PKMD Sabak Bernam

PKMD Sabak Bernam Laman rasmi PKMD Sabak Bernam

LAPORAN AKTIVITI PKMD SABAK BERNAM1. Pejabat  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam2. Tajuk Berita/Aktiviti  ...
28/08/2026

LAPORAN AKTIVITI PKMD SABAK BERNAM

1. Pejabat
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam

2. Tajuk Berita/Aktiviti
Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H
Tema: 'Amanah Dalam Tugas, Ibadah Dalam Khidmat'

3. Tarikh
28 Ogos 2026, Jumaat

4. Tempat
Bilik Mesyuarat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam

5. Laporan Ringkas
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada 28 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Sabak Bernam. Program ini diadakan bertujuan untuk menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW serta meneladani akhlak Baginda dalam pelaksanaan tugas dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Antara pengisian program adalah seperti berikut:
1. Bacaan Yassin dan Hadith 40
2. Ceramah Maulidur Rasul bertajuk 'Amanah Dalam Tugas, Ibadah Dalam Khidmat'

Program ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang kakitangan PKMD Sabak Bernam.

6. Refleksi Program
Program ini berjaya mencapai objektif dalam mempertingkatkan kefahaman kakitangan tentang kepentingan meneladani sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW seperti amanah, jujur dan berakhlak mulia dalam melaksanakan tugas harian. Melalui ceramah yang disampaikan, kakitangan didedahkan bahawa setiap tugas yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab adalah sebahagian daripada ibadah.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh nilai-nilai kerohanian dan meningkatkan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PKMD Sabak Bernam.

7. Gambar Berita/ Aktiviti
Lampirkan 3 - 5 keping gambar terbaik aktiviti

Disediakan oleh:
Pegawai Psikologi
Unit Psikologi Kaunseling
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 28 Ogos 2026

22/08/2026

๐๐„๐๐€๐…๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ

JKM ingin memaklumkan bahawa poster yang sedang tular berkenaan "๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐„๐ฆ๐š๐ฌ" adalah ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐๐€๐‘ dan ๐๐”๐Š๐€๐ dikeluarkan oleh KPWKM ataupun JKM.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Sebarang pengumuman mengenai bantuan, inisiatif atau program berkaitan JKM hanya akan disalurkan melalui saluran rasmi JKM.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









*LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM PKMD SABAK BERNAM**PROGRAM* : *KARNIVAL BENDANG SELANGOR 2.0 2026*TARIKH* : 22 Ogos 2026 (Sabt...
22/08/2026

*LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM PKMD SABAK BERNAM*

*PROGRAM* : *KARNIVAL BENDANG SELANGOR 2.0 2026

*TARIKH* : 22 Ogos 2026 (Sabtu)

*MASA* : 8.00 pagi - 6.00 petang

*TEMPAT* : SEMARAK PADI HOMESTAY.

*ANJURAN*:
Pejabat Penyelas DUN Sabak dengan Kerjasama Pelbagai AGENSI Kerajaan Jawatankuasa Tempatan.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKMD Sabak Bernam adalah seperti berikut :

i. Perkhidmatan Bantuan Kewangan JKM
ii. Pendaftaran Sukarelawan JKM
iii. Kempen Pendaftaran MyibJKM
iv.Lain-lain perkhidmatan berkaitan JKM

*PENGISIAN PROGRAM*
1. Pameran Agensi
2. Makanan tradisi kampung
3. Jualan Usahawan Tempatan
4. Persembahan pentas Dan cabutan bertuah
5. Jualan Ehsan Rahmah
6. Pelbagai aktiviti riadah komuniti

*AGENSI TERLIBAT*
1.JKM
2.Zakat
3.IPD
4.Air Selangor
5.JPAM
6.PKD
7.AADK
8.PEJ. DUN SABAK
9.PKPS
10.PEJ. PENDIDIKAN
11.PEJ. PENERANGAN
12.PDT
13.MBSB
14.AGENSI SWASTA

*PEGAWAI BERTUGAS*
1. Puan Monaliza Binti Jemain
2. Puan Hashimah Binti Jamil
3. En. Khairul Fahmi Bin Khairul Fasilin
4. Cik Aina Umairah Binti Razlee

*DISEDIAKAN OLEH*
Unit Komuniti
PKMD Sabak Bernam

17/08/2026
LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM PKMD SABAK BERNAMPROGRAM : PEMERIKSAAN BERJADUAL PUSAT JAGAAN DAERAH SABAK BERNAMTARIKH : 27 Ju...
27/07/2026

LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM PKMD SABAK BERNAM

PROGRAM : PEMERIKSAAN BERJADUAL PUSAT JAGAAN DAERAH SABAK BERNAM

TARIKH : 27 Julai 2026 (Isnin)

MASA : 10.30 pagi - 12.00 tghr

TEMPAT : Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi

ANJURAN:
Unit Penguatkuasaan PKMD Sabak Bernam

Pemeriksaan dan Pemantauan Pusat Jagaan Berdaftar bagi daerah Sabak Bernam dijalankan secara berjadual oleh Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan bagi memastikan pusat jagaan ini mematuhi segala peraturan,akta dan garis panduan yang ditetapkan.

Pemeriksaan ini meliputi aspek pengurusan operasi,kebersihan premis,keselamatan penghuni,pengurusan dokumentasi serta nisbah bilangan yang dibenarkan didalam sesuatu pusat jagaan tersebut.

Pegawai Diberi Kuasa telah memberikan nasihat dan teguran diatas penemuaan yang ditemui hasil pemeriksaan tersebut kepada pihak pengurusan supaya perkara-perkara tersebut diambil tindakan agar pusat jagaan ini beroperasi mengikut peraturan dan akta yang telah ditetapkan.Tujuan pemeriksaan ini juga bagi memastikan pusat jagaan berada dalam keadaan baik dan selamat terutamanya kepada penghuni-penghuni pusat jagaan tersebut.

PENGISIAN PROGRAM
i. Pemeriksaan Penilaian Kendiri Pengendali Pusat Jagaan
ii. Pemeriksaan Sekitar Dalaman Dan Luaran Pusat Jagaan
iii. Advokasi Bersama Pengendali Pusat Jagaan

AGENSI / PIHAK TERLIBAT
1.Unit Penguatkuasaan PKMD Sabak Bernam

PEGAWAI BERTUGAS
1.En. Amir bin Mohd Noor
2.En.Khairul Fahmi bin Khairul Fasilin (Pelajar Praktikal)

DISEDIAKAN OLEH
Unit Penguatkuasaan
PKMD Sabak Bernam

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELINGPejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak BernamAssalamualaikum dan...
25/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sabak Bernam menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada seluruh warga Daerah Sabak Bernam, khususnya klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta individu yang memerlukan sokongan psikologi dan emosi.

1. Pejabat: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam2. Tajuk Berita/Aktiviti: Program Mengurus Emosi, Menyubur K...
25/07/2026

1. Pejabat:
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam
2. Tajuk Berita/Aktiviti:
Program Mengurus Emosi, Menyubur Kasih Bersama Ibu Bapa Pelatih PDK
3. Tarikh:
24 Julai 2026 (Jumaat)
4. Tempat:
PDK Seri Panglima, Simpang Lima, Sungai Besar
5. Laporan Ringkas:
Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Program "Mengurus Emosi, Menyubur Kasih" yang disertai oleh 21 orang ibu bapa pelatih PDK.
Pelaksanaan program menggabungkan pendekatan teori dan praktikal melalui aplikasi beberapa intervensi psikologi iaitu teknik pernafasan dalam (deep breathing), Emotional Freedom Techniques (EFT)/tapping dan Expressive Art Therapy.
6. Objektif:
Menjadi medium sokongan psikososial kepada ibu bapa pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, memperkukuh daya tahan (resilience) serta memperkasakan kemahiran mengurus tekanan dan emosi secara positif dalam menjalankan peranan sebagai penjaga utama anak berkeperluan khas.
7. Jumlah Peserta:
21 orang
Disediakan Oleh:
Unit Psikologi dan Kaunseling
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam

*LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM JPKK JKMN SELANGOR*PROGRAM : CERAMAH KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN KANAK-KANAK PERMATA (KONVENSYEN...
25/07/2026

*LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM JPKK JKMN SELANGOR*

PROGRAM : CERAMAH KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN KANAK-KANAK PERMATA (KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK & PERLINDUNGAN KANAK-KANAK)

TARIKH : 25 Julai 2026 (Sabtu)
MASA : 8:00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT : Perkasa Skills Institute, Seksyen 14, Vista Alam, Sham Alam, Selangor.

ANJURAN: Asuh Fitrah Training & Consultancy

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi pendedahan dan penerangan kepada peserta berkenaan konvensyen hak kanak kanak yang terpakai di Malaysia dan Pelaksanaan Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia.
2. Memberi penerangan berkenaan Akta Kanak-Kanak 2001, Perlindungan kanak-Kanak, isu dan Penjagaan sewajarnya untuk kanak-kanak

PENGISIAN PROGRAM
1. Sesi taklimat dan penerangan berkaitan dengan Hak dan Akta Kanak-Kanak secara interaktif.
2. Sesi soal jawab dan perkongsian berkait isu penjagaan kanak-kanak, taska, penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

AGENSI/PIHAK TERLIBAT
1. Pengusaha dan Pengasuh Taska serta Guru dan pengusaha Tadika.

PEGAWAI BERTUGAS
1. Cik Siti Nurizzati Munirah Malik (PPM JKM Sabak Bernam)
2. En Mohd Aliffnazmi Bin Ladin (PPM JKM Hulu Selangor)

DISEDIAKAN OLEH
Unit Kanak-Kanak
JPKK JKMN Selangor

Kami menawarkan pelbagai kelas menarik seperti kelas memanah, kelas membaca, kelas Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta...
29/06/2026

Kami menawarkan pelbagai kelas menarik seperti kelas memanah, kelas membaca, kelas Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta kelas mengaji Iqraโ€™ bagi membantu perkembangan ilmu, kemahiran dan sahsiah anak-anak.

๐Ÿ“ Lokasi: Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Gemilang
๐Ÿ“Œ Maklumat lanjut boleh rujuk poster berikut.

Jom daftarkan anak anda sekarang dan beri mereka pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan!

Address

No 16-17 Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang
Sungai Besar
45300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332242304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKMD Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKMD Sabak Bernam:

Shortcuts

Share