18/08/2026
TAKLIMAT CLINICAL PRACTICE GUIDELINES (CPG): ANTIBIOTIC PROPHYLAXIS 💊💉IN ORAL SURGERY FOR PREVENTION OF SURGICAL SITE INFECTION, 3RD EDITION
Pada 18 Ogos 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Sabak Bernam dengan kerjasama Unit Periodontik, Klinik Pergigian Simpang Lima telah menganjurkan Taklimat Clinical Practice Guidelines (CPG): Antibiotic Prophylaxis in Oral Surgery for Prevention of Surgical Site Infection Peringkat PKPD Sabak Bernam. Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang Pegawai Pergigian.
Taklimat telah disampaikan oleh Dr Zuhrah Binti Mohd Sood, Pakar Periodontik Klinik Pergigian Simpang Lima, bersama Dr Siti Zaharah Binti Othman, Dr Thinagan A/L Ragendran dan Dr Sim Kung Ho.
Pengisian taklimat adalah berpandukan Clinical Practice Guidelines: Antibiotic Prophylaxis in Oral & Maxillofacial Surgery for Prevention of Surgical Site Infection, Third Edition (2024), dengan memberi penekanan kepada:
1. Memahami prinsip serta indikasi penggunaan antibiotik profilaksis dalam pembedahan oral dan maksilofasial bagi mencegah surgical site infection (SSI).
2. Mengenal pasti keperluan pemberian antibiotik profilaksis berdasarkan jenis prosedur pembedahan, termasuk clean surgery, clean-contaminated surgery dan contaminated surgery, serta bagi kes trauma oral dan maksilofasial dan pembedahan onkologi kepala dan leher.
3. Menilai keperluan antibiotik profilaksis bagi populasi khas termasuk pesakit hamil atau menyusu, pesakit Diabetes Mellitus dan pesakit immunocompromised, serta keadaan klinikal berkaitan seperti risiko infective endocarditis, radioterapi atau kemoterapi, osteoradionekrosis dan Medication-Related Osteonecrosis of the Jaw (MRONJ).
4. Memastikan pemilihan dan pemberian antibiotik profilaksis dilakukan secara tepat dan rasional, meliputi pemilihan jenis antibiotik, pengurusan pesakit yang mempunyai alahan terhadap pen*silin, penentuan dos, redosing serta masa pemberian antibiotik.
Selain sesi taklimat, program turut diisi dengan aktiviti pre-test, post-test dan aktiviti berkumpulan bagi mengukuhkan kefahaman peserta terhadap topik yang disampaikan. Pihak penganjur turut menyampaikan hadiah kepada peserta yang memperoleh markah ujian tertinggi serta kumpulan terbaik sebagai penghargaan atas penyertaan dan komitmen sepanjang program.
Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Yang Berusaha Dr Zuhrah Binti Mohd Sood, Pakar Periodontik Klinik Pergigian Simpang Lima, yang mewakili Pegawai Pergigian Daerah Sabak Bernam.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam amalan klinikal bagi memastikan penggunaan antibiotik profilaksis yang tepat, rasional dan berasaskan bukti, seterusnya meningkatkan keselamatan pesakit serta kualiti penyampaian perkhidmatan pergigian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah, urus setia serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.