Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia Peneraju kecemerlangan tadbir urus badan sukan di Malaysia. Mewujudkan suasana kondusif kepada semu

04/09/2026

Suara Belia - Agenda Utama Belanjawan Belia MADANI 2027! 🔥⚡️

Apa yang golongan belia perlukan di bawah Belanjawan 2027? Ini platform anda suarakan pandangan, idea dan buah fikiran! 💬

Jom hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 bagi Zon Tengah seperti berikut: 👇

🗓️ : 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ : 2.00 petang
📍 : Dewan Bankuet, Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil

Ini bukan sekadar sesi libat urus — Kita Dengar. Kita Bincang. Kita Gerakkan! 🏁

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited 💪



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail

04/09/2026

Suara Belia - Agenda Utama Belanjawan Belia MADANI 2027! 🔥⚡️

Apa yang golongan belia perlukan di bawah Belanjawan 2027? Ini platform anda suarakan pandangan, idea dan buah fikiran! 💬

Jom hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 bagi Zon Pantai Timur seperti berikut: 👇

🗓️ : 4 September 2026 (Jumaat)
⏰ : 8.00 malam
📍 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan

Ini bukan sekadar sesi libat urus — Kita Dengar. Kita Bincang. Kita Gerakkan! 🏁

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited 💪



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail

3 September 2026, Putatan - Program Kursus Asas Pengurusan Badan Sukan Baharu Berdaftar Siri 3 Negeri Sabah telah berlan...
04/09/2026

3 September 2026, Putatan - Program Kursus Asas Pengurusan Badan Sukan Baharu Berdaftar Siri 3 Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya melalui kaedah pelaksanaan secara dalam talian. Sasaran penyertaan adalah terdiri dari badan sukan yang baharu berdaftar pada tahun 2025 dan 2026.

Pelbagai topik yang penting dalam pengurusan badan sukan telah disentuh dalam Kursus berkenaan yang telah disampaikan oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dan juga penceramah jemputan dari Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Puan Sempini Langiton, Penolong Pengarah Bahagian Sukan.

Semoga dengan pelaksanaan kursus ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan ahli-ahli jawatankuasa badan sukan dalam urus tadbir badan sukan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUNSeluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menya...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN

Seluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 Tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bertemakan “Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati”. Perpaduan kaum dan warisan budaya kekal sebagai tunjang kekuatan negara. Semoga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini terus membawa keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026Pejabat Pesuruh...
29/08/2026

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada 29 Ogos 2026 bertempat di UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada pimpinan badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik. Turut hadir sama YBrs. Encik Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan.

Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung.

Jumpa kami di SBP seterusnya 👍🏻

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah hadir untuk mengadakan sesi pertemuan bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Ma...
29/08/2026

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah hadir untuk mengadakan sesi pertemuan bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik pada 28 Ogos 2026 bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Sesi tersebut melibatkan Puan Mohsinar binti Abdul Malek, Timbalan Pesuruhjaya Sukan bersama wakil daripada setiap cawangan PJS dan Bahagian Caruman dan Penguatkuasaan, PERKESO.

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026Ayuh sertai kam...
27/08/2026

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026

Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada:

🗓️ : 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ : 8.00 pagi - 7.00 petang
📍 : UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti dan pameran daripada agensi kerajaan serta kaunter khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir.

Jumpa anda di sana.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H/ 2026MSeluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Me...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H/ 2026M

Seluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Bertemakan “MADANI Dihayati Ummah Diberkati”. Marilah kita bersama-sama menyambut dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.

Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda dengan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

PJS PERKUKUH TADBIR URUS SUKAN MELALUI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH DI KELANTANKOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Pejabat P...
24/08/2026

PJS PERKUKUH TADBIR URUS SUKAN MELALUI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH DI KELANTAN

KOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pemegang taruh menerusi Program Libat Urus Bersama Pemegang Taruh (Jabatan/NGO/Syarikat/Badan Sukan) dan Program Santai Bersama Pelanggan Negeri Kelantan yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kota Bharu, Kelantan.

Program tersebut menjadi platform penting bagi PJS untuk berkongsi maklumat serta memperkukuh kefahaman pemegang taruh mengenai aspek tadbir urus, pengurusan dan pentadbiran badan sukan. Pada masa yang sama, sesi libat urus ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan isu-isu pentadbiran badan sukan serta pembangunan sukan di Negeri Kelantan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai PJS berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], aspek penganjuran acara sukan serta Kod Tadbir Urus Badan Sukan, berdasarkan peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Seramai 115 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pemegang jawatan utama badan sukan di peringkat negeri, daerah dan kelab di seluruh Negeri Kelantan.

Turut hadir ialah wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan, antaranya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Pelancongan Negeri Kelantan, Kesatuan Pekerja Kastam Semenanjung Malaysia Negeri Kelantan, Universiti Sains Malaysia (Cawangan Kelantan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah serta Jabatan Belia dan Sukan Daerah-Daerah Negeri Kelantan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PJS dalam mendekati pelanggan dan pemegang taruh di peringkat akar umbi, di samping memastikan badan-badan sukan sentiasa memahami dan mematuhi keperluan perundangan, peraturan serta amalan tadbir urus yang baik.

PJS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan agensi yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan perkongsian ilmu dan pandangan yang diperoleh melalui sesi libat urus ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan dan tadbir urus badan sukan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan yang lebih mampan dan cemerlang di Negeri Kelantan serta di peringkat nasional.

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN MENUMBOKDewan Pusat Kemahiran Masyarakat, 22 Ogos 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rant...
24/08/2026

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN MENUMBOK

Dewan Pusat Kemahiran Masyarakat, 22 Ogos 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Menumbok telah selesai melaksanakan Program Santai Bersama Pelanggan di Daerah Kecil Menumbok dengan jayanya.

Penyertaan seramai 60 orang yang terdiri daripada badan sukan yang belum dan telah berdaftar menunjukkan bahawa masyarakat Daerah Kecil Menumbok peka dengan pembangunan sukan di daerah kecil ini.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah membantu dengan memberikan khidmat nasihat berkaitan Pendaftaran Badan Sukan, Penghantaran MYKB, Pindaan Perlembagaan dan Carian Maklumat serta fungsi dan peranan Pejabat Pesurujaya Sukan.

Yang Berusaha Encik Fedrius bin Jumi, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah merasmikan program tersebut sekaligus menerangkan fungsi dan peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan 1997. Turut diselitkan aktiviti kecergasan yang telah dipimpin oleh Encik Ezzly Fadzly.

Address

Sungai Besi

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389944800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia:

Shortcuts

Share