29/07/2026
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2026
Sungai Besar, 28 Julai 2026 – Usaha memperkasa penyertaan belia dalam pembangunan negara terus diperkukuh menerusi penganjuran Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.
Program ini menghimpunkan wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan dan pemegang taruh bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan belia, selain menjadi platform mengemukakan cadangan serta pandangan bagi memperkukuh dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada generasi muda.
Penganjuran MPBN di peringkat daerah diharap dapat memperluaskan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia, sekali gus melahirkan belia yang lebih berdaya saing, berwibawa dan mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat serta negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Ali Sadikin Bin Sadin, yang turut menzahirkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan suara serta penglibatan golongan belia sebagai rakan strategik pembangunan daerah.