01/09/2026
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Penerangan Malaysia, khususnya di ibu pejabat, negeri dan daerah yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos yang lalu.
Saya tahu, di sebalik kemeriahan sambutan, ada banyak usaha, masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan oleh warga JAPEN.
Sama ada berada di barisan hadapan atau bekerja di sebalik tabir, setiap sumbangan amat bermakna.
Tahniah dan terima kasih atas komitmen serta semangat kerja berpasukan yang luar biasa.
Selamat Hari Kebangsaan 2026.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati