11/05/2026
11 Mei 2026
Pagi tadi, pihak MBSJ MPP ZON 3 telah menjalankan suatu lawatan tapak bersama Jab.ICT, Jab.Kejuruteraan dan Jab.penguatkuasaan susulan aduan berkala daripada penduduk USJ 12/1 berkenaan aduan penggunaan jalan kawasan perumahan USJ 12/1 sebagai 'bypass' untuk kenderaan-kenderaan berat seperti treler dan isu perbuangan sampah merata-rata yang telah dibangkitkan semasa program hari wanita pada bulan Mac 2026.
Aduan ini terjadi apabila treler-treler ini daripada Shah Alam menggunakan Jalan Usaha-Jalan USJ12/1-persiaran setia sebagai laluan pintas berbanding dengan penggunaan yang sepatutnya iaitu Persiaran Kewajipan-Tujuan-Persiaran Setia untuk 'menjimatkan masa'. Ini menyebabkan kerisauan daripada aspek keselamatan dan juga penyelenggaraan jalan disebabkan oleh treler-treler ini. wakil-wakil penduduk turut telah memohon untuk pemasangan semula gantry di Jalan Usaha untuk membanteras isu ini, namun pemasangan gantry turut akan menjejaskan perjalanan bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti lori sampah domestik, bomba dan juga ambulans.
Oleh itu, semasa mesy.kemasyarakatan pada bulan Mac & April, sy telah memohon untuk dua perkara iaitu;
a. mengkaji semula Jalan Usaha
b. pemasangan CCTV di persimpangan Jalan Usaha-Jalan USJ12/1-Persiaran Setia.
c. pemasangan CCTV di persimpangan Jalan USJ 11/5
Kerja-kerja ini dijangka dijalankan dalam tempoh ini setelah barangan kerja yang telah pohon sampai di jabatan berkaitan. Berikut adalah kerja-kerja yang akan dijalankan:-
a. pemasangan 2 unit CCTV di Jalan USJ 12/1 di Persimpangan Jalan Usaha-USJ12/1 & Persimpangan Persiaran Setia-Jalan USJ12/1.
b. pemasangan 2 unit Papan tanda had berat di (Persimpangan Jalan Usaha-USJ12/1 & Persimpangan Persiaran Setia-Jalan USJ12/1.
c. pemasangan NJB Barrier di Persimpangan Jalan Usaha-USJ12/1 & Persimpangan Persiaran Setia-Jalan USJ12/1 bagi mengurangkan pelebaran jalan untuk kegunaan treler.
d. pemasangan satu unit CCTV di persimpangan jalan USJ11/5 bagi mengekangkan gejala pembuangan sampah merata-rata di simpang jalan USJ 11/5.
Saya berharap dengan kerja-kerja ini maka isu yang telah dibangkitkan oleh para penduduk akan diselesaikan.