Markas Briged Keenam Infantri Malaysia

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia Markas Briged Keenam Infantri Malaysia

PROGRAM SANTUNI PERWIRA NEGARA 2026Sungai Petani, 2 September 2026 – Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) deng...
04/09/2026

PROGRAM SANTUNI PERWIRA NEGARA 2026

Sungai Petani, 2 September 2026 – Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menganjurkan Program Santuni Perwira Negara 2026 sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap jasa serta pengorbanan para perwira negara.

Program ini melibatkan kunjungan santuni kepada 100 orang veteran dan pesara PDRM serta veteran ATM, terdiri daripada 50 pesara PDRM dan 50 veteran ATM yang uzur, sakit serta tidak berupaya bergerak.

Hadir sama Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YBhg. Puan Junaida binti Main, Pengerusi PERKEP IPD Kuala Muda serta wakil Panglima 6 Briged, Lt Kol Zanuddin bin Hussin.

Program ini menjadi tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap jasa serta pengorbanan para perwira negara.Jasa tidak pernah bersara, pengorbanan tidak pernah dilupa. πŸ‡²πŸ‡Ύ

04/09/2026
ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ π‡π€πƒπˆπ‘ π’π€πŒππ”π“π€π π€πŒππ€ππ† πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”ALOR SETAR, 30 Ogos 2026 – Panglima 6 Bgd, Br...
01/09/2026

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ π‡π€πƒπˆπ‘ π’π€πŒππ”π“π€π π€πŒππ€ππ† πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”

ALOR SETAR, 30 Ogos 2026 – Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman bersama-sama isteri, Puan Zulaina binti Yunus hadir menyaksikan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah berlangsung di Dataran Star Walk, Alor Setar.

Sambutan Ambang Merdeka yang bertemakan β€œPerang Musuh Bisik” telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Perang Musuh Bisik yang mengambil inspirasi daripada sejarah perjuangan rakyat Kedah dalam menghadapi ancaman dan tipu daya musuh pada suatu ketika dahulu.

Kemuncak sambutan tersebut adalah ucapan YAB Menteri Besar Kedah dan disusuli gimik penyerahan Jalur Gemilang oleh pasukan keselamatan negara kepada YAB Menteri Besar Kedah untuk dikibarkan sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

Acara countdown berlangsung sebelum YAB Menteri Besar Kedah memimpin laungan β€œMerdeka!” sebanyak tujuh kali, disusuli nyanyian lagu Negaraku dan Tanggal 31 secara beramai-ramai.

β€ŽSambutan Ambang Kemerdekaan tersebut telah diserikan dengan kehadiran ribuan penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negeri Kedah bagi bersama-sama meraikan tarikh bersejarah yang disambut saban tahun sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Turut hadir adalah YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan barisan EXCO.

"Setia Bakti - Ungguli Sebarang Misi"







ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ πŒπ„ππ˜π€πŠπ’πˆπŠπ€π π‘π€ππ“π€πˆ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„ - πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆπ...
01/09/2026

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ πŒπ„ππ˜π€πŠπ’πˆπŠπ€π π‘π€ππ“π€πˆ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„ - πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

ALOR SETAR, 30 Ogos 2025 - Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah hadir menyaksikan raptai Majlis dan Sambutan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.

Raptai yang telah dilaksanakan adalah mengikut masa hari sebenar majlis bagi memastikan kelancaran aturcara perbarisan terutama melibatkan kontinjen dan lain-lain penugasan di mana Formasi 6 Bgd telah diamanahkan untuk mengkoordinasikan acara Kawalan Kehormatan Utama (KKU), Perbarisan dan Perarakan bagi Negeri Kedah.

Turut hadir adalah Ketua Staf MK 6 Bgd, Lt Kol Farid Arifeen bin Muhamad Arip serta Pegawai-pegawai Staf MK 6 Bgd.

"Setia Bakti - Ungguli Sebarang Misi"







πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”ALOR SETAR, 31 Ogos 20...
01/09/2026

πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

ALOR SETAR, 31 Ogos 2026 - Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah menghadiri Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.

Penganjuran sambutan bersempena peristiwa bersejarah ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama dari Formasi 6 Bgd selaku badan utama yang diberi tanggungjawab untuk mengkordinasikan Kawalan Kehormatan Utama (KKU), Perbarisan dan Perarakan di Peringkat Negeri Kedah.

Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian, Kebudayaan dan Nyanyian Koir, Pertunjukan Aset-aset Ketenteraan / Jabatan dan Agensi serta Perbarisan dan Perarakan Kontinjen Berjalan Kaki dan Berkenderaan selain Lintas Hormat Pesawat Udara yang melibatkan seramai 117 buah kontinjen dari pelbagai Badan Berunifom Kerajaan, Persatuan, NGO, agensi kerajaan dan swasta.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah, DYTM Raja Muda Kedah dan YTM Tuanku Mahkota Kedah juga turut perkenan mencemar duli bagi menyampaikan hadiah kepada kontinjen-kontinjen yang memenangi perbarisan dan perarakan pada hari ini sebelum berangkat pulang.

Kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi perkarangan penonton membuktikan semangat nilai patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyat Negeri Kedah dalam menghayati nilai kemerdekaan dan perpaduan negara.

"Setia Bakti - Ungguli Sebarang Misi"







Panglima 6 Briged, YBhg Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman serta seluruh warga 6 Briged mengucapkan Selamat Menyambut Hari...
30/08/2026

Panglima 6 Briged, YBhg Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman serta seluruh warga 6 Briged mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mari kita hayati kemerdekaan yang dikecapi dan syukuri nikmat yang diberi.

"π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’‚ π‘©π’‚π’Œπ’•π’Š - π‘Όπ’π’ˆπ’ˆπ’–π’π’Š π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ π‘΄π’Šπ’”π’Š"







πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‚πŽπŒππˆππ„πƒ π…πŽπ‘π‚π„ ππŽπ‘πƒπ„π‘ ππ€π“π‘πŽπ‹ (𝐂𝐅𝐁𝐏) π’πˆπ‘πˆ πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”SUNGAI PETANI, 27 Ogos 2026: Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fou...
28/08/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‚πŽπŒππˆππ„πƒ π…πŽπ‘π‚π„ ππŽπ‘πƒπ„π‘ ππ€π“π‘πŽπ‹ (𝐂𝐅𝐁𝐏) π’πˆπ‘πˆ πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”

SUNGAI PETANI, 27 Ogos 2026: Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC CFBP) telah mempengerusikan Mesyuarat CFBP Siri 46/2026 bersama 5th Inf Bde Commanding Officer, RTA, Snr Col Taweeporn Kanatong merangkap Thailand Joint Chairman (TJC CFBP) bertempat di Kedah Volunteer Hall, Markas 6 Bgd, Kem Sungai Layar hari ini.

Aktiviti mesyuarat pada kali ini dimulakan dengan 5th Inf Bde Commanding Officer, RTA melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Panglima 6 Bgd.

Seterusnya, Mesyuarat Combined Force Border Patrol (CFBP) Siri 46/2026 yang dipengerusikan secara bersama antara Panglima 6 Bgd dan 5th Inf Bde Commanding Officer, RTA.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengkoordinasikan dan menyelaraskan keperluan rancangan pelaksanaan rondaan CFBP yang akan dilaksanakan di sempadan Malaysia - Thailand.

Turut hadir ke mesyuarat adalah Head of MTBCO, Kol Kamal bin Kassim, Chief of TMBCO, Snr Col Okan Punyasaran dan Ketua Staf 6 Briged, Lt Kol Farid Arifeen bin Muhamad Arip.

β€œSetia Bakti – Ungguli Sebarang Misi”







πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ‘π„π’πˆπƒπ„π ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π ππˆππ€ 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒSUNGAI PETANI, 26 Ogos 2026 – Panglim...
27/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ‘π„π’πˆπƒπ„π ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π ππˆππ€ 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ

SUNGAI PETANI, 26 Ogos 2026 – Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Abdul Karim bin Abdullah, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, bertempat di Bilik Tamu, Markas 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Persekutuan Bina Badan Malaysia dalam usaha memperkasakan pembangunan fizikal, kecergasan dan gaya hidup sihat. Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam penganjuran bersama melibatkan program yang berteraskan kecergasan, latihan, kejurulatihan dan sains sukan serta pembangunan atlet khususnya dalam kalangan warga ATM.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan serta pertukaran cendera kenangan sebagai simbol penghargaan dan tanda pengukuhan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

β€œSetia Bakti – Ungguli Sebarang Misi”







πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ‡πˆπ‘ π‰πŽπ‡π€π‘πˆ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒSUNGAI PETANI, 19 Ogos 2026 –...
27/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ‡πˆπ‘ π‰πŽπ‡π€π‘πˆ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ” ππ‘πˆπ†π„πƒ

SUNGAI PETANI, 19 Ogos 2026 – Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohammad Isham bin Saadon, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, bertempat di Bilik Tamu, MK 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Kunjungan hormat ini bertujuan menyantuni kepimpinan Panglima 6 Bgd di samping memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan institusi pendidikan. Pertemuan ini turut menjadi medium untuk suai kenal selain menjadi platform bertukar pandangan berkaitan prospek jalinan kerjasama di antara dua pihak pada masa hadapan berkaitan aktiviti dan latihan yang dapat dilaksanakan dalam menyemai semangat kenegaraan, patriotisme dan jati diri dalam kalangan warga pendidik dan para pelajar selaras dengan aspirasi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).


Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan serta pertukaran cendera kenangan sebagai simbolik penghargaan dan pengukuhan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

β€œSetia Bakti – Ungguli Sebarang Misi”







π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€π†π€πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”SUNGAI PETANI, 21 Ogos 26 – Formasi 6 Bgd melalui anjuran ...
26/08/2026

π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€π†π€πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”

SUNGAI PETANI, 21 Ogos 26 – Formasi 6 Bgd melalui anjuran Jawatankuasa Masjid An-Naim telah melaksanakan Program Kerohanian sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026 bertempat di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang yang telah dihadiri oleh Panglima 6 Bgd, YBhg Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman. Program ini diadakan bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang disambut pada bulan Rabiulawal dalam kalendar Hijrah.

Pengisian program dimulakan dengan bacaan selawat diketuai oleh Pegawai Staf Agama, Mej Mohd Sabri bin Che Hassan, diikuti ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbulah (Ustaz Manis).

Program kemudiannya diteruskan dengan khutbah dan solat Jumaat berjemaah yang diketuai Peg Agama Bn 165 Risik TD iaitu Kapt Muhammad Faaiz Shafiq bin Omar.

Pelaksanaan majlis ini menjadi wadah dalam memperingati kelahiran Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan kecintaan kepada Baginda serta menghayati akhlak, sunnah dan perjuangan Rasulullah SAW untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.

Majlis keagamaan yang dianjurkan ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah, menyemarakkan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam dalam kalangan warga 6 Bgd.

Kehadiran menyeluruh seramai 302 orang melibatkan peg dan anggota jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan nilai kerohanian dalam kalangan warga 6 Bgd demi mendukung aspirasi Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Ketua Staf MK 6 Bgd iaitu Lt Kol Farid Arifeen bin Muhamad Arif, Peg Mem dan Peg Pem pasukan di sekitar Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar, Sungai Petani.

β€œSetia Bakti – Ungguli Sebarang Misi”







Address

Sungai Petani

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132837978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Briged Keenam Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share