25/05/2026
Pada 21 Mei yang lalu, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menjalankan Program Galak Guna Perpustakaan. Pada masa yang sama, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran HaNIS & Kempen Galakan Membaca peringkat SK Parit 4.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini. Antaranya:
- Bengkel Hands On bersama PPAS
- Lawatan ke Smart Mobile Library (SML)
- Pertunjukan robotik
- Permainan dalaman
Pihak SK Parit 4 merakamkan jutaan terima kasih kepada Perpustakaan yang terlibat:
1. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
2. Perpustakaan Pekan Dataran Sabak
3. Perpustakaan Desa Binjai Jaya
4. Perpustakaan Desa Parit 8 Gambut
5. Perpustakaan Desa Parit 14, Sg Panjang
6. Perpustakaan Desa Batu 2 Sapintas
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.