SK. BUKIT SELAMBAU SG. PETANI

SK. BUKIT SELAMBAU SG. PETANI GB-EN. AZMAN B. SAID
PK1- EN. MOHD NAZARUDDIN B. ISHAK
PKHEM-EN. MOHD NIZAM B. ISHAK
PKKOKU-PN. SITI NOR AINON Bt. BASRI
PKPTG-PN. SUMIJAH Bt. JIRAN HIDUP BERBAKTI

21 MEI 2026 (KHAMIS)SAMBUTAN HARI GURU Sekolah Kebangsaan Bukit SelambauTema: Guru Bitara, Nadi NegaraAlhamdulillah, sam...
22/05/2026

21 MEI 2026 (KHAMIS)
SAMBUTAN HARI GURU
Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau
Tema: Guru Bitara, Nadi Negara

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau telah berlangsung dengan penuh meriah, bermakna dan sarat dengan kenangan indah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), para waris serta seluruh murid yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan sambutan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi pemangkin untuk kita melahirkan generasi yang cemerlang.

Guru adalah nadi yang menggerakkan masa depan negara.
Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan semangat yang tinggi.

Selamat Hari Guru! 🌹
β€œGuru Bitara, Nadi Negara” πŸ’«

Khamis 30 April 2026Program Kepimpinan Pelajar TNB150 (PKPTNB150)Seramai 40 murid Tahun 5 telah terpilih untuk mengikuti...
03/05/2026

Khamis 30 April 2026
Program Kepimpinan Pelajar TNB150 (PKPTNB150)

Seramai 40 murid Tahun 5 telah terpilih untuk mengikuti saringan PKPTNB150. Daripada jumlah tersebut hanya 15 pelajar yang akan dipilih mengikuti program-program yang akan dijalankan oleh pihak Pintar Foundation TNB yang akan bermula pada bulan Julai nanti.

Setiap negeri diwakili oleh sebuah sekolah. SK Bukit Selambau merupakan satu satunya sebuah sekolah dalam negeri Kedah yang terpilih pada program kali ini. Semua program akan dijalankan di Kuala Lumpur.

Kepada pelajar yang terpilih nanti diucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam mengikuti program tersebut. Kepada pelajar yang tidak terpilih, jangan kecewa. Anda telah mencuba sehabis baik. Tahniah juga kepada anda. Anda semua hebat.


Berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Bukit Selambau yang berlangsung di SK Seri Wangsa selama 2 hari iaitu...
16/04/2026

Berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Bukit Selambau yang berlangsung di SK Seri Wangsa selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 April 2026. Tahniah kepada semua atlit SK.Bukit Selambau yang telah berjaya memenangi pingat dan juga yang telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. SK Bukit Selambau muncul naib johan keseluruhan pada tahun ini. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan seperti tahun lepas, tapi usaha, komitmen dan semangat juang yang tinggi para atlit dan jurulatih amat patut dipuji dan disanjungi. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

02 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447HMajlis Pesona Bintang & Jamuan Hari Raya SK Bukit Selambau Alhamdulillah, majlis ...
03/04/2026

02 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447H
Majlis Pesona Bintang & Jamuan Hari Raya SK Bukit Selambau

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan amat meriah sekali.

Suasana yang penuh warna warni, penuh kemeriahan. Pelbagai juadah disediakan untuk santapan semua warga sekolah dan juga para jemputan.

Dapat dilihat semangat bekerjasama, ikatan silaturrahim dan keceriaan warga sekolah dalam meraikan bulan Syawal yang mulia ini.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh dan diberkati.

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin βœ¨πŸŒ™

KHAMIS 12 MAC 2026bersamaan 22 RAMADAN 1447HMajlis  Iftar Mahabbah dan Solat Terawih berjamaah anjuran Badan Kebajikan G...
13/03/2026

KHAMIS 12 MAC 2026
bersamaan 22 RAMADAN 1447H

Majlis Iftar Mahabbah dan Solat Terawih berjamaah anjuran Badan Kebajikan Guru Staf ((BKGS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala penat lelah yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Ucapan terima kasih juga kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai serta menambahkan lagi kemeriahan dan semangat ukhuwah dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim dan membawa keberkatan kepada kita semua.

Rabu 04 MAC 2026Bersamaan 14 RAMADAN 1447HProgram Kacau Bubur Lambuk anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK...
05/03/2026

Rabu 04 MAC 2026
Bersamaan 14 RAMADAN 1447H

Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Bukit Selambau telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kerjasama.

Program ini berjalan dengan lancar serta turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang bersama-sama memeriahkan dan menyokong aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki, bubur lambuk yang disediakan telah diagihkan kepada semua murid SK Bukit Selambau.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, Ahli Jawatankuasa PIBG serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat terus memupuk nilai kerjasama, kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah

Terima kasih Jakel Sungai Petani atas sumbangan pakaian raya kepada murid-murid asnaf SK Bukit Selambau. Sumbangan yang ...
02/03/2026

Terima kasih Jakel Sungai Petani atas sumbangan pakaian raya kepada murid-murid asnaf SK Bukit Selambau.

Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam menceriakan persiapan Aidilfitri sekali gus menyuntik kegembiraan serta semangat baharu buat anak anak dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.

Semoga segala kebaikan dan sumbangan ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda serta diberkati Allah SWT.

Terima juga kepada staf Jakel Sungai Petani atas layanan yang amat baik dan mesra, diberikan kepada anak anak semasa memilih dan mencuba pakaian raya mereka.

PERMOHONAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH 2027SILA PASTIKAN PERKARA 1,2 DAN 3 DIPATUHI PADA ATAU SEBELUM TARIKH TUTUP. Sebarang p...
02/03/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN
PRA SEKOLAH 2027

SILA PASTIKAN PERKARA 1,2 DAN 3 DIPATUHI PADA ATAU SEBELUM TARIKH TUTUP.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Norhayati di talian 014-5517184 (Cikgu Pra SKBS )

Sabtu, 28 Februari 2026Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48Pada Sabtu, 28 Februari 2026, pihak sekolah telah berjaya mengadak...
01/03/2026

Sabtu, 28 Februari 2026
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48

Pada Sabtu, 28 Februari 2026, pihak sekolah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 dengan penuh lancar dan bermakna.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Zaihal Hazri bin Abdul Halim, Pengarah Urusan Al-Meswark Mu'min Sdn Bhd. Dalam ucapannya, beliau telah menyampaikan kata-kata perangsang yang amat berkesan kepada para ibu bapa, menekankan kepentingan peranan keluarga dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kejayaan pendidikan anak-anak sebagai bekalan masa hadapan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir, serta barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas demi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan jayanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah di akhir mesyuarat, yang menambah kemeriahan dan kegembiraan para hadirin.

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa ini akan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau khususnya.πŸŒŸπŸ‘

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027Tarikh: 15 Februari - 31 Mac 2026 πŸ“’ Tatacara Pengisian Maklumat Profil Murid Layak...
15/02/2026

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027

Tarikh: 15 Februari - 31 Mac 2026

πŸ“’ Tatacara Pengisian Maklumat Profil Murid Layak Memohon Kemasukan Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 πŸ“’

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan pengisian maklumat profil murid bagi memastikan proses pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dapat dilaksanakan dengan lancar.

πŸ“Œ Soalan Lazim (FAQ) boleh diakses melalui imbasan kod QR atau pautan berikut:

https://shorturl.at/6jt2U

Tahun Ini, Tahun Kita






Address

BUKIT SELAMBAU SG. PETANI
Sungai Petani
08010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK. BUKIT SELAMBAU SG. PETANI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share