Polis Daerah Kuala Muda

Polis Daerah Kuala Muda The Official Page of
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda 08000 Sungai Petani, Kedah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda

KUNJUNGAN HORMAT PENGASAS MALAYSIA SARONG MUSIC RUN (MSMR) KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDASungai Petani, 16 Ogos 2...
16/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGASAS MALAYSIA SARONG MUSIC RUN (MSMR) KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

Sungai Petani, 16 Ogos 2026 โ€“ YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda menerima kunjungan hormat dari En. Eddy Casmady, Pengasas MSMR yang merangkap Presiden Malaysia Marathon, bersama En. Azad Ashraf, Koordinator Program Keretapi Sarong Sungai Petani.

Kunjungan hormat dilakukan bagi membincangkan penganjuran MSMR Edisi Kedah di Sungai Petani termasuk aspek keselamatan, kawalan lalu lintas dan penyelarasan program.

PROGRAM KETUA POLIS DAERAH SANTUNI KOMUNITI PANTAI MERDEKA, DENGAR ISU DAN PERMASALAHAN SETEMPATPantai Merdeka, 13 Ogos ...
14/08/2026

PROGRAM KETUA POLIS DAERAH SANTUNI KOMUNITI PANTAI MERDEKA, DENGAR ISU DAN PERMASALAHAN SETEMPAT

Pantai Merdeka, 13 Ogos 2026 โ€“ YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, telah menyantuni Kariah Masjid Tuan Hussein Tukang Jusoh di Pantai Merdeka Resort.

Pertemuan santai ini memberi ruang untuk mendengar sendiri pandangan, isu dan permasalahan komuniti, khususnya berkaitan belia dan remaja setempat. Dengar, dekati dan bertindak bersama demi komuniti yang lebih selamat. ๐Ÿค

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ฑ PENGENALAN AKAUN TIKTOK RASMI POLIS DAERAH KUALA MUDAPolis Daerah Kuala Muda kini memperluaskan medium komunikasi dan ...
11/08/2026

๐Ÿ“ฑ PENGENALAN AKAUN TIKTOK RASMI POLIS DAERAH KUALA MUDA

Polis Daerah Kuala Muda kini memperluaskan medium komunikasi dan penyampaian informasi kepada masyarakat melalui akaun TikTok rasmi Polis Daerah Kuala Muda.

Penubuhan platform ini merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan PDRM dengan masyarakat, di samping menyampaikan informasi secara lebih interaktif dan mudah diakses.

๐ŸŽฅ .com/.daerah.kual
๐Ÿ“ฒ Jom Follow, Like & Share

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€ ๐Ÿค

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA KE ATAS TIMBALAN KETUA BALAI POLIS SUNGAI PETANISungai Petani, 11 Ogos 2...
11/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA KE ATAS TIMBALAN KETUA BALAI POLIS SUNGAI PETANI

Sungai Petani, 11 Ogos 2026 โ€“ YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Si Sathiya Selan A/L Rama Dass, Timbalan Ketua Balai Polis Sungai Petani, sebagai tanda keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga kerja .

Lawatan ini turut menjadi wadah bagi menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan moral, di samping memastikan kebajikan serta keadaan semasa anggota sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.
Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Kuala Muda. Semoga Si Sathiya Selan A/L Rama Dass diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi setiap ujian.

MESYUARAT PELARASAN PROGRAM AMAL KONVOI BERMOTOSIKAL PDRM BERSAMA IPOH SUPERBIKE CLUB (ISBC)Sungai Petani, 11 Ogos 2026 ...
11/08/2026

MESYUARAT PELARASAN PROGRAM AMAL KONVOI BERMOTOSIKAL PDRM BERSAMA IPOH SUPERBIKE CLUB (ISBC)

Sungai Petani, 11 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YDH ACP Hanyan bin Ramlan, telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Program Amal Konvoi Bermotosikal PDRM bersama Ipoh Superbike Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Sambutan Ambang Merdeka Ke-69 Bil. 02/2026.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gerakan, Tingkat 4 pagi ini memberi penekanan kepada penyelarasan perjalanan konvoi, pembahagian tugas, keselamatan, kawalan lalu lintas dan persiapan logistik bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan teratur.

๐Ÿšจ SCAMMER TAK PERLU DUIT ANDA, MEREKA HANYA PERLUKAN AKSES! ๐ŸšจRamai menyangka penipuan hanya berlaku apabila diminta memi...
11/08/2026

๐Ÿšจ SCAMMER TAK PERLU DUIT ANDA, MEREKA HANYA PERLUKAN AKSES! ๐Ÿšจ

Ramai menyangka penipuan hanya berlaku apabila diminta memindahkan wang. Hakikatnya, scammer kini menggunakan taktik yang lebih licik โ€” mereka hanya meminta anda memuat turun fail, memasang aplikasi atau menekan butang โ€œAllowโ€.

โš ๏ธ Setelah akses diberikan, maklumat dalam telefon anda seperti kata laluan, mesej TAC/OTP, maklumat perbankan dan data peribadi boleh disalahgunakan tanpa disedari.

โœ… Sebelum memuat turun apa-apa fail:

๐Ÿ”Ž Semak sumber fail atau aplikasi terlebih dahulu.
๐Ÿ“ฑ Muat turun aplikasi hanya dari platform rasmi.
๐Ÿšซ Jangan benarkan akses yang tidak berkaitan dengan fungsi aplikasi.
โš ๏ธ Elakkan klik pautan yang diterima daripada sumber tidak dikenali.

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.

1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

๐Ÿ’ก Ingat: Yang nampak biasa belum tentu selamat. Semak dahulu sebelum klik, muat turun atau tekan โ€œAllowโ€.

11/08/2026

โš ๏ธ KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang modus penipuan, khususnya ketika urusan jual beli dan transaksi wang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian penipuan di Pasar Malam Bandar Baru Sungai Lalang pada 10 Ogos 2026 diminta segera menyalurkan maklumat atau membuat laporan polis.

๐Ÿ“ž Balai Polis Sungai Petani: 04-422 2222
๐Ÿ“ž IPD Kuala Muda: 04-429 9222

JANGAN MUDAH TERPEDAYA. SEMAK SEBELUM BERTINDAK.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
IPD KUALA MUDA

10/08/2026
๐Ÿšจ WANG LESAP RM1.39 JUTA HANYA SELEPAS MENEKAN PAUTAN IKLAN DI FACEBOOKSeorang ahli perniagaan mengalami kerugian sebany...
10/08/2026

๐Ÿšจ WANG LESAP RM1.39 JUTA HANYA SELEPAS MENEKAN PAUTAN IKLAN DI FACEBOOK

Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian sebanyak RM1,389,132 selepas dipercayai menjadi mangsa jenayah dalam talian.

Mangsa dikatakan menekan pautan daripada iklan jualan kek di Facebook untuk membuat pesanan. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya menjadi gelap dan tidak berfungsi.

Keesokan harinya, semakan di bank mendapati akaun syarikat miliknya telah mengalami 19 transaksi pindahan wang tanpa kebenaran ke 15 akaun bank berbeza, mengakibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM1.389 juta.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan aliran wang mangsa.

โš ๏ธ Nasihat JSJK:
โœ… Elakkan menekan pautan yang diterima melalui iklan atau mesej yang tidak disahkan.
โœ… Muat turun aplikasi hanya daripada Google Play Store atau Apple App Store.
โœ… Jangan benarkan pemasangan aplikasi daripada sumber tidak dikenali.
โœ… Aktifkan ciri keselamatan peranti dan perbankan dalam talian.
โœ… Jika mengesyaki berlaku transaksi tidak sah, segera hubungi bank dan buat laporan polis. (Boleh gunakan fungsi Kill Switch)

Ingat! Satu klik pada pautan yang mencurigakan boleh mengundang kerugian yang besar. Sentiasa berwaspada dan semak sebelum klik.




09/08/2026

"Sesaat cuai, seumur hidup menyesal. Pastikan kunci kenderaan dibawa bersama setiap kali meninggalkan kenderaan."

Kredit : bpjkkkualamudaoffical

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda
Sungai Petani
08000

Telephone

+6044299222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kuala Muda:

Shortcuts

Share