MS Farmville Sg Besar

MS Farmville Sg Besar Petani Muda Menanam Sayur2 Berpotensi, Pisang & Tebu. Supply ke Kilang, Pemborong & Pasar2 Besar

https://www.facebook.com/share/1BfWZrqZUi/
09/12/2025

https://www.facebook.com/share/1BfWZrqZUi/

𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 !

Perubahan harga purata yang ketara di peringkat runcit Semenanjung Malaysia, terutama bagi sayuran daun yang sensitif kepada hujan. Bayam, Kangkung dan Sawi Hijau menunjukkan kenaikan tertinggi antara 5% - 11% berikutan bekalan dari ladang yang semakin terhad akibat taburan hujan berterusan dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Beberapa komoditi lain seperti Cili Merah Kulai, Cili Merah Minyak dan Kacang Buncis turut naik. Keadaan pasaran ketika ini banyak dipengaruhi faktor cuaca serta kitaran pengeluaran akhir tahun.







#КРКМ

Dashboard Harga Pasaran Terkini:
https://2ly.link/23Qft
Dashboard Analisis Harga Komoditi Terpilih:
https://2ly.link/23QiE
Borang Permohonan Data Harga:
https://2ly.link/23Qim

30/11/2025
11/11/2025

Jenis NANAS (seluruh Malaysia, nanas cosmosus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat beberapa varieti nenas yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Nenas MD2 di Ladang JTP, Johor
Nenas sejenis tumbuhan yang tumbuh setinggi 50-150cm. Daun panjang dan tirus, hujung tajam, tepi daun berduri dan sebahagian varieti tidak berduri serta susunan berpilin. Bunga pada buah kedapatan sehingga 200 kuntum. Setiap satu jambak berwarna ungu kemerah-merahan yang boleh disenyawakan melalui pendebungaan untuk menjadi biji. Buah berwarna hijau ketika muda dan jingga atau merah apabila masak. Buah biasanya dimakan segar, ditinkan atau dijadikan jus. Pokok Nanas mengeluarkan 3 jenis sulur yang boleh digunakan untuk penanaman iaitu sulur angin, sulur tangkai dan sulur tanah. Varieti nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan yang besar iaitu jenis Nanas Cayene, Nanas Spanish dan Nanas Queen.

Terdapat 9 varieti Nanas telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian daripada varieti AC1 sehingga varieti AC9. Paling popular semenjak dulu adalah Nenas AC1 (Nenas Moris), diikuti dengan AC2 (Nenas Sarawak - kalau di Sarawak nenas ini juga dipanggil sebagai 'nenas paun'), AC3 (Nenas Gandul), AC4 (Nenas Maspine), AC5 (Nenas Josapine), AC6 (Nenas Yankee), AC7 (Nenas Moris Gajah), AC8 (Nenas N36) dan AC9 (Nenas MD2). Sehingga kini hanya 1 varieti yang telah disyorkan iaitu AC9 (Nenas MD2). Walau bagaimanapun, terdapat 4 varieti lain yang popular ditanam secara komersil iaitu Nenas AC1 (Moris), Nenas AC3 (Gandul), Nenas AC5 (Josapine) dan Nenas AC 8 (N36). Pada masa ini Nenas Varieti MD2 (AC9) atau ada orang kampong panggil sebagai 'Nenas Madu' merupakan nenas paling popular di Malaysia (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Nenas ini merupakan varieti untuk pasaran domestik dan ekspot yang perlukan masa 14 bulan untuk matang. Beberapa standard mengenai benih nenas, gred buah nenas telah disediakan bersama SIRIM untuk memajukan industri nenas negara. Wasallam!

https://vt.tiktok.com/ZSyyHMQ8u/
05/11/2025

https://vt.tiktok.com/ZSyyHMQ8u/

806 s**a, 97 komen. "Salam Tiktokfarm 🤩👍🏻 Perkembangan Plot Tanaman Terung Mini 323 🍆🍆🍆 Usia 27hst... Cuaca cantik minggu ni untuk meracun serangga mula ada panas, serangga masih terkawal, kebanyakan hampir 80% dah mula berbunga. Moga Sihat2 Hingga Menuai nanti... @🚀acapV'one".....

Address

Parit 16 Sungai Panjang
Sungai Besar
45300

Telephone

+60168044543

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MS Farmville Sg Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share