Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar Permulaan Bismillah

05/09/2026

Dengarkan dan hadamkan.

KENYATAAN MEDIATIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR5 SEPTEMBER 2026 | 24 RABI'ULAWAL 1448 HPENYATUAN UMMAH DEMI PRU...
05/09/2026

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

5 SEPTEMBER 2026 | 24 RABI'ULAWAL 1448 H

PENYATUAN UMMAH DEMI PRU-16: PENGORBANAN BESAR DEMI MASA DEPAN POLITIK MELAYU-ISLAM

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang dibawa oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 hari ini.

2. Ketetapan ini bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajipan demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.

3. Apabila kita berbicara tentang naskhah penyatuan, hakikat yang tidak boleh kita elakkan adalah keperluan untuk berkorban. Penyatuan menuntut kita untuk berlapang dada dan melepaskan kepentingan peribadi mahupun kelompok. Pengorbanan ego, emosi, dan perbezaan ini sememangnya suatu perkara yang besar dan berat. Namun, ia adalah harga yang wajib kita bayar demi mempertahankan serta memperkukuh kuasa politik Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

4. Tanpa pengorbanan ini, penyatuan hanya akan tinggal sekadar slogan kosong. Kita wajib belajar dan mengambil iktibar daripada sejarah. Sejarah Tanah Melayu sendiri telah merakamkan bahawa apabila tiba saat-saat genting yang menyentuh soal masa depan dan kelangsungan bangsa, masyarakat Melayu sentiasa mampu meminggirkan perbezaan pandangan untuk duduk semeja.

5. Hal ini terbukti secara jelas melalui kebangkitan umat Melayu menentang gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Peristiwa bersejarah tersebut berjaya menghimpunkan puluhan pertubuhan, persatuan, dan kelompok Melayu dari pelbagai latar belakang dan fahaman. Mereka bersatu hati dan bergerak di atas satu platform yang sama kerana satu prinsip asas yang dikongsi bersama, wujud sebuah matlamat agama dan bangsa yang jauh lebih besar berbanding kelangsungan organisasi masing-masing.

6. Justeru, Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh anggota parti, anak muda, dan setiap umat Islam di luar sana untuk menghayati semangat Kongres Melayu 1946 ini. Menjelang PRU-16, ayuh kita ketepikan segala titik bengik perbezaan, bina semula jambatan ukhuwah, dan rapatkan saf perjuangan. Kuasa politik Melayu-Islam ini terlalu mahal nilainya untuk dibiarkan lebur akibat perpecahan sesama kita.

Takbir!
Siru 'ala barakatillah.

Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS SELANGOR 4 SEPTEMBER 2026 | 23 RABI'ULAWAL 1448 H10 SEBAB KENAPA PN SELANGOR...
04/09/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS SELANGOR

4 SEPTEMBER 2026 | 23 RABI'ULAWAL 1448 H

10 SEBAB KENAPA PN SELANGOR PERLU KEPIMPINAN BAHARU!

Cukuplah berpusing pusing dan menafikan realiti bahawa sikap pimpinan Bersatu di Selangor dan Malaysia sudah tidak boleh diterima sebagai rakan kita di dalam Perikatan Nasional.

Waima politik nilai atau politik identiti itu sekadar hujjah simplistik mereka yang khianat!

Hujjah sebenar adalah mengenai sokongan terbuka kepada Pakatan Harapan Selangor dengan sketsa "Beradinda kanda dan sahabat Sekinchan DAP" adalah amat menjelekkan kita semua!

Saya amat bersetuju dengan ujaran tegas dan berani Ustaz Sukri Omar di dalam perbahasan ucapan dasar Presiden PAS bahawa menggesa segera ditukar Pengerusi PN Selangor!

Ayuh berlaku jujur dan berani, kalau benar kita mahu tawan Selangor pada PRU16, PN Selangor memerlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan benar-benar bersedia menggerakkan seluruh kekuatan akar umbi.

Sekurang kurangnya ada 10 sebab kenapa PAS wajar diberi peluang memimpin Perikatan Nasional Selangor:

1. PAS ADA JENTERA AKAR UMBI

Kekuatan PAS bukan bermusim ketika pilihan raya. Kita ada jentera daripada negeri, kawasan, DUN, cawangan sehingga UPU yang bekerja sepanjang masa.

2. PAS BERSEDIA MEMIMPIN, BUKAN SEKADAR MENUNTUT JAWATAN!

Kita tidak meminta kerusi empuk. Kita meminta tanggungjawab. Kalau diberi amanah, kita bersedia bekerja dan memikul akibatnya.

3. PRU16 SEMAKIN DEKAT โ€” MASA UNTUK BERTINDAK!

Kita tidak boleh masuk gelanggang PRU16 dengan kepimpinan yang masih teragak-agak. PN Selangor perlukan satu nakhoda, satu arahan dan satu matlamat.

4. PAS SELANGOR TIDAK KETANDUSAN PEMIMPIN

Kita mempunyai pimpinan berpengalaman dalam pentadbiran, politik, organisasi dan perjuangan akar umbi. Jangan gambarkan seolah-olah tiada orang lain mampu memimpin PN Selangor.

5. LANDSKAP POLITIK SUDAH BERUBAH

Formula semalam belum tentu formula kemenangan esok.
Kalau keadaan sudah berubah, strategi dan kepimpinan juga mesti berani berubah!

6. PAS DATANG DENGAN MISI MENAWAN SELANGOR

Kita tidak mahu selamanya menjadi pembangkang.
Matlamat kita jelas โ€” bina kekuatan, yakinkan rakyat dan tawarkan sebuah kerajaan baharu untuk Selangor.

7. YANG BEKERJA WAJAR DIBERI RUANG MEMIMPIN

Siapa turun ke cawangan?
Siapa menghidupkan UPU?
Siapa bertemu rakyat?
Siapa menggerakkan ceramah, kebajikan, penerangan dan kempen?
Kekuatan akar umbi ini jangan hanya dicari apabila pilihan raya semakin dekat!

8. PN SELANGOR PERLU PEMBANGKANG YANG LEBIH GARANG

Kita perlukan kepimpinan yang berani menjadi semak dan imbang kepada Kerajaan PH Selangor.
Lawan tetap lawan dalam politik. Jangan sampai rakyat sendiri keliru siapa kerajaan dan siapa pembangkang.

9. PAS SUDAH BERSEDIA MENJADI KERAJAAN MENANTI

Kita bukan hanya mahu pandai mengkritik.
PAS mesti bersedia dengan dasar, pasukan, penyelesaian dan kepimpinan untuk mengambil alih pentadbiran negeri apabila diberikan mandat rakyat.

10. SUDAH TIBA MASANYA โ€” TUKAR SEGERA PENGERUSI PN SELANGOR!

Ini bukan soal membenci YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini bukan dendam peribadi.

Ini soal PRU16.

Ini soal masa depan PN.

Ini soal siapa paling bersedia memimpin gelombang perubahan di Selangor.

Kalau formula lama tidak lagi memberikan lonjakan yang kita perlukan, BERANI KITA UBAH!

PAS tidak meminta kepimpinan kerana gilakan jawatan.

PAS menawarkan diri kerana PAS mempunyai jentera, pengalaman dan kesediaan untuk memikul amanah!

๐Ÿ”ฅ PRU16 TIDAK MENUNGGU KITA!
๐Ÿ”ฅ FORMULA LAMA PERLU DINILAI SEMULA!
๐Ÿ”ฅ BERI LALUAN KEPADA KEPIMPINAN BAHARU!
๐Ÿ”ฅ RESET PN SELANGOR!

Mohamad Suffi Kamari
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



MEMIMPIN PENYATUANMungkin kita pernah terluka,pernah berjauh,pernah berbeza langkah.Namun sampai bila kita mahu terus be...
04/09/2026

MEMIMPIN PENYATUAN

Mungkin kita pernah terluka,
pernah berjauh,
pernah berbeza langkah.

Namun sampai bila kita mahu terus berdiri di dua sisi, sedangkan umat sedang menanti kita bersatu?

PAS dan UMNO.
Sejarah mungkin memisahkan,
tetapi masa depan memanggil kita untuk mendekatkan.

Kerana penyatuan bukan tentang siapa yang menang,
tetapi apa yang sanggup kita korbankan demi ummah.

Hari ini kita memilih untuk merapatkan saf.
Bukan kerana segala perbezaan telah hilang,
tetapi kerana amanah kepada ummah jauh lebih besar daripada perbezaan kita.

Memimpin Penyatuan.
Menyatukan hati, menyatukan langkah,
demi sebuah masa depan yang lebih indah.




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆPemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Masa depan Islam menuntut lahirnya pemuda yang yak...
03/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ

Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Masa depan Islam menuntut lahirnya pemuda yang yakin, berilmu, beriman dan berani.

Lima pesanan penting daripada Datoโ€™ Sri Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man:

1๏ธโƒฃ ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐— 
Pemuda mesti yakin bahawa masa depan kita adalah untuk Islam. Teruskan perjuangan dengan keyakinan dan istiqamah.

2๏ธโƒฃ ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—ž๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ
Bina pemuda dengan iman, ilmu dan keberanian. Luangkan masa bersama Allah kerana kekuatan perjuangan bermula daripada hubungan dengan-Nya.

3๏ธโƒฃ ๐—๐—”๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—›
Gunakan media sosial untuk menyebarkan ilmu, kebaikan dan dakwah, bukan fitnah, provokasi dan perpecahan.

4๏ธโƒฃ ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง
Bawa politik perkhidmatan dengan mendekati dan menyantuni rakyat. PAS dibina atas tiga tonggak utama: Tarbiyah, Dakwah dan Siasah.

5๏ธโƒฃ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—™ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก
Bina barisan pemuda yang bersedia memimpin, berkhidmat dan menghadapi cabaran mendatang. Persiapkan diri untuk PRU16.

โ€œPemuda hari ini, pemimpin masa depan.
Bina diri, bina ummah, teruskan perjuangan untuk Islam.โ€

๐Ÿ”ฅ Pemuda PAS! Terus melangkah, membina masa depan Islam.




Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar yang hadir ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67 di Hotel Gr...
02/09/2026

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar yang hadir ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

InshaAllah malam ini bermulanya medan muktamar dan muhasabah buat pendukung jemaah ini. Semoga ada manfaat buat semua.


KENYATAAN MEDIATIMBALAN KETUA PEMUDA PAS SELANGOR1 SEPTEMBER 2026 | 19 RABI'ULAWAL 1448 HPENDIGITALAN RM1 BILION: KERAJA...
01/09/2026

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS SELANGOR

1 SEPTEMBER 2026 | 19 RABI'ULAWAL 1448 H

PENDIGITALAN RM1 BILION: KERAJAAN GAGAL MENILAI KEUTAMAAN KETIKA SISTEM KESIHATAN AWAM LUMPUH AKIBAT KEKURANGAN TENAGA KERJA

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri pada 30 Ogos 2026 lalu berhubung peruntukan RM1 bilion untuk pendigitalan sektor kesihatan awam. Difahamkan, pelaburan besar ini akan memfokuskan kepada perluasan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan peningkatan capaian internet di 150 hospital. Ia juga melibatkan lebih 2,000 Klinik Kesihatan bagi merealisasikan konsep "Satu Individu, Satu Rekod" supaya capaian rekod pesakit menjadi lebih cekap.

2. Walaupun pemodenan sistem teknologi adalah sesuatu yang ideal, kerajaan pada hari ini dilihat jelas gagal menilai keutamaan sebenar ketika kebajikan dan beban tugas staf kesihatan di lapangan berada pada tahap yang sangat kritikal.

3. Apalah gunanya sistem internet yang laju dan rekod yang diselaraskan jika hospital dan klinik kerajaan tidak mempunyai doktor yang mencukupi untuk merawat pesakit? Pada Februari 2026, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah mengakui wujudnya dua masalah struktur yang paling utama, bekalan tenaga kerja yang tidak mencukupi serta agihan yang tidak seimbang (maldistribution).

4. Bukti kegagalan sistemik ini amat ketara apabila daripada 12,198 kapasiti slot pegawai perubatan siswazah (HO) di 48 buah hospital latihan, hanya sekitar 6,500 atau 53% sahaja yang berjaya diisi setakat Februari 2026.

5. Krisis ini menjadi bertambah parah di peringkat kepakaran. Menurut kenyataan Malaysian Medical Association (MMA) pada Jun 2026, hospital awam di negara ini beroperasi pada kapasiti tinggi namun terpaksa berhadapan dengan kekurangan hampir 11,000 pakar perubatan. Keadaan tenaga kerja yang tenat ini mengakibatkan petugas kesihatan sedia ada terpaksa menanggung bebanan tugas yang tidak masuk akal (burnout), isu lambakan kerja yang tidak berkesudahan, dan kualiti perkhidmatan kepada pesakit yang semakin merosot.

6. Justeru, DPPNS mendesak agar peruntukan mega ini disemak semula. Sebahagian besar dana sewajarnya disalurkan untuk menyelamatkan petugas kesihatan kita. Kami mencadangkan beberapa dasar praktikal untuk dilaksanakan segera.

7. Pertama, Penyelesaian Agihan Tidak Seimbang (Maldistribution) Melalui Insentif Menyeluruh. KKM mengakui agihan doktor tidak seimbang menjadi satu masalah struktur utama. Mengadaptasi model Rural Health Workforce di Australia, kerajaan patut menggunakan dana yang ada untuk memperkenalkan elaun kesukaran (hardship allowance) yang tinggi, pemberian perumahan selesa, dan laluan kerjaya yang dipendekkan (fast-track promotion) bagi menarik doktor bertugas di hospital daerah dan kawasan pedalaman.

8. Kedua, Pembiayaan Penuh untuk Latihan Kepakaran & Parallel Pathway. KKM menyasarkan sekitar 13,000 doktor pakar menjelang tahun 2030, antara lainnya dicapai melalui pengukuhan latihan kepakaran serta Parallel Pathway. Kerajaan seharusnya menaja sepenuhnya yuran peperiksaan antarabangsa Parallel Pathway, menambah peruntukan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), serta memperbanyak slot latihan Master di universiti awam dan menyerap semua pegawai perubatan berstatus kontrak yang layak ke jawatan tetap.

9. Ketiga, Pelaksanaan Dasar Waktu Kerja Selamat (Safe Working Hours). Ketiadaan kawalan terhadap waktu syif kerja on-call telah menghancurkan kebajikan petugas kesihatan kita. Mencontohi European Working Time Directive (EWTD) di Eropah, kerajaan perlu menggubal polisi yang mengehadkan jumlah maksimum jam bekerja dalam seminggu bagi setiap pegawai perubatan bagi mengelakkan keletihan melampau, kecuaian perubatan (medical error), dan kemurungan.

10. Keempat, Penaiktarafan Fasiliti Kerja Berbanding Kosmetik Digital. Doktor memerlukan mesin imbasan (CT/MRI) yang tidak rosak, peralatan dewan bedah yang lengkap, dan bilik on-call yang manusiawi. Menyalurkan wang hanya untuk EMR ketika peralatan asas untuk menyelamatkan nyawa masih usang adalah satu ironi yang menyedihkan.

11. Sistem kesihatan negara tidak dihidupkan oleh kabel internet atau perisian semata-mata, tetapi ia digerakkan oleh keringat, air mata, dan pengorbanan para doktor, jururawat, serta petugas sokongan. DPPNS menasihatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar berpijak di bumi yang nyata. Berhenti berbangga dengan pengumuman yang megah di atas kertas tetapi hakikatnya tidak menyelesaikan akar umbi masalah. Pulihkan dahulu tenaga kerja kesihatan kita, barulah sistem digital ini mampu berfungsi dengan berkesan.

Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor



MUKTAMAR DPPM KALI KE-67 | KOTA BHARU, KELANTANInsya-Allah, sekali lagi seluruh saf kepimpinan dan perwakilan Pemuda PAS...
01/09/2026

MUKTAMAR DPPM KALI KE-67 | KOTA BHARU, KELANTAN

Insya-Allah, sekali lagi seluruh saf kepimpinan dan perwakilan Pemuda PAS dari seluruh negara akan berhimpun dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67.

๐Ÿ“… 2 & 3 September 2026
๐Ÿ“ Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Muktamar adalah medan muhasabah, memperteguh ukhuwah dan menyusun langkah perjuangan untuk terus memimpin generasi serta berkhidmat kepada rakyat.

Selamat datang ke bumi Serambi Mekah buat seluruh perwakilan, pemerhati dan tetamu.

Jumpa di Kota Bharu nanti!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐ŸตKemerdekaan bukan sekadar kisah tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan. Ia...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต

Kemerdekaan bukan sekadar kisah tentang sebuah negara yang bebas daripada penjajahan. Ia adalah kisah perjuangan, pengorbanan dan keberanian para pejuang yang bangkit mempertahankan agama, tanah air dan maruah bangsa.

Jauh sebelum laungan โ€œ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ!โ€ bergema di Stadium Merdeka, telah lahir tokoh-tokoh Islam yang mengangkat senjata dan pena demi mempertahankan tanah air.

๐Ÿ•Œ ๐‘ซ๐’๐’ ๐‘บ๐’‚๐’Š๐’… di Naning menentang campur tangan British.
๐Ÿ•Œ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ berjuang mempertahankan Pahang.
๐Ÿ•Œ ๐‘ป๐’๐’Œ ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’• di Kelantan menentang penjajahan dan mempertahankan maruah rakyat.
๐Ÿ•Œ ๐‘ด๐’‚๐’• ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’– bersama para pejuang Pahang berjuang menentang British.
๐Ÿ•Œ ๐‘ฏ๐’‚๐’‹๐’Š ๐‘จ๐’ƒ๐’…๐’–๐’ ๐‘น๐’‚๐’‰๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘ณ๐’Š๐’Ž๐’ƒ๐’๐’๐’ˆ memimpin kebangkitan rakyat Terengganu dengan semangat mempertahankan hak dan agama.
๐Ÿ•Œ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘ด๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’‚๐’‹๐’‚ ๐‘ณ๐’†๐’๐’‚ di Perak turut bangkit menentang penguasaan British.

Mereka mungkin tidak sempat melihat 31 Ogos 1957, namun perjuangan mereka menjadi sebahagian daripada rentetan panjang sejarah menuju kemerdekaan.

Hari ini kita menikmati kemerdekaan kerana ada generasi terdahulu yang sanggup berkorban.

Maka, menjadi tugas kita p**a untuk mengisi kemerdekaan dengan iman, ilmu, akhlak, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

๐˜”๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ง๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข,
๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ข.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต

๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š : ๐‘ซ๐’†๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’–๐’…๐’‚ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘บ๐’–๐’๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’†๐’”๐’‚๐’“




28/08/2026

โœจ RAIKAN 3 CINTA | 1 DEKAD SRITI AL-TAโ€™LIM โœจ

Jom bersama-sama memeriahkan Raikan 3 Cinta sempena 1 Dekad SRITI Al-Taโ€™lim pada 29 & 30 Ogos 2026 bertempat di Pusat Tarbiyah Darussalam, Simpang Lima Sungai Besar, Selangor.

Dua hari penuh dengan pelbagai pengisian menarik โ€” Cinta Negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, Cinta Rasul ๏ทบ dan Satukan Cinta โค๏ธ

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ๏ธ Konvoi Semarak Merdeka Sungai Besar 2026
โ˜• Sembang Santai Cinta Negara
๐Ÿคฒ Sungai Besar Berselawat

๐Ÿ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿšถ Sungai Besar Fun Walk
๐ŸŽ“ Tahnik Perdana
๐Ÿ’ Walimah Perdana โ€” Satukan Cinta

๐Ÿ“Œ Lock tarikh anda sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program yang penuh makna ini.

Raikan 3 Cinta, semarakkan cinta kepada Negara, Rasul dan keluarga. โค๏ธ

Address

Simpang 5
Sungai Besar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601135651908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar:

Shortcuts

Share