Mazwan Johar

Mazwan Johar Haji Mazwan Johar
Penyelaras DUN N.26 Sungai Ramal
Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Bangi.
(1)

12/05/2026

Faham sangat bila anak sambung belajar di IPT, memang besar cabarannya untuk ibu bapa. Kalau seorang anak pun kosnya dah terasa, belum lagi bila dua orang perlu ditanggung dalam masa yang sama.

Hj Mazwan cukup salute dengan usaha seorang abah ni, En. Zarul. Demi menyara keluarga dan memastikan anak-anak dapat terus belajar, beliau gigih mencari rezeki sebagai pemandu Grab setiap hari.

Baru-baru ini, En. Zarul ada menghantar satu permohonan untuk memohon bantuan bagi menampung kos deposit sewa bilik anaknya yang sedang menjalani latihan praktikal di Banting. Deposit tersebut perlu dijelaskan segera, manakala duit biasiswa anak p**a masih belum masuk.

Memahami kesulitan yang dihadapi, Hj Mazwan telah meluluskan dan menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM400 bagi membantu urusan deposit rumah anak beliau.

Mungkin nilainya tak sebesar mana bagi sesetengah orang, tapi bagi seorang ayah yang sedang bertungkus-lumus demi masa depan anak-anak, bantuan seperti ini cukup bermakna.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban En. Zarul sekeluarga dan menjadi asbab anak-anak beliau terus melangkah mengejar cita-cita dan masa depan yang lebih baik. Siiru a’la barakatillah.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

admin
12 Mei 2026

11/05/2026

Ziarah Rahmah En. Nor Zairee di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi yang terlibat dalam kemalangan jalanraya melibatkan kereta hampir 2 bulan lepas.

Kesan dari kegelabahan tersebut, beliau mengalami patah tulang rusuk dan patah kaki.

Kini, dia menerima rawatan susulan di Hosital Seremban dan tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

Bulan lalu, Hj Mazwan berkesempatan menziarahi beliau dan minggu lalu, Hj Mazwan hadir ziarah sekali lagi untuk menyampaikan sumbangan.

Didoakan agar terus diberi kekuatan dan segera sembuh. Siiru a’la barakatillah.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

admin
11 Mei 2026

‘Dilema memilih BUNGA’Begitulah antara ujian kepada para juri Pertandingan Gubahan Bouqet Kreatif DUN Sungai Ramal anjur...
11/05/2026

‘Dilema memilih BUNGA’

Begitulah antara ujian kepada para juri Pertandingan Gubahan Bouqet Kreatif DUN Sungai Ramal anjuran PWB N26 Sungai Ramal.

Bukan senang juri nak pilih gubahan bunga yang terbaik antara 30 peserta pada Sabtu lepas. Memang semuanya cantik dan berbakat.

Juga di Free Market BBBC, turut diadakan pertandingan gubahan bunga melibatkan kaum wanita, ibu dan jangan terkejut ada juga seorang peserta dari kaum abah !

Tahniah buat semua peserta dalam menonjolkan bakat masing-masing.

Hj Mazwan turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan yang istimewanya, satu-satunya peserta lelaki mendapat tempat ke-3 daripada 30 peserta yang bertanding.

Tahniah bang ! Seorang lelaki bahagia, semua lelaki akan bahagia ! You are the man 🫡

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Ruang pendaftaran untuk pendidikan ke IPT, pendidikan kanak-kanak, NGO belia dan kesihatan seperti mata, saringan kesiha...
11/05/2026

Ruang pendaftaran untuk pendidikan ke IPT, pendidikan kanak-kanak, NGO belia dan kesihatan seperti mata, saringan kesihatan turut juga dibawa dalam penganjuran Free Market BBBC.

Penghargaan terima kasih pada semua badan kerjasama yang terlibat demi manfaat warga Bangi & DUN Sungai Ramal.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Penat yang berbaloi !Dalam kerja sukarelawan ni, memang ada masa letih, berpeluh sana sini, guna tenaga bukan sikit. Tap...
11/05/2026

Penat yang berbaloi !

Dalam kerja sukarelawan ni, memang ada masa letih, berpeluh sana sini, guna tenaga bukan sikit. Tapi bila tengok sambutan dan kehadiran warga Sungai Ramal, terus rasa semangat datang balik.

Terima kasih banyak pada semua yang sentiasa support program-program kami. Kehadiran tuan/puan itulah yang buat pasukan kami lagi bersemangat nak terus bagi khidmat terbaik untuk rakyat.

Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun Jelajah JER berjalan di DUN Sungai Ramal, sambutan warga memang tak pernah menghampakan. Memang meriah setiap kali turun padang.

Dan macam biasa, kalau JER datang, memang stok jualan confirm habis licin !

Bukan setakat jualan murah, tapi macam-macam lagi program kami bawakan khas untuk bantu dan dekat dengan warga Sungai Ramal.

Ni antara momen sekitar Jualan JER Sabtu lepas di Free Market BBBC, Kompleks PKNS

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Kemeriahan pasar percuma atau nama pop**arnya ‘Free Market BBBC’ pada Sabtu lepas di Kompleks PKNS Bangi.Tahniah kepada ...
11/05/2026

Kemeriahan pasar percuma atau nama pop**arnya ‘Free Market BBBC’ pada Sabtu lepas di Kompleks PKNS Bangi.

Tahniah kepada Ahli Majlis MPKj, Tn Hj Bukhari Bachok, team sukarelawan pengajur, Pn Khansa' Zulkiflee bersama sukarelawan yang amat komited.

Moga inisiatif seperti ini diperluaskan hingga ke seluruh DUN Sungai Ramal dan memberi manfaat kepada warga DUN Sungai Ramal. Siiru a’la barakatillah.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Serahan Bakul Makanan kepada 30 asnaf wanita di DUN Sungai Ramal anjuran PWB N26 Sungai Ramal.Mereka ini termasuklah dal...
11/05/2026

Serahan Bakul Makanan kepada 30 asnaf wanita di DUN Sungai Ramal anjuran PWB N26 Sungai Ramal.

Mereka ini termasuklah dalam kalangan ibu tunggal yang menyara anak yang masih kecil, para isteri yang menjaga suaminya sakit terlantar dan sebagainya.

Sama-sama kita mendoakan agar mereka ini diberi kekuatan dan rezeki yang melimpah ruah. Siiru a’la barakatillah.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Antara momen kemeriahan Kaunter Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak Penyelaras DUN Sungai Ramal untuk pendaftaran Khairat ...
11/05/2026

Antara momen kemeriahan Kaunter Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak Penyelaras DUN Sungai Ramal untuk pendaftaran Khairat Darul Ehsan (KDE) di Free Market BBBC, Kompleks PKNS Bangi.

Kita jumpa lagi di jelajah seterusnya di Surau Al-Falah, Seksyen 16 pada 21 Mei 2026, Khamis.

‘BANGI RAHMAH & HARMONI’

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Momen sekitar Free Market BBBC Aidiladha.foto by : aidiladmin11 Mei 2026
09/05/2026

Momen sekitar Free Market BBBC Aidiladha.

foto by : aidil
admin
11 Mei 2026

Address

No. 7-59-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral,, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Stiawan
43650

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:00
Tuesday 09:30 - 16:00
Wednesday 09:30 - 16:00
Thursday 09:30 - 16:00
Friday 09:30 - 16:00

Telephone

+601128764178

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mazwan Johar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share