan meningkatkan keselamatan awam
✔️ Pemeriksaan individu dan kenderaan yang mencurigakan
✔️ Penguatkuasaan kesalahan lalu lintas
✔️ Mengesan individu dalam senarai wanted person
✔️ Berinteraksi bersama komuniti setempat khususnya peniaga dan pelanggan di Pekan Song
✔️ Memberi penerangan mengenai penggunaan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta membuat aduan polis
✔️ Mengedar risalah pendaftaran VSP dan trend terkini jenayah komersil
✔️ Memberi hebahan kepada masyarakat berhubung talian Hotline CCID Scam Response Centre JSJK Sarawak
✔️ Menerangkan trend semasa jenayah serta menasihati peniaga supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan keselamatan premis
✔️ Memupuk hubungan erat antara PDRM dan komuniti sebagai Sahabat Pencegahan Jenayah
📊 Ringkasan Hasil Operasi & Program
▪️ Pemeriksaan individu: 50 orang
▪️ Pemeriksaan kenderaan: 40 buah
▪️ Saman dikeluarkan: 7 keping
▪️ Pendaftaran VSP: 3 Ahli
▪️ Pendaftaran Rakan AMANITA: 0
▪️ Maklumat diterima: Tiada
▪️ Tangkapan / Rampasan:
Menurut DSP Benedict Faris Bin Jimoy, Ketua Polis Daerah Song, operasi dan program ini merupakan usaha berterusan IPD Song dalam mempertingkatkan tahap keselamatan awam melalui rondaan, pemeriksaan serta kehadiran polis secara berterusan (omnipresence).
Kehadiran PDRM di lapangan telah mendapat sambutan positif daripada para peniaga dan masyarakat setempat. Masyarakat menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan serta mengharapkan agar program seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa.
Sepanjang operasi dan program dijalankan, keadaan cuaca adalah baik dan keseluruhan aktiviti berlangsung dalam keadaan aman, teratur dan lancar.
📞 Orang ramai yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan penipuan boleh menghubungi:
CCID Scam Response Centre
☎️ 03-2610 1559 / 03-2610 1599
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada