Apa-apa Aja

Apa-apa Aja Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Apa-apa Aja, Landmark & historical place, Sungai Petani.

Halaman ini menyampaikan berita-berita menarik berkaitan sejarah-sejarah Tanah Melayu dan diselitkan dengan sejarah-sejarah dunia.Halaman ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan memahami sesuatu sejarah dengan cara berilmiah.

10/10/2025

Gencatan s3nj4t4 setelah 2 tahun di GHAZZAHHH

24/01/2025
Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai. Kalau s**a bukit, jangan beli rumah d...
19/10/2024

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai.

Kalau s**a bukit, jangan beli rumah di puncak bukit.

Kalau s**a mandi kolam, jangan buat kolam di dalam rumah.

Keseronokan sesuatu itu kita akan hilang apabila kita mula memiliki.

Dia kongsikan pengalaman hidupnya kepada saya. Katanya dulu sebelum ada rumah di tepi pantai, dia s**a lepak² ambil angin pantai, main buai, mandi laut, masak² dan bakar ikan. Saking seronoknya, suatu hari isterinya ajak dia beli rumah tepi pantai. Lalu dia beli tanah dan bina banglo mewah dua tingkat.

Sebulan pertama, dia rasa seronok, masuk bulan kedua dia rasa hambar, bulan ketiga dia rasa jemu. Kemudian lama² nikmat itu hilang.

Dia jadi tak ghairah sepertimana dulu². Akhirnya dia bgtau, saya dah 3 tahun tak pergi pantai. Dah tak seronok. Dah takde nikmat.

Keseronokan hilang setelah kita memiliki. Dia pesan, kalau s**a sesuatu, sewa sahaja dua atau tiga hari.

Nanti cuti sekolah akan datang, pi sewa lagi. Seronok itu akan kekal.

Kredit FB Mohd Saleh

31/03/2024

Aduhh

31/03/2024

(ISU KAFIR)Jangan pandai² mengubah apa yang ada didalam Al-Quran !!!

13/10/2023

Doakan buat saudara kita disana
Gambar ini menunjukkan 1001 kesedihan yang berlaku di .Tidak terkecuali dengan haiwan turut menerima tempias dari peperangan yang berlaku di





Kehebatan hulubalang melayu Dato' Laksamana Hang Tuah.Mungkin kita tau sedikit sebanyak tentang laksamana,tapi mari kita...
14/07/2022

Kehebatan hulubalang melayu Dato' Laksamana Hang Tuah.

Mungkin kita tau sedikit sebanyak tentang laksamana,tapi mari kita kaji lagi seperti apa hebatnya laksamana kita ini.

Agak panjang penulisannya,selamat membaca!

1. Sisi Pendekar/Heroic

Banyak sebenar sisi pendekar yang harus kita banggakan oleh kita dalam membicarakan tentang Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah ialah pendekar Melayu yang dicatatkan dalam sejarah sebagai seorang pendekar yang hebat. Hang Tuah dikatakan menuntut ilmu persilatan dengan ang Aria Putera di Bukit Pancalusa dan juga berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura.

Hang Tuah menunjukkan bahawa beliau ialah seorang pendekar yang hebat sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, ketika usianya 10 tahun, dicatatkan bahawa Hang Tuah berlayar bersama rakan-rakannya ke Pulau Tinggi sebelum bertemu dengan lanun yang menguasai p**au itu. Maka Hang Tuah dan para sahabatnya pun bertempurlah dengan lanun-lanun tadi, dan hebatnya, pada usia 10 tahun itu. Hang Tuah dan para sahabat berjaya menewaskan lanun tadi.

Aksi pendekar Hang Tuah itu diperhatikan oleh Penghulu Singapura lalu dilaporkan pada Bendahara Raja. Diceritakan juga selepas kembali berguru dengan Sang Persata Nala, maka Hang Tuah pun dicatatkan menghentikan orang mengamuk lalu dari kejayaannya itu membolehkan Hang Tuah menjadi Biduanda Raja.

Bermula dari peristiwa inilah, betapa Hang Tuah bermula menjadi seorang pendekar Melayu yang sangat hebat bertempur. Antara kehebatan Hang Tuah yang dicatatkan dalam sejarah itu sendiri:

a.) Menewaskan 70 Orang Mengamuk Yang Diupah Oleh Patih Gajah Mada

Patih Gajah Mada tahu bahawa kekuatan militari Melaka adalah terletak di tangan Hang Tuah dan para sahabat yang sangatlah tinggi ilmu persilatannya. Lalu, antara cara Majapahit untuk mengusai empayar Melaka yang luas yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah, maka satu-satunya cara adalah membunuh Hang Tuah sendiri. Biar mati pendekar itu, maka kegemilangan Majapahit yang dibayangi dek Melaka itu akan runtuh.

Maka sejarah pun berceritalah kepada kita bagaimana Patih Gajah Mada mengarahkan agar 70 orang untuk mengamuk di pasar dan mengamuk di pasar dengan merampas harta benda dan membunuh sesiapa sahaja. Untuk menghapuskan orang mengamuk itu, Betara Majapahit berpura-pura meminta bantuan Raja Melaka. Hang Tuah bersama Hang J***t, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah dapat membunuh orang-orang mengamuk itu. Lain yang dirancang, lain p**a jadinya menunjukkan betapa Hang Tuah bukanlah calang-calang pendekar.

b.) Hang Tuah dan para sahabat menewaskan 1000 orang upahan Majapahit

Kehadiran Hang Tuah dan para sahabatnya di Majapahit memang sentiasa menimbulkan perasaan tidak senang dalam hati Patih Gajah Mada sendiri. Maka, pelbagai rancangan untuk membunuh Hang Tuah dirancangkan namun semuanya tidak berjaya. Dan untuk membalas dendam kepada segala perbuatan jahat Patih Gajah Mada terhadapnya, maka Hang Tuah telah menceroboh masuk ke dalam taman larangan di dalam Istana Majapaht lalu bers**aria di dalam taman itu dengan para sahabatnya.

Mendapat tahu akan peristiwa itu, maka Patih Gajah Mada menghantarkan askar dalam jumlah 1000 orang untuk menangkap dan menggempur Hang Tuah dan para sahabatnya yang lain. Sekali lagi, ilmu pendekar Hang Tuah dan para sahabatnya diuji. Dan hebatnya, betapa 1000 askar yang dihantar oleh Patih Gajah Mada itu bukanlah tandingan Hang Tuah dan para sahabatnya.

Selepas itu, Hang Tuah memberi alasan bahawa dia tidak mengetahui bahawa taman tempat dia dan para sahabat bers**a-ria semalam adalah sebuah tempat larangan ketika Raja Melaka menghadapi bentara Majapahit. Bentara Majapahit merasa malu dengan segala usaha untuk menggugurkan nyawa Hang Tuah di buminya semua berhasil dengan kegagalan. Lalu… untuk menutup malu itu, Bentara Majapahit memberi alasan bahawa tidak ambil kisah sangat dengan apa yang berlaku.

Sempat juga sebelum p**ang ke Melaka, Hang Tuah melontarkan janji kepada Sultan Melaka, kalau nanti sesuatu terjadi pada rombongan mereka, Hang Tuah sendiri akan memimpin bala askar Melaka lalu meruntuhkan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.

c.) Hang Tuah Menewaskan Samurai (Ronin?) Jepun

Betapa sebenarnya Hang Tuah bukanlah pendekar kekampungan, sebaliknya ilmu bela dirinya teruji bertempur dengan pelbagai pengamal seni bela yang terkenal yang lain. Antara kisah yang sangat terkenal adalah Hang Tuah vs Samurai Jepun.

Di bawah ada dipamerkan petikan daripada manuskrip Hikayat Hang Tuah itu sendiri tentang pertempuran antara Hang Tuah dan Samurai Jepun.

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`

Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun

Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.`

Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata:

`Cheh! Hendak berdusta p**a. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!

Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau ( Raja Siam) sendiri lalu larang-nya . Maka ia pun berseru2, katanya,

`Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu.

Maka kata Laksamana,

`Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.`

Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (pendekar Jepun) memarang dengan dua belah tangan-nya.

Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu.

Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usirnya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu p**a.

Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielak) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidung pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu p**a. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun terjun p**a berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir p**a dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang p**a oleh Laksamana kepala-nya belah dua.”

(Petikan daripada Hikayat Hang Tuah)

d.) Hang Tuah Melawan Pendekar India

Di dalam Hikayat Hang Tuah,kononnya Hang Tuah telah berlayar ke beberapa negara dan seringkali mempamerkan seni silatnya dan menewaskan ahli beladiri negara atau kerajaan yang dilawatinya.

Menariknya,sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah! Drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India oleh Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.

Hang Tuah sebenarnya datang ke India dan berkhidmat kepada Deva Raya II (1424-1446) iaitu pemerintah kepada Empayar Vijayanagara. Ini adalah sesuai dengan catatan sejarah oleh sarjana India sendiri.

Hang Tuah telah ditawarkan berkhidmat sebagai jurulatih seni bermain pedang untuk tentera Empayar Vijayanagara.Empayar pada masa ini memerintah keseluruhan selatan India seperti Andhra Pradesh,Karnataka,Tamil Nadu dan Kerala.

Semua kerajaan-kerajaan klasik selatan India seperti Pandya,Hoysala apatah lagi Chola,semuanya sudah lenyap dan wilayah-wilayah mereka dijajah oleh Vijayanagara.

Dalam sejarah Hang Tuah di Vijayanagara menurut sarjana India, Hang Tuah telah menawarkan untuk mencabar mana-mana pahlawan dalam empayar itu.Emperor membawa pahlawan terbaik,Putera Virabhadra,anak raja Kalinga-Utkal dari dinasti Gajapati yang bernama Gajapati Prataprudra Deva

Hang Tuah telah berlawan menggunakan senjata dengan pahlawan ini dan akhirnya dikalahkan oleh Hang Tuah tanpa apa-apa kecederaan.Ini membuatkan Putera Virabhadra malu dan akhirnya membunuh diri.

Ini dapat dilihat dalam petikan daripada Hikayat Hang Tuah yang seolah-olah menyamai daripada drama India dan juga buku karangan Jawaharlal Nehru:

“..Titah baginda ( Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuanku, tahu juga patek barang2 kadar-nya’

Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik.

Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu.

Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna ( Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.”

(Hikayat Hang Tuah, 359-360)

2. Kebijaksanaan Hang Tuah

Hang Tuah ialah seorang pendekar Melayu yang sangat bijak. Bukan sahaja terbukti kehebatan Hang Tuah di dalam bidang pertempuran dan pergaduhan, bahkan Hang Tuah juga mempunyai akal yang sangat menakjubkan. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa contoh yang saya ambil dan petik daripada sejarah sendiri untuk kita mengambil pedoman daripadanya.

a.) Hang Tuah Mahir Lebih Daripada 12 Bahasa

Dalam Hikayat Hang Tuah, dicatatkan bahawa Hang Tuah berguru dengan pelbagai guru untuk mempelajar pelbagai bahasa demi memantapkan pengisian dirinya. Antara bahasa yang dimahiri oleh Hang Tuah ialah sudah tentu bahasa Melayu itu sendiri, bahasa Tamil, Jawa, Cina, dan banyak lagi. Betapa sesungguhnya Hang Tuah menunjukkan betapa antara tanda puncak ketamadunan bangsa Melayu itu ialah menguasai pelbagai cabang bahasa, dalam masa yang sama tidak meminggirkan bahasa Melayu itu sendiri.

b.) Hang Tuah Memperdayakan Taming Sari

Sebelum peristiwa yang berlaku seperti mana yang diceritakan oleh saya dalam menceritakan sisi kependekaran Hang Tuah, saya ada memetik tentang usaha Patih Gajah Mada dalam membunuh Hang Tuah. Sebenarnya, usaha itu bermula awal lagi ketika Sultan Melaka berkahwin dengan puteri Jawa Majapahit iaitu Raden Mas Ayu.

Dalam perkahwinan antara Sultan Melaka dan Raden Mas Ayu, ketika itulah seorang pendekar Majapahit mengamuk menyerbu ke dalam Istana Majapahit. Kemunculan Taming Sari ini adalah bertujuan untuk menguji ketinggian mana ilmu persilatan orang Melaka.

Lalu diceritakan bahawa Hang Tuah dan Taming saling bertempur antara satu sama lain. Dalam pertelingkahan itu, beberapa kali tikaman keris Hang Tuah tidak lut pada batang tubuh Taming Sari membuatkan Hang Tuah berfikir bahawa keris yang digunakan oleh Taming Sari itu mengandungi saktinya tersendiri.

Lalu menggunakan tipu helah dan kehebatan diplomasi Hang Tuah, Hang Tuah berjaya memperdayakan Taming Sari menukarkan keris dengannya. Lalu bermula dari itu, barulah Taming Sari dapat ditewaskan.

Ini menunjukkan betapa Hang Tuah ialah seorang pendekar yang sangat bijaksana dengan memperdayakan Taming Sari. Masakan tidak, dalam pertempuran yang merupakan antara hidup dan mati pun, Hang Tuah bijak berhelah.

c.) Hang Tuah Memperdayakan Maharaja China

Hang Tuah adalah seorang diplomator yang hebat sesuai dengan kehebatan bangsa Melayu yang diwarisi dari zaman berzaman. Ketika berkhidmat untuk Empayar Vijayanegara dari India, Hang Tuah mewakili empayar tersebut sebagai wakil rajanya di tanah China.

Di sana, Hang Tuah telah bertemu dengan menteri-menteri yang merupakan wakil Maharaja China dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil Empayar Vijayanegara ketika itu. Sempat lagi menteri-menteri China itu berpesan kepada Hang Tuah bahawa antara undang-undang di negara China adalah tiada siapa pun boleh menatap wajah Maharaja China.

Hang Tuah sendiri memerhati bagaimana ketika Maharaja China diarak, maka semua menteri-menteri akan tunduk ke lantai dan tidak berani mendongak melihat wajah maharajanya. Menyedari akan hal itu, Hang Tuah yang terlalu ingin melihat wajah Maharaja China merancangkan sebuah helah.

Ketika Maharaja China menjemput Hang Tuah untuk sesi makan bersamanya, maka Hang Tuah telah memesan untuk memakan kangkung yang panjang-panjangm dan tidak dipotong. Selalunya mereka yang akan makan bersama Mahajra Chian akan menundukkan dan tidak berani mendongak.

Namun, Hang Tuah lebih bijak. Kangkung yang tidak dipotong itu membuatkan Hang Tuah terpaksa mendongak untuk memakannya. Ini membuatkan para pegawal Maharaja China tadi menghunuskan senjata mereka tepat di leher Hang Tuah namun Maharaja China yang kagum dengan helah Hang Tuah itu menyuruh mereka semua menarik niat masing-masing. Hang Tuah bukan sahaja tidak dibunuh, bahkan dihadiahkan dengan pelbagai kurniaan daripada Maharaja China dan berjaya menjalinkan hubungan antara Vijayanegara dan Empayar Ming ketika itu.

[Kesimp**an]

Sebenarnya hendak membicarakan tentang sejarah Hang Tuah ini terlalu banyak, tetapi cukuplah saya beri contoh kepada para pembaca semua untuk kita berlaku adil dalam menilai figura yang bernama Hang Tuah ini.

Dalam keburukan yang kita cuba tonjolkan untuk menanam rasa benci, terselit juga keunggulan yang dimiliki oleh Hang Tuah yang harus kita banggakan, dan antaranya ialah kehebatan Hang Tuah menonjolkan kehebatan seni bela Melayu iaitu Silat yang tidak tertanding dengan seni bela bangsa lain seperti India dan juga Jepun.

Rujukan:

1. Hikayat Hang Tuah
2. Sulalatus Salatin

Sumber :



Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

17/03/2022

PULAU PINANG❤️

" Apabila ada bunyi teker di barat daya , kemudian berbunyi di timur laut , itulah alamat bah besar akan melanda. Jika t...
23/12/2021

" Apabila ada bunyi teker di barat daya , kemudian berbunyi di timur laut , itulah alamat bah besar akan melanda. Jika tiada bunyi teker , alamat bah biasa sahaja " .

* '"Teker" bermaksud bunyi seperti gesekan besi . Mungkin sejenis bunyi guruh di langit .

Inilah kaedah orang dulu dulu menjangka banjir.

* Dari manuskrip lama Melayu.*

Kredit: Mohd Salleh Marzukhi

23/11/2021

(TIBA DAHULU SEBELUM BERANGKAT)

Ilmu firasat belayar.......

Contoh :
Atok nak drive balik kampung di Pulau Pinang....
Sebelum atok bertolak , atok berdoa minta Allah tunjukkan di dalam makrifat hati.

Atok akan bayangkan atok bertolak dari Klang menuju Tanjung Malim > seterusnya melepasi Behrang> Slim River > Sungkai> Tapah> Ipoh> Cangkat Jering> seterusnya sampai persimpangan Jawi masuk Kiri> Belok kiri menuju Nibong Tebal> terus ke sealatan lagi >masuk kanan persimpangan Sungai Aceh dan akhirnya sampai ke Kg Tanjung Berembang.

Atok bayangkan sepanjang perjalanan atok melepasi terowong Menora > R & R tapah> R & R Gunung Semanggul dan makan di situ.
Atok dah bayangkan dalam makrifat hati atok dah sampai ke rumah mak sedara atok, rumah kampung 2 tingkat . depannya ada pokok pelam dan pokok rokam. Atok bayangkan dah jumpa mak sedara atok dan cucunya Eka yang tinggal bersama.
Semua ni masih dalam bayangan makrifat hati .Atok belum start kereta pun.

Jadi atok nilai semula , jika semua gambaran itu jelas kelihatan dalam makrifat hati, maknanya petanda perjalanan akan lancar sampa ke sana. Jika ada yang tak kelihatan dalam makrifat hati , contohnya tak nampak R & R Tapah atau R & R semanggul , atau tak nampak mak sedara dan cucunya dalam makrifat hati, maka ada petanda perjalanan itu mungkin ada masalah .

Itulah maksud " Tiba dahulu sebelum berangkat "
Maksudnya kita telah tiba dalam makrifat hati terlebih dahulu sebelum tiba secara fizikal atau nyata.

Itulah amalan pelaut pelaut Melayu dahulu kala.

Boleh kah kita pakai ilmu ni di zaman sekarang ?
Awat p**a tak boleh
Atok masih guna ilmu ni dan ilmu melangkah hulubalang untuk sebarang gerak kerja atok dari dulu sampai la ni.
Contohnya nak pi menjala pukul 2 pagi sorang sorang , atok baca dulu gerak hati melalui firasat dan makrifat hati.

KREDIT: Mohd Salleh Marzukhi

Ilmu isyarat ribut.......1.Jika kita berperahu , di tempat kita panas terik, tapi di hujung ufuk di kaki langit tak kira...
23/11/2021

Ilmu isyarat ribut.......

1.Jika kita berperahu , di tempat kita panas terik, tapi di hujung ufuk di kaki langit tak kira di arah mana sekali pun terlihat awan mendung gelap yang rendah , maka cepat cepatlah balik ke darat seban dalam tempoh terdekat sejam atau 2 jam lagi ribut akan turun melanda tempat kita.

2.Ketika matahari baru terbit , lihat di ufuk timur, jika ada awan besar bergumpal gumpal seperti rupa gajah, burung atau ular,>sebelah petangnya ketika matahari hendak terbenam lihat p**a di ufuk barat (Tempat matahari terbenam ), jika masih ada gumpalan awan seperti itu, alamat malam itu juga atau subuhnya ribut akan turun melanda tempat kapal kita.

3.JIka pada paginya gumpalan awan itu ada di ufuk timur tetapi petangnya tiada d ufuk barat , maka kemungkinan ribut akan melanda dalam tempoh 2 hari lagi.

4. JIka pada paginya tiada gumpalan awan di ufuk timur tetapi petangnya ada gimpalan awan di ufuk barat , maka ada kemungkinan ribut akan melanda dalam tempoh sehari semalam lagi.

**Ilmu isyarat angin nakhoda Melayu **
**Sumber : Manuskrip lama Mearitim Melayu.

Kredit:- Mohd Salleh Marzukhi

Address

Sungai Petani

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apa-apa Aja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share