Kumpulan sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial serta memerlukan tempat perlindungan, begitu juga yang telah lama memeluk Islam tetapi masih memerlukan bantuan. VISI :
"Membangunkan masyarakat majmuk yang mendukung syariat Islam serta menjadi pusat penyebaran, khidmat, latihan dan rujukan Islam di Asia." MISI :
"Menyebarluaskan fitrah Islam kepada mereka ya
ng belum Islam serta memberi khidmat sokongan kepada saudara baru." Menyediakan tempat perlindungan untuk saudara baru.
2. Menjadi pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman saudara baru.
3. Memberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang belum Islam.
4. Membantu pencarian sumber kewangan untuk yang mereka yang benar-benar memerlukan.
5. Menawarkan pelbagai jenis bantuan yang lain terutamanya kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan dan keraguan setelah memeluk agama Islam.
6. Menyebarkan dakwah kepada yang belum Islam.
7. Bantuan lain yang diperlukan oleh saudara baru. MOTTO :
"Saudara baru saudara kita, bantulah mereka." "Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu..." (Al Qasas :77)
"Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda..." (Ar-Ruum: 39)
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah maka hendaklah kamu membantunya...." "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."