12/01/2026
Assalammualaikum teacher,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua teacher yang telah mendidik dan membimbing Maryam Anzalna, terutamanya Teacher Ros, Teacher Ibu dan Teacher Zaty.
Saya ingin memaklumkan bahawa Maryam telah melalui ujian saringan kelas dan berjaya memperoleh markah tinggi, seterusnya mendapat penempatan di kelas pertama di Sekolah Kebangsaan Taman Ria.
Pencapaian ini adalah hasil usaha, kesabaran dan bimbingan teacher semua di Starain Tunas Kecil. Saya amat bersyukur dan menghargai segala jasa serta ilmu yang telah dicurahkan.
Sebelum saya mengundur diri, saya doakan agar Starain Tunas Kecil terus terbang tinggi, maju jaya dan melahirkan lebih ramai anak-anak yang cemerlang pada masa hadapan. 😊
Hati guru berbunga apabila dihargai..hilang segala letih lelah kami