MUDA SPMerbok

MUDA SPMerbok page
Parti MUDA Sungai Petani & Merbok

Setinggi tinggi penghargaan dirakamkan serta Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim setelah dilantik sebaga...
24/11/2022

Setinggi tinggi penghargaan dirakamkan serta Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim setelah dilantik sebagai Perdana yang Ke-10 Malaysia!

Semoga DSAI dapat berkhidmat serta berbakti kepada rakyat dan negara Malaysia dengan lebih telus adil dan saksama!
Sekali lagi, tahniah dan selamat berkhidmat buat DSAI!





Pada 21 November, AJK MUDA Sungai Petani X Merbok telah menghulurkan bantuan kepada saudara Tan yang menghadapi masalah ...
21/11/2022

Pada 21 November, AJK MUDA Sungai Petani X Merbok telah menghulurkan bantuan kepada saudara Tan yang menghadapi masalah diabetik yang kronik dan mengakibatkan beliau tidak mampu untuk bekerja. Kami berharap agar saudara Tan akan terus tabah dan bersemangat kental!

MUDA Sungai Petani X Merbok terus komited mencurah bakti menolong rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama!



Di kala ketidakstabilan politik melanda negara, MUDA Sungai Petani X Merbok terus komited mencurah bakti menolong rakyat...
21/11/2022

Di kala ketidakstabilan politik melanda negara, MUDA Sungai Petani X Merbok terus komited mencurah bakti menolong rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama!

MUDA Sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15Muda akan secara rasminya buat kali pertama akan menghantar calon ...
28/10/2022

MUDA Sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15

Muda akan secara rasminya buat kali pertama akan menghantar calon pada PRU15 yang akan diumumkan oleh Saudari Amira Aisya selaku Pengarah Pilihan Raya MUDA

Maklumat pengumuman calon MUDA untuk rujukan semua:

29 Oktober 2022(Sabtu)
9:00 malam

Siaran secara langsung boleh ditonton oleh semua melalui Facebook

MUDA akan sentiasa perjuangkan politik khidmat,politik dasar dan bawa politik baharu

KERTAS HITAM MUDASeringkali di tanya apakah hala tuju muda? Apakah nilai fundamental yang didokong oleh MUDA? Relevankah...
24/10/2022

KERTAS HITAM MUDA

Seringkali di tanya apakah hala tuju muda? Apakah nilai fundamental yang didokong oleh MUDA? Relevankah MUDA ?

Semua persoalan terjawab di dalam KERTAS HITAM MUDA ini kerana ia merupakan tawaran serta tunjang utama polisi serta dasar parti ke arah negara Malaysia yang lebih maju dan merangkumi segala aspek penting di negara ini.

Link KERTAS HITAM MUDA
https://muda.my/pru15/kertash*tam

MUDA Sungai Petani X Merbok meraikan kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia! Pagi tadi Ahli Jawatankuasa MUDA Sp X M...
23/10/2022

MUDA Sungai Petani X Merbok meraikan kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia!

Pagi tadi Ahli Jawatankuasa MUDA Sp X Merbok telah memeriahkan persiapan sambutan Hari Deepavali dengan mengedarkan muruku kepada para peniaga dan pembeli di sekitar pasar pagi Taman Ria sambil mendengar keluh kesah para peniaga dan pembeli terutamanya berkaitan kos bahan mentah yang melonjak naik saban hari.
MUDA mendengar dan merasai setiap keperitan yang dihadapi oleh mereka dan terus akan berjuang bersama peniaga peniaga kecil dan pembeli untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kebobrokan!

Kenapa hampa kena join Konvoi Santai Hari Malaysia kami?Kami sedia macam-macam kat hampa!Lapaq? Jangan risau, makanan di...
11/09/2022

Kenapa hampa kena join Konvoi Santai Hari Malaysia kami?

Kami sedia macam-macam kat hampa!

Lapaq? Jangan risau, makanan disediakan.

Moto takdak minyak? Kami sponsor!

Lagi lagi? Kami ada cabutan bertuah Helmet branded dekat hampa!

Syok kan? Apa lagi, daftar la ni! Link kat sini: https://bit.ly/3ALF0Ev atau scan ja kod QR kat tepi ni!


*PROTES MANA KAPAL LCS?*Skandal RM6.083 bilion ini bukan perkara main-main. 6 buah kapal tempur pesisir negara telah men...
11/08/2022

*PROTES MANA KAPAL LCS?*

Skandal RM6.083 bilion ini bukan perkara main-main. 6 buah kapal tempur pesisir negara telah menjadi alat kerajaan UMNO BN untuk mengaut untung dan menebalkan poket kroni sahaja.

Kalau dulu RM2.6 bilion dalam poket Najib dari skandal 1MDB.

Hari ini RM6.083 bilion juga hilang dalam skandal kapal LCS.

Akhirnya, kapal hilang duit hangus.

Rakyat tuntut kerajaan jawab dengan telus!

*Ayuh turun Protes Mana Kapal LCS? beramai-ramai.*

‼️*Protes Mana Kapal LCS?*
‼️*14 Ogos 2022 | Ahad | 2 Petang*
‼️*SOGO Kuala Lumpur*

Gasak sampai mereka jawab!

*Klik sini: https://t.me/manakapalLCS*

“Hari ini Turun dan Esok Harinya”
23/07/2022

“Hari ini Turun dan Esok Harinya”

"  Baling, Misi Kita Semua"Baling kini mengalir bukan saja dengan air banjir, namun dengan air mata mangsa bencana. Kami...
05/07/2022

" Baling, Misi Kita Semua"

Baling kini mengalir bukan saja dengan air banjir, namun dengan air mata mangsa bencana. Kami kini membuka ruang untuk membantu. Kami pohon jasa baik semua agar dapat hulurkan sumbangan bagi membantu mereka di sana.

Imbas kod QR dalam poster untuk menyumbang atau klik pautan berikut:

https://maribantu.my/donations/bantubaling/

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada anda!

Twitter: https://twitter.com/MUDA_Kedah/status/1544235378856538112?t=y_whbnwUKp7GPTpl-i-yKA&s=19

Instagram: https://www.instagram.com/p/Cfn7HM4hp2l/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid027jQA4qQy5daYXFQHA5G3vAXP4D3roWUCwKf1oiuGSP962EnDxfEa6ehmfuXa9AxQl&id=100066481783028

Beberapa ahli dan sukarelawan MUDA Kedah terus turun ke Baling dari Sungai Petani tadi untuk hulurkan bantuan dan kudrat...
05/07/2022

Beberapa ahli dan sukarelawan MUDA Kedah terus turun ke Baling dari Sungai Petani tadi untuk hulurkan bantuan dan kudrat. Kami akan kemas kini pergerakan sukarelawan dari semasa ke semasa. Terima kasih buat mereka yang tidak putus membantu!

Baling, kami mai ni!

Twitter: https://twitter.com/MUDA_Kedah/status/1544206506069204992?t=SEUA8xKGwykDtx4ceQHfFQ&s=19

Instagram: https://www.instagram.com/p/Cfnt_1TrSIQ/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028g1FUAnHGMBAr6UsNkp9YzR2oN9nZAKsBjhA1X8C3E1t4btYgboJSFnXtoVkUH9Vl&id=100066481783028

Address

Sungai Petani
08###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUDA SPMerbok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share