AADK Sri Aman

AADK Sri Aman AADK DAERAH SRI AMAN

20/11/2025
20/11/2025

✨ Seminar Menangani Gejala Dadah & Hari Apresiasi Kepulihan 2025
“Aku, Keluarga dan AADK”

Program eksklusif anjuran AADK ini menghimpunkan pakar, penggiat komuniti serta wira-wira pemulihan bagi memperkukuh kefahaman masyarakat dalam pencegahan dadah dan pengukuhan sokongan keluarga.

Program ini menghimpunkan seramai 500 pejuang kepulihan yang berjaya mengekalkan kepulihan daripada bahan terlarang itu.

Selain itu, AADK turut menghimpunkan kumpulan sistem sokongan terdiri daripada ibu bapa, suami isteri, ahli keluarga dan komuniti yg turut menjadi tulang belakang kepada proses pengekalan kepulihan ini.

Majlis dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Kedah.

📅 23 November 2025 (Ahad)
🕣 8.30 pagi – 2.00 petang
📍 Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar

Sertai kami dalam usaha memperkasa komuniti melalui kerjasama berstrategi ke arah Malaysia bebas ancaman dadah.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)


09/05/2025

Kutbah Jumaat Yang Bertajuk “ Paksa Rela, Hidup Ceria” Bersempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2025.




13/04/2025

Putrajaya: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memeterai Nota Kerjasama bagi pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD).

13/03/2025

Istimewa esok pagi kita akan bersama Puan Siti Mariam, Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK. Beliau akan berkongsikan mengenai makna ramadan buat klien AADK/PUSPEN.

Strim THR Gegar di frekuensi radio, Aplikasi SYOK dan Astro 863.

13/03/2025
13/03/2025

Agama Bukan Bahan Jenaka
Agama adalah asas kehidupan yang membimbing manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Tidak kira apa pun pegangan seseorang, menghina atau mempermainkan agama adalah satu perbuatan yang mencerminkan akhlak yang rendah.

Sebagaimana kita tidak mahu kepercayaan sendiri dipersenda, begitu jugalah kita harus menghormati agama lain. Jangan biarkan kelalaian dunia mengaburi nilai-nilai murni yang diajarkan. Kerana di penghujungnya, setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan.

Hormati untuk dihormati. Jangan jadikan agama sebagai bahan ejekan, kerana di sisi Tuhan, setiap perkataan dan tindakan akan dinilai

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Address

Wisma Persekutuan Sri Aman
Sri Aman
95000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Sri Aman:

Share