MPKK Jalan Stesen

MPKK Jalan Stesen Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jalan Stesen terletak di dalam DUN Sungai Bakap & Parlimen Nibong Tebal. Meliputi kawasan Kg. Gurun, Kg. Victoria, Kg. Pulau

Masjid Baru, Jalan Stesen, Tmn. Jln Stesen, Kg. Pengkalan, Kg. T**i Hitam & Kg.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN HIAS RUMAH MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰ Semarakkan Bulan Kemerdekaan! ๐ŸŽ‰Jom meriahkan suasana Hari Kebangsaan dengan mengh...
23/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN HIAS RUMAH MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ‰ Semarakkan Bulan Kemerdekaan! ๐ŸŽ‰

Jom meriahkan suasana Hari Kebangsaan dengan menghias rumah masing-masing dengan penuh kreativiti, semangat patriotik dan warna-warni Jalur Gemilang! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐Ÿ“… Tempoh Pertandingan:
23 Ogos โ€“ 2 September 2026

๐Ÿ‘จโ€โš–๏ธ Penilaian Juri:
3 & 4 September 2026

๐Ÿ† Rumah paling kreatif, menarik, kemas dan bercirikan semangat Merdeka bakal dinobatkan sebagai pemenang!

๐Ÿ“ Cara Penyertaan:
Sila daftarkan nama kepada En. Ragu 019-4279401

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh bersama-sama menceriakan kampung dan menyemarakkan semangat Merdeka!

โ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Semangat Merdeka Dihayati!โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

AssalamualaikumDukacita dimaklumkan bahawa Hj Samsudin bin Basir telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.15 pagi tadi.Je...
20/08/2026

Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan bahawa Hj Samsudin bin Basir telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.15 pagi tadi.

Jenazah kini berada di kediamannya di Jalan Stesen dan akan dikebumikan di Masjid Baru (U), Sg Bakap selepas solat Jumaat.

Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.
Al-Fatihah..

๐Ÿ“ข PEMBERITAHUAN PERUBAHAN JADUAL KELAS MASAKAN MPKK JALAN STESEN Dimaklumkan bahawa jadual Kelas Masakan telah diubah da...
16/08/2026

๐Ÿ“ข PEMBERITAHUAN PERUBAHAN JADUAL KELAS MASAKAN MPKK JALAN STESEN

Dimaklumkan bahawa jadual Kelas Masakan telah diubah daripada:

โžก๏ธ Selasa minggu ke-2 & ke-4
โžก๏ธ Kepada Isnin minggu yang sama

๐Ÿ“… Perubahan ini bermula pada 17 Ogos 2026 (Isnin).

๐Ÿ—๐Ÿ KELAS MASAKAN MINGGU INI
Perapan Daging Kambing & Ayam

โฐ 2.00 petang โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ MPKK Jalan Stesen, Sungai Bakap

Jom sertai kelas secara praktikal, terbuka kepada semua golongan dan belajar menyediakan perapan yang sedap, berperisa dan mudah diamalkan!

AssalamualaikumDukacita dimaklumkan bahawa Hj Abdul Rahim bin Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih k...
09/08/2026

Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan bahawa Hj Abdul Rahim bin Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 11.15 malam tadi.

Jenazah kini berada di kediamannya di Kg Masjid Baru.

Sama-sama kita hadiahkan al-fatihah kepada Allahyarham. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.
Al-Fatihah..

Kg Pengkalan, 23 Julai โ€” Keresahan penduduk di Kampung Pengkalan berhubung ancaman hakisan dan tanah runtuh akhirnya ter...
25/07/2026

Kg Pengkalan, 23 Julai โ€” Keresahan penduduk di Kampung Pengkalan berhubung ancaman hakisan dan tanah runtuh akhirnya terubat selepas projek pemasangan struktur gabion baharu di kawasan berkenaan berjaya disiapkan sepenuhnya baru-baru ini.

Sebelum ini, kawasan berkenaan berdepan dengan risiko keselamatan yang tinggi susulan kejadian tanah runtuh yang turut merosakkan struktur gabion lama. Keadaan gabion lama yang rosak dan runtuh akibat arus air serta hakisan tanah berterusan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga tempatan, terutamanya menjelang musim hujan.

Melalui perlaksanaan projek pembaikan ini, gabion lama yang runtuh telah digantikan dengan struktur tembok gabion baharu yang lebih kukuh dan direka khas untuk menampung pergerakan tanah serta aliran air.

Antara impak utama penyelesaian ini termasuk:
* Menghentikan Hakisan Tebing: Pemasangan batu gabion yang baharu berfungsi mengukuhkan tebing dan menstabilkan laluan tanah daripada terus terhakis.
* Keselamatan Terjamin: Risiko ancaman tanah runtuh susulan dapat ditangani, sekaligus memberikan perlindungan yang lebih selamat kepada infrastruktur berdekatan dan kediaman penduduk.
* Kawalan Aliran Air: Struktur baharu ini membantu menguruskan aliran air dengan lebih teratur tanpa merosakkan tebing kawasan sekeliling.

Penduduk Kampung Pengkalan menzahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas tindakan pantas, keprihatinan, dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang menjayakan projek pembaikan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak JPS dan semua pihak yang terlibat atas komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa terjamin.


Kg. Pengkalan, 21 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan parit ba...
22/07/2026

Kg. Pengkalan, 21 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan parit bagi memastikan kelancaran sistem saliran terutamanya menjelang musim hujan.

Langkah proaktif ini amat penting dalam meningkatkan kapasiti takungan air serta mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar.

Terima kasih YB Goh Choon Aik & JPS.

Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan kepada :PN. ASMA BINTI SULTANBendahari MPKK Jalan Stesen yang telah dikurniakan PING...
15/07/2026

Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan kepada :

PN. ASMA BINTI SULTAN
Bendahari MPKK Jalan Stesen

yang telah dikurniakan
PINGAT KELAKUAN TERPUJI (PKT)

sempena Hari Ulang Tahun ke-85 TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib.

Ikhlas daripada :
Seluruh Jawatankuasa
MPKK Jalan Stesen

KARNIVAL SG BAKAP KAMPUNGKU BERLANGSUNG DENGAN JAYANYAAlhamdulillah, Karnival Sg Bakap KampungKu telah berlangsung denga...
15/07/2026

KARNIVAL SG BAKAP KAMPUNGKU BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Alhamdulillah, Karnival Sg Bakap KampungKu telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama, sokongan dan semangat kebersamaan daripada seluruh masyarakat.

Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk kampung serta orang ramai yang hadir memeriahkan karnival ini. Kehadiran dan penyertaan anda semua telah menjadikan program ini lebih bermakna serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam komuniti.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua penyumbang, penaja, agensi kerajaan, rakan strategik, para sukarelawan, peserta, peniaga serta semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, masa mahupun kepakaran. Tanpa sokongan dan komitmen anda semua, kejayaan penganjuran karnival ini sudah pasti tidak dapat direalisasikan.

Semoga segala usaha, sumbangan dan jasa baik yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Diharapkan semangat kerjasama ini akan terus berkekalan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di Karnival Sg Bakap KampungKu yang akan datang! InsyaAllah..

14/07/2026

๐ŸŽ“ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ข๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™›๐™ฉ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐™ ๐™š ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฉ๐™ช๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž (๐™ž๐˜ฝ๐™ž๐™ฉ๐™–) ๐™๐™–๐™๐™ช๐™ฃ 2026 ๐™†๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐˜ฟ๐™ž๐™—๐™ช๐™ ๐™–!

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini membuka permohonan iBITA โ€“ bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi untuk anak-anak Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

๐Ÿ“ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โœ… Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU sekurang-kurangnya salah seorang ibu/bapa/penjaga adalah pengundi berdaftar di Pulau Pinang
โœ… Pendapatan isi rumah (gaji pokok sahaja) tidak melebihi RM8,000 sebulan
โœ… Pelajar yang baru sahaja ditawarkan tempat dalam program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

๐—๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป:
- Universiti di Semenanjung Malaysia โ€“ RM1,000
- Universiti di Sabah & Sarawak โ€“ RM1,200
- Politeknik Malaysia โ€“ RM300

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป:
1 Julai 2026 โ€“ 30 September 2026

Sesiapa yang ingin memohon boleh melayari pautan https://ibita.penang.gov.my/ atau mengimbas kod QR yang tertera.



Address

SB 1402 Unit 1, Jalan Stesen
Sungai Bakap
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Jalan Stesen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPKK Jalan Stesen:

Shortcuts

Share