02/09/2026
PASPA SERTAI KURSUS PROFESIONAL MENGENAI RUNTUHAN BANGUNAN DAN STRUKTUR AKIBAT GEMPA BUMI DI YUNNAN, CHINA
Selasa, 01 September 2026 - Sekitar hari kelapan latihan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama International Search and Rescue Alliance (ISARA) yang berlangsung bermula 25 Ogos hingga 11 September 2026 di Yunnan, China.
Penyertaan PASPA dalam kursus tersebut telah diwakili oleh :-
1. Mej. (PA) Mohd Zairosnizam bin Mohd Tarmizi (PULAPAS)
2. Kapt. (PA) Marinus bin Mathius (WP Labuan)
3. Lt. (PA) Ab Azizul Hakim bin Ab Rahim (Selangor)
4. Lt. (PA) Mohd Harith bin Che Noh (Kelantan)
5. L/Kpl. (PA) Muhammad Jazmi Hafiz bin Ahmad Hashim (BPBO,IPPA)
6. L/Kpl. (PA) Ahmad Danial Ellyas bin Nazri (BPBO,IPPA) - Translator
Penyertaan itu bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan anggota PASPA khususnya dalam operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR), terutama ketika berdepan insiden gempa bumi, bangunan runtuh dan struktur yang mengalami kerosakan serius.
Sepanjang latihan, peserta turut didedahkan kepada teknik penilaian kestabilan struktur, kaedah mengesan dan menyelamat mangsa, penggunaan peralatan menyelamat, pengurusan risiko serta pelaksanaan operasi di kawasan struktur runtuh.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja menjadi sebuah platform bagi perkongsian kepakaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang Urban Search and Rescue (USAR), malah ia turut memperkukuh tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan PASPA dalam menghadapi situasi bencana yang berskala besar di dalam dan luar negara.
Semoga Ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diterapkan dalam operasi sebenar di Malaysia, sekali gus meningkatkan kecekapan pasukan dalam menangani bencana serta menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan struktur.
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
**