13 RAMD

13 RAMD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 13 RAMD, Armed forces, Sri Aman.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 21 Mac 2026 – 13 RAMD telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya...
01/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 21 Mac 2026 – 13 RAMD telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid As-Syakirin, Kem Pakit dalam suasana penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Majlis dimulakan dengan takbir raya dan Solat Sunat Aidilfitri, diikuti jamuan serta penyampaian sumbangan kuih raya kepada anggota bertugas sebagai tanda penghargaan.

Sambutan ini menyemarakkan Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan Warga Pantang Undur serta keluarga.

- Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

π“π€πŠππˆπ‘ πŒπ€π‹π€πŒ π‘π€π˜π€ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 20 Mac 2026 – Program Takbir Raya dari blok ke blok telah dilaksanakan di Kem Pakit s...
01/04/2026

π“π€πŠππˆπ‘ πŒπ€π‹π€πŒ π‘π€π˜π€ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 20 Mac 2026 – Program Takbir Raya dari blok ke blok telah dilaksanakan di Kem Pakit selepas solat Isyak berjemaah di Masjid As-Syakirin, melibatkan Pegawai dan anggota LLP 13 RAMD.

Program ini bukan sahaja mengagungkan kebesaran Ilahi, malah menyemarakkan suasana Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kem.

β€” Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

21/03/2026
π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π†πˆπ†πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 13 Mac 2026 – Anggota Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAM...
15/03/2026

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π†πˆπ†πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 13 Mac 2026 – Anggota Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) telah menghadiri Taklimat Kesihatan Pergigian yang disampaikan oleh Dr Fatin Aisyah binti Kamsani, Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Sri Aman sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut yang diadakan di Dewan Makan 13 RAMD.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran anggota mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut, faktor risiko serta tanda awal kanser mulut. Program ini diharapkan dapat membantu anggota mengamalkan penjagaan pergigian yang lebih baik serta meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri.

– Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 12 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pasukan 13 RAMD telah dilaksanaka...
15/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 12 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pasukan 13 RAMD telah dilaksanakan di Masjid As-Syakirin, Kem Pakit dengan penglibatan pegawai, anggota LLP serta ahli BAKAT.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Nor Fazmiezy Ikhmal bin Nurol, penceramah jemputan daripada Baitulmal Sri Aman, diikuti bacaan Surah Lazim yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan serta penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus Ramadan.

Program ini bertujuan memupuk budaya membaca Al-Quran serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan.

– Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 11 Mac 2026 – 13 RAMD telah melaksanakan Pemeriksaan Kendera...
14/03/2026

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 11 Mac 2026 – 13 RAMD telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan Awam dan Dokumentasi di Padang Kawad 13 RAMD melibatkan 102 motosikal dan 49 kereta milik Pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat.

Pemeriksaan meliputi semakan dokumen seperti lesen memandu dan cukai jalan serta pemeriksaan fizikal kenderaan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pelaksanaan ini merupakan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan anggota di jalan raya terutamanya menjelang musim perayaan.

– Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 π–πˆπ’πŒπ€ ππ„π‘π–πˆπ‘π€ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 10 Mac 2026 – Wisma Perwira 13 RAMD telah menganjurkan Majlis Berbuk...
14/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 π–πˆπ’πŒπ€ ππ„π‘π–πˆπ‘π€ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 10 Mac 2026 – Wisma Perwira 13 RAMD telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama keluarga pegawai serta staf wisma yang berlangsung di perkarangan Anjung Wisma Perwira, Kem Pakit.

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa secara bufet sebelum para hadirin menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah di ruangan Wisma Perwira.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada lapan orang staf wisma sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti serta dedikasi mereka sepanjang berkhidmat di Wisma Perwira. Selain itu, sambutan hari lahir bagi pegawai yang dilahirkan pada bulan Mac turut diadakan sebagai tanda penghargaan serta simbol kebersamaan dalam kalangan warga Wisma Perwira.

Penganjuran majlis seperti ini diharap dapat terus memperkukuhkan semangat kekeluargaan, mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga Wisma Perwira 13 RAMD bersama keluarga masing-masing.

- Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€π’π€πŠ 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒSRI AMAN, 9 Mac 2026 – Program Masak Bubur Lambuk Peringkat 13 RAMD telah berlangsung ...
14/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€π’π€πŠ 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ πŸπŸ‘ π‘π€πŒπƒ

SRI AMAN, 9 Mac 2026 – Program Masak Bubur Lambuk Peringkat 13 RAMD telah berlangsung dengan jayanya di Masjid As-Syakirin, Kem Pakit. Program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan 1447H di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pantang Undur.

Selain memupuk semangat kebersamaan, program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan amalan kebajikan dan ibadah sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Melalui aktiviti seperti ini, warga 13 RAMD berpeluang menghayati nilai kerjasama, keprihatinan dan amalan bersedekah, khususnya dalam usaha berkongsi rezeki bersama masyarakat.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi jalinan ukhuwah serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan seluruh warga 13 RAMD.

- Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja

17/02/2026

CERAMAH AMBANG RAMADHAN 2026

Address

Sri Aman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 13 RAMD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category