Majlis Daerah Sabak Bernam

Majlis Daerah Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor

🇲🇾 MALAM AMBANG MERDEKA SEMPENA KARNIVAL KEMERDEKAAN KAMPUNG TRADISI DAN EKSPO SABAK BERNAM 2026 🇲🇾30 Ogos 2026 (Ahad) |...
31/08/2026

🇲🇾 MALAM AMBANG MERDEKA SEMPENA KARNIVAL KEMERDEKAAN KAMPUNG TRADISI DAN EKSPO SABAK BERNAM 2026 🇲🇾

30 Ogos 2026 (Ahad) | 9.00 malam
📍 Stadium Sungai Besar

Kemuncak sambutan Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi dan Ekspo Sabak Bernam 2026 diteruskan dengan penuh meriah menerusi Malam Ambang Merdeka yang menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara.

Orang ramai disajikan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan, Ammar Haikal, Aufahanie, Zul Handy Black dan Acong Sweet Child, yang berjaya menceriakan suasana serta menghiburkan para pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Lebih istimewa, malam ambang ini turut diserikan dengan sesi pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara Stadium Sungai Besar.

Terima kasih kepada seluruh warga Sabak Bernam dan pengunjung yang bersama-sama memeriahkan Malam Ambang Merdeka. Semoga semangat kebersamaan dan cintakan tanah air terus subur dalam jiwa kita.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾❤️




Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka bawah 10 Tahun Dan bawah 12 Tahun Anjuran MDSB kerjasama dengan Kelab Bolasepak Merah ...
31/08/2026

Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka bawah 10 Tahun Dan bawah 12 Tahun Anjuran MDSB kerjasama dengan Kelab Bolasepak Merah kuning Sabak Bernam Sempena Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi 2026.

Bagi kategori Bawah 10 tahun, 8 buah pasukan yang berdaftar dan bagi kategori Bawah 12 Tahun sebanyak 10 buah pasukan yang menyertai.

Perasmian telah di sempurnakan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria Yang Dipertua MDSB dan
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah sempurnakan oleh Tuan Mohd Azreen bin Ariffin Tuan Setiausaha MDSB.

Keputusan adalah seperti berikut :

U10
Ke-4 TDI TITAN
Ke-3 STFC
Ke-2 LongSand FC
Champion Youngstar Fc

U12
Ke-4 TDI TITAN B
Ke-3 STFC
Ke-2 KBMK
Champion LBR FC

Tahniah kepada semua pemenang.

MDSB JUARATahniah diucapkan kepada wakil Majlis Daerah Sabak Bernam atas kejayaan dalam Kejohanan Tarik Tali sempena Har...
31/08/2026

MDSB JUARA

Tahniah diucapkan kepada wakil Majlis Daerah Sabak Bernam atas kejayaan dalam Kejohanan Tarik Tali sempena Hari Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026.

Pasukan MDSB berjaya meraih Johan bagi Kategori Tertutup Tradisional Selangor dan Tempat Kelima bagi Kategori Terbuka Tradisional.

Sekali gus mengharumkan nama MDSB melalui semangat kesukanan, kerjasama serta daya juang tinggi.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangs...
31/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan demi membina Malaysia yang lebih sejahtera, maju dan harmoni.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraa n Dinikmati.”

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Yang Dipertua dan seluruh warga kerja
Majlis Daerah Sabak Bernam


TAHNIAH MDSB : TEMPAT KE LIMA PARTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR30 Og...
31/08/2026

TAHNIAH MDSB : TEMPAT KE LIMA PARTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

30 Ogos 2026 (Ahad) | Stadium Kajang

MDSB telah menyertai pertandingan kenderaan berhias sempena sambutan kememerdekaan 2026 Peringkat Negeri Selangor. MDSB telah memenangi pertandingan di tempat ke Lima dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM 4,000.00 sahaja.

Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Hadiah telah di terima oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria Yang Dipertua MDSB.

MDSB mengucapkan Tahniah kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus menyiapkan kenderaan berhias tersebut.


🩺 SESI ‘HAI DOKTOR’ BESAMA HOSPITAL KPJ30 Ogos 2026 | Stadium Sungai BesarSesi ‘Hai Doktor’ sempena Karnival Kemerdekaan...
30/08/2026

🩺 SESI ‘HAI DOKTOR’ BESAMA HOSPITAL KPJ

30 Ogos 2026 | Stadium Sungai Besar

Sesi ‘Hai Doktor’ sempena Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi dan Ekspo Sabak Bernam berlangsung meriah di Stadium Sungai Besar. Sesi ini memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan perkongsian serta informasi berkaitan penjagaan kesihatan secara santai dan interaktif. Program sebegini turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta penjagaan kesihatan diri dan keluarga.




🎮🇲🇾 LENSA KARNIVAL | PERTANDINGAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG30 Ogos 2026 | Sungai BesarSempena penganjuran Karniv...
30/08/2026

🎮🇲🇾 LENSA KARNIVAL | PERTANDINGAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG

30 Ogos 2026 | Sungai Besar

Sempena penganjuran Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi dan Ekspo Sabak Bernam 2026, Stadium Sungai Besar turut dimeriahkan dengan Pertandingan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang menghimpunkan golongan remaja dan peminat e-Sukan dalam suasana yang penuh semangat serta persaingan sihat.

Penganjuran pertandingan ini menjadi salah satu platform untuk golongan remaja mengetengahkan bakat, kreativiti dan kemahiran strategi dalam bidang e-Sukan yang semakin berkembang. Para peserta bukan sahaja diuji dari aspek kemahiran permainan, malah perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan, membuat keputusan secara pantas serta bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk

Penglibatan dalam aktiviti e-Sukan yang dilaksanakan secara terancang turut memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah remaja, antaranya meningkatkan keyakinan diri, disiplin, kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah dan semangat kerja berpasukan. Pertandingan seperti ini juga menyediakan ruang kepada golongan muda untuk berinteraksi secara sihat, membina jaringan persahabatan serta mengembangkan potensi dan bakat masing-masing.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan kesungguhan sepanjang pertandingan. Semoga platform sebegini terus melahirkan generasi muda yang aktif, kreatif, berdisiplin dan berdaya saing. 👏🎮








MEET & GREET BERSAMA PEMAIN SELANGOR FC30 Ogos 2026 | Stadium Sungai BesarSuasana Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi d...
30/08/2026

MEET & GREET BERSAMA PEMAIN SELANGOR FC

30 Ogos 2026 | Stadium Sungai Besar

Suasana Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi dan Ekspo Sabak Bernam 2026 terus meriah dengan penganjuran sesi Meet & Greet bersama pemain Selangor FC.

Sesi istimewa ini menampilkan kehadiran pemain Selangor FC, Pedro Ataide dan Kwak Sung-hoon, yang berkesempatan bertemu dan berinteraksi secara dekat bersama para peminat, khususnya kanak-kanak yang hadir bersama keluarga.

Kehadiran pemain bola sepak profesional ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada anak-anak, malah menjadi satu bentuk suntikan motivasi untuk mereka mengenali dunia sukan dengan lebih dekat.

Majlis Daerah Sabak Bernam berharap penglibatan ikon sukan dalam program komuniti seperti ini dapat terus menyemarakkan minat anak-anak terhadap aktiviti sukan serta melahirkan generasi muda yang sihat, aktif dan berdaya saing.






30/08/2026
🌙 LAPORAN MALAM CINTA RASUL 2026 🤍✨Program Malam Cinta Rasul telah berlangsung dengan penuh meriah  pada 29 Ogos 2026 (S...
30/08/2026

🌙 LAPORAN MALAM CINTA RASUL 2026 🤍✨

Program Malam Cinta Rasul telah berlangsung dengan penuh meriah pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sungai Besar, bersempena Karnival Kemerdekaan Kampung Tradisi & Ekspo Sabak Bernam 2026.

Program ini menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga Sabak Bernam. Para hadirin turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan Faheem, Kumpulan Aeydan, Ustaz Bakhtiar Fitri dan Hafiz Hamidun yang berjaya menceriakan suasana dengan alunan selawat, zikir dan persembahan berunsurkan kerohanian.

Semoga program ini terus menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menjadi wadah menyatukan masyarakat melalui penghayatan nilai-nilai Islam, perpaduan dan kasih sayang.




Address

Sungai Besar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Sabak Bernam:

Shortcuts

Share