Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri Aman

Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri Aman Page rasmi Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri aman, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.Cuba periksa, adakah anak...
03/06/2026

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.

Cuba periksa, adakah anak anda mengalami gejala-gejala ini?

🌑 Demam
🀒 Tiada selera makan
βœ‹πŸΌ Ruam di tangan
🦢🏼 Ruam di kaki

Jika jawapannya YA, jangan tunggu lagi.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan atau klinik yang terdekat.

Asingkan anak dengan segera daripada adik-beradik atau kanak-kanak lain untuk menghentikan rantaian jangkitan.

Bertindak cepat mampu menyelamatkan keadaan.

Terus waspada, jaga kebersihan diri serta persekitaran demi melindungi anak-anak kita!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA. Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh me...
03/06/2026

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengut...
03/06/2026

Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri sepanjang perjalanan.

Walaupun risiko jangkitan penyakit Ebola kepada orang awam di Malaysia ketika ini adalah rendah, mengambil langkah awal pencegahan itu amat penting!

Ikuti panduan sebelum perjalanan, semasa di negara terjejas dan selepas pulang ke Malaysia.

KKM sentiasa memantau situasi semasa dan memperkukuh kesiapsiagaan negara demi keselamatan kita semua.

Elak panik, kekal waspada. Terus amalkan kebersihan diri yang optimum walau di mana jua anda berada!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

🌾🚭 RAIKAN GAWAI DALAM PERSEKITARAN BEBAS ROKOK DAN V**E 🚭🌾Hari Gawai merupakan masa untuk berkumpul, mengeratkan silatur...
02/06/2026

🌾🚭 RAIKAN GAWAI DALAM PERSEKITARAN BEBAS ROKOK DAN V**E 🚭🌾

Hari Gawai merupakan masa untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim dan meraikan tradisi bersama keluarga serta komuniti.

Sempena sambutan ini, marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran yang bebas daripada rokok dan v**e demi keselesaan dan kesihatan semua.

βœ… Udara lebih bersih dan selesa
βœ… Melindungi kanak-kanak daripada asap rokok pasif
βœ… Mengurangkan risiko penyakit berkaitan merokok
βœ… Mewujudkan persekitaran keluarga yang sihat
βœ… Menjaga kebersihan kawasan perayaan
βœ… Sambutan lebih selamat dan menyeronokkan untuk semua

Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk generasi kini dan akan datang.

🌿 Udara Bersih, Gawai Lebih Bermakna. 🌾

02/06/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Kami warga Promosi Kesihatan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026.Sambil kita menziarahi sanak-saudara atau berkumpul bersama keluarga, jangan lup...
02/06/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026.

Sambil kita menziarahi sanak-saudara atau berkumpul bersama keluarga, jangan lupa untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak kecil kita. Musim perayaan dan aktiviti berkumpul begini adakalanya mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Jom kenali gejala-gejala HFMD:

🌑 Demam
🀯 Sakit kepala
🀒 Hilang selera makan
πŸ‘… Ulser pada tekak, mulut & lidah
βœ‹πŸΌπŸ¦ΆπŸΌ Ruam dengan lepuh pada tangan & kaki

Jangan bawa anak keluar jika bergejala! Jika si kecil menunjukkan tanda-tanda di atas, kuarantinkan mereka di rumah demi keselamatan anak-anak lain.

πŸ₯ Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika keadaan anak membimbangkan.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

🍽️🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI! 🌾🍽️Ketika meraikan bersama keluarga dan sanak saudara, keselamatan makanan tidak boleh...
02/06/2026

🍽️🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI! 🌾🍽️

Ketika meraikan bersama keluarga dan sanak saudara, keselamatan makanan tidak boleh diabaikan. Makanan yang tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan.

βœ… Amalkan kebersihan diri dan cuci tangan sebelum mengendalikan makanan.
βœ… Pilih bahan mentah yang segar dan bersih.
βœ… Masak makanan sehingga sempurna.
βœ… Pastikan makanan sentiasa ditutup dan disimpan dengan betul.
βœ… Buang makanan yang telah rosak atau melebihi tempoh penyimpanan yang selamat.

Jom amalkan 10 Tip Keselamatan Makanan Semasa Perayaan untuk melindungi diri, keluarga dan tetamu yang diraikan.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Makanan selamat, perayaan lebih bermakna! ❀️

Berbeza dengan COVID-19 atau influenza, Ebola tidak merebak melalui udara. Ebola merebak melalui sentuhan langsung.Faham...
01/06/2026

Berbeza dengan COVID-19 atau influenza, Ebola tidak merebak melalui udara. Ebola merebak melalui sentuhan langsung.

Fahami cara penularan dan gejala yang perlu diperhatikan.

Elak panik, kekal waspada. Terus amalkan kebersihan diri.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

01/06/2026

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada:
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya pe...
01/06/2026

Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

Persekitaran rumah yang bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (idengue.mysa.gov.my).

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.



Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Tingkat 2 & 3, Blok 4, Wisma Persekutuan, Jalan Kejatau
Sri Aman
95000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083322176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri Aman:

Share