Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda, Government Organization, Sungai Petani.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI KEDAH

Objektif umum Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui aktiviti-aktiviti promosi, perkhidmatan pergigian, pencegahan, penggalakan, rawatan dan pemulihan supaya rakyat mencapai tahap kesihatan yang optima, hidup sihat serta dapat menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐” : ๐๐”๐๐‚๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆBau mulut (halitosis) sebahagian besarnya berpunca daripada pengumpulan bakteria di...
12/08/2026

๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐” : ๐๐”๐๐‚๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ
Bau mulut (halitosis) sebahagian besarnya berpunca daripada pengumpulan bakteria di dalam rongga mulut, namun ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.
๐Ÿ”ด๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ
โ–ถ๏ธKebersihan Mulut Kurang Memuaskan
Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi dan permukaan lidah diurai oleh bakteria.
Proses penguraian ini membebaskan sebatian sulfur yang berbau busuk.
โ–ถ๏ธLidah Kotor
Permukaan lidah yang kasar mudah memerangkap bakteria, sel mati, dan sisa makanan.
โ–ถ๏ธMasalah Gigi & Gusi
Kehadiran gigi berlubang, penyakit gusi (gingivitis/periodontitis), atau penggunaan gusi palsu yang tidak dibersihkan dengan betul.
โ–ถ๏ธMulut Kering (Xerostomia)
Kekurangan air liur (akibat kurang minum air, tabiat bernafas melalui mulut, atau kesan sampingan ubat-ubatan) mengurangkan keupayaan semula jadi mulut untuk membersihkan bakteria.
โ–ถ๏ธDiet & Tabiat Harian
Pengambilan makanan yang berbau tajam (seperti bawang, petai, jering).
Tabiat merokok dan pengambilan alkohol.
โ–ถ๏ธFaktor Kesihatan Lain
Masalah sinus, jangkitan tekak, refluks asid (GERD), diabetes, serta penyakit hati atau buah pinggang.
๐ŸŸข ๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ
โœ…Bersihkan Lidah Setiap Hari
Gunakan pembersih lidah (tongue scraper) atau bahagian belakang berus gigi untuk membuang lapisan bakteria putih di atas lidah.
โœ…Penjagaan Gigi Berterusan
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Gunakan benang flos (dental floss) secara harian untuk membersihkan sisa makanan di celah gigi yang tidak dicapai oleh berus gigi.
โœ…Kekal Hidrasi
Minum air secukupnya sepanjang hari bagi merangsang pengeluaran air liur yang mencukupi.
โœ…Gunakan Ubat Kumur yang Sesuai
Pilih ubat kumur bebas alkohol yang mengandungi agen antiseptik untuk membunuh bakteria tanpa mengeringkan rongga mulut.
โœ…Hentikan Merokok dan V**e
Langkah penting untuk mengurangkan risiko bau mulut berlarutan dan mencegah penyakit gusi.
โœ…Pemeriksaan Gigi Berkala
Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan serta rawatan awal.

๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐” : ๐๐”๐๐‚๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ

Bau mulut (halitosis) sebahagian besarnya berpunca daripada pengumpulan bakteria di dalam rongga mulut, namun ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.

๐Ÿ”ด๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ

โ–ถ๏ธKebersihan Mulut Kurang Memuaskan
Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi dan permukaan lidah diurai oleh bakteria.
Proses penguraian ini membebaskan sebatian sulfur yang berbau busuk.

โ–ถ๏ธLidah Kotor
Permukaan lidah yang kasar mudah memerangkap bakteria, sel mati, dan sisa makanan.

โ–ถ๏ธMasalah Gigi & Gusi
Kehadiran gigi berlubang, penyakit gusi (gingivitis/periodontitis), atau penggunaan gusi palsu yang tidak dibersihkan dengan betul.

โ–ถ๏ธMulut Kering (Xerostomia)
Kekurangan air liur (akibat kurang minum air, tabiat bernafas melalui mulut, atau kesan sampingan ubat-ubatan) mengurangkan keupayaan semula jadi mulut untuk membersihkan bakteria.

โ–ถ๏ธDiet & Tabiat Harian
Pengambilan makanan yang berbau tajam (seperti bawang, petai, jering).

Tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

โ–ถ๏ธFaktor Kesihatan Lain
Masalah sinus, jangkitan tekak, refluks asid (GERD), diabetes, serta penyakit hati atau buah pinggang.

๐ŸŸข ๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ

โœ…Bersihkan Lidah Setiap Hari

Gunakan pembersih lidah (tongue scraper) atau bahagian belakang berus gigi untuk membuang lapisan bakteria putih di atas lidah.

โœ…Penjagaan Gigi Berterusan
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Gunakan benang flos (dental floss) secara harian untuk membersihkan sisa makanan di celah gigi yang tidak dicapai oleh berus gigi.

โœ…Kekal Hidrasi
Minum air secukupnya sepanjang hari bagi merangsang pengeluaran air liur yang mencukupi.

โœ…Gunakan Ubat Kumur yang Sesuai
Pilih ubat kumur bebas alkohol yang mengandungi agen antiseptik untuk membunuh bakteria tanpa mengeringkan rongga mulut.

โœ…Hentikan Merokok dan V**e
Langkah penting untuk mengurangkan risiko bau mulut berlarutan dan mencegah penyakit gusi.

โœ…Pemeriksaan Gigi Berkala
Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan serta rawatan awal.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda dengan berbesar hati telah berganding bahu menjayakan Program Promosi Kesi...
12/08/2026

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda dengan berbesar hati telah berganding bahu menjayakan Program Promosi Kesihatan Pergigian sempena Karnival Jubli Mutira Sambutan 30 Tahun Penubuhan SMK Sungai Layar.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah dan pengunjung yang telah hadir meriahkan program ini pada 6 Ogos 2026 (Khamis) yang lalu. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan termasuklah:

๐Ÿš Pemeriksaan Pergigian Bergerak: Seramai 38 orang telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan gigi.

๐ŸŽฎ Pameran & Permainan Interaktif: Sambutan menggalakkan dengan penglibatan seramai 272 orang peserta!

Semoga pendedahan ini terus membudayakan penjagaan kesihatan pergigian yang optimum dalam kalangan komuniti sekolah. Teruskan senyuman sihat anda! ๐Ÿ˜๐Ÿฆท

๐Ÿ˜ฌ Rasa macam "tak ada apa" bila hilang satu gigi? Fikirkan semula!Ramai yang anggap hilang satu gigi (terutama gigi bela...
10/08/2026

๐Ÿ˜ฌ Rasa macam "tak ada apa" bila hilang satu gigi? Fikirkan semula!

Ramai yang anggap hilang satu gigi (terutama gigi belakang) bukan masalah besar sebab tak nampak bila tersenyum. Tapi tahu tak anda, kehilangan satu gigi boleh beri kesan berantai kepada kesihatan mulut dan struktur muka anda seumur hidup? ๐Ÿฆท๐Ÿ’ฅ

Antara kesan yang kerap berlaku:

Gigi Beranjak: Gigi bersebelahan & bertentangan akan mula condong mengisi ruang kosong.

Masalah Penghadaman: Makanan sukar dikunyah lumat, jejaskan sistem penghadaman.

Muka Kelihatan Tua & Cengkung: Tulang rahang menyusut, p**i nampak kempis!

Masalah Gusi & Gigi Berlubang: Sisa makanan mudah terselit di ruang kosong.

โœจ Langkah Pencegahan & Rawatan Terbaik:

1๏ธโƒฃ Rawatan Akar: Jika gigi masih boleh diselamatkan, tak perlu terus cabut!

2๏ธโƒฃ Rawatan Penggantian Gigi: Pilih Gigi Palsu Boleh Tanggal, Jambatan Gigi (Dental Bridge), atau Implan Gigi ikut kesesuaian dan bajet anda.

3๏ธโƒฃ Penjagaan Rutin: Berus gigi 2 kali sehari, gunakan flos, dan jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali! ๐Ÿฅ

๐Ÿ’ก Pencegahan awal bukan sahaja menyelamatkan senyuman anda, tapi juga mengelakkan kos rawatan yang lebih tinggi di kemudian hari.

"Gigi Sihat, Senyuman Memikat! ๐Ÿฆทโœจ"Sekitar kemeriahan Program Sambutan Jom Berus Gigi 2026 yang telah berlangsung pada:๐Ÿ—“ ...
04/08/2026

"Gigi Sihat, Senyuman Memikat! ๐Ÿฆทโœจ"

Sekitar kemeriahan Program Sambutan Jom Berus Gigi 2026 yang telah berlangsung pada:

๐Ÿ—“ Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 9.30 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Klinik Pergigian Sekitar Daerah Kuala Muda

Penuh dengan gelak tawa dan semangat! Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta, ibu bapa, dan si cilik yang hadir menjayakan program singkat tetapi padat ini. Anda semua memang awesome! ๐Ÿ‘โค๏ธ

Jangan lupa amalkan teknik gosok gigi yang betul sekurang-kurangnya 2 kali sehari ya.

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian di Bulan Julai, beberapa aktiviti promosi kesihatan pergigian telah dilaksana...
03/08/2026

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian di Bulan Julai, beberapa aktiviti promosi kesihatan pergigian telah dilaksanakan seperti
1. Ceramah Kesihatan Pergigian yang disampaikan oleh Dr Afifah dan Dr Ashraf.
2. โ Pertandingan mewarna yang dikendalikan oleh Juruterapi Pergigian.
3. โ  Kuiz di Pamplet KPM yang dijalankan di kaunter saringan tekanan darah
Di Bulan Julai juga, sambutan My Brush Hour secara serentak satu negara telah diadakan pada 22/7/2026.
Ceramah kesihatan pergigian ringkas dan demo memberus gigi telah diberikan oleh Dr Damien Lee di ruangan menunggu KPSP.
Moga semua yang terlibat mendapat manfaat ๐Ÿ˜Š

๐Ÿฆท 5 Tip Penting Memberus Gigi Berkesan! โœจTahukah anda? Memberus gigi dengan cara yang betul bukan sahaja membantu memast...
31/07/2026

๐Ÿฆท 5 Tip Penting Memberus Gigi Berkesan! โœจ

Tahukah anda? Memberus gigi dengan cara yang betul bukan sahaja membantu memastikan nafas segar, malah dapat mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Amalkan 5 tip penting ini setiap hari:

โœ… Berus gigi 2 kali sehari
โœ… Berus gigi sekurang-kurangnya 2 minit
โœ… Pilih berus gigi yang sesuai mengikut saiz mulut dan umur
โœ… Gunakan teknik memberus gigi yang betul
โœ… Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk perlindungan optimum daripada kaviti

๐Ÿชฅ Gigi yang sihat bermula dengan tabiat yang baik. Luangkan hanya 2 minit, dua kali sehari untuk senyuman yang lebih sihat dan yakin!

๐Ÿ’™ Ingat! Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Bersihkan juga celah gigi menggunakan flos dan dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

๐Ÿ“ Jom jadikan penjagaan kesihatan mulut sebagai amalan harian untuk seisi keluarga!

Program โ€˜Jom Berus Gigiโ€™ merupakan acara yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk mempromosikan budaya penjagaan...
22/07/2026

Program โ€˜Jom Berus Gigiโ€™ merupakan acara yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk mempromosikan budaya penjagaan Kesihatan pergigian. Perlaksanaan ini adalah selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menekankan gaya hidup sihat dan persekitaran sihat. Aktiviti utama program โ€˜Jom Berus Gigiโ€™ menfokuskan kepada acara memberus gigi secara serentak beramai-ramai di seluruh Malaysia dalam tempoh satu jam pada waktu perdana (9.30 hingga 10.30 pagi) dan dibawakan secara langsung menerusi Facebook Program Kesihatan Pergigian KKM. Program ini memberi penekanan khusus terhadap kepentingan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selama dua minit bagi setiap sesi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.

Pada tahun ini, program โ€˜Jom Berus Gigiโ€™ diadakan pada 22 Julai 2026, secara kolaborasi antara Program Kesihatan Pergigian KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah serta sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri dan Institut Latihan KKM (Pergigian), Georgetown telah terlibat secara aktif untuk bersama-sama mengendalikan acara memberus gigi kepada kumpulan sasaran pelbagai peringkat umur, seperti di TASKA/TADIKA, sekolah, kolej vokasional/IPG, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), surau dan komuniti Orang Asli.

Acara memberus gigi ini turut dirakam dan ditayangkan secara langsung melalui Facebook Program Kesihatan Pergigian sepanjang satu jam dalam tempoh waktu perdana, antara 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya memberus gigi bersama-sama sempena program tersebut. Terus jadikan amalan memberus gigi satu kewajipan dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARAKLINIK PERGIGIAN BEDONGKlinik akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada projek nai...
22/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

KLINIK PERGIGIAN BEDONG

Klinik akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada projek naik taraf lantai.

๐Ÿ—“๏ธ 26 Julai 2026 โ€“ 8 Ogos 2026

Klinik akan beroperasi semula pada 9 Ogos 2026.

Segala kesulitan amat dikesali.

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044212210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share