Lajnah Kebajikan PAS SP

Lajnah Kebajikan PAS SP Laman ini sebagai medium kebajikan Pas kawasan Sg Petani.

ZIARAH KASIH KG SERUKAMAlhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani berkesempatan menziarahi masyarakat di ...
16/08/2026

ZIARAH KASIH KG SERUKAM

Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani berkesempatan menziarahi masyarakat di Kampung Serukam yang sedang diuji dengan keuzuran dan sakit.

Ziarah ini sebagai tanda kasih, prihatin dan ukhwah sesama masyarakat. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan kesabaran kepada beliau sekeluarga.

Insya-Allah, kebajikan masyarakat sentiasa menjadi perhatian dan amanah yang akan terus kita laksanakan. 🤲🏻




ZIARAH KASIH 🤲🏻Alhamdulillah, YDP PAS Kawasan Sungai Petani berkesempatan menziarahi Bendahari Lajnah Kebajikan PAS Kawa...
11/08/2026

ZIARAH KASIH 🤲🏻

Alhamdulillah, YDP PAS Kawasan Sungai Petani berkesempatan menziarahi Bendahari Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani iaitu Saudara Amirul Nizam Md Saad bersama isterinya yang kurang sihat sejak hampir 3 bulan yang lalu.

Ziarah ini sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan sokongan buat sahabat yang sedang diuji dengan kesihatan.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan yang sempurna, mengurniakan kekuatan dan kesabaran serta dipermudahkan segala urusan.

اللهم رب الناس أذهب البأس، اشف أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesusahan ini dan sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu.

Semoga terus kuat dan tabah. Kami sentiasa mendoakan. 🤲🏻❤️

🤲 ZIARAH & SUMBANGAN PRIHATIN PAS KAWASAN SUNGAI PETANIAlhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi Ustaz Fadzl...
10/08/2026

🤲 ZIARAH & SUMBANGAN PRIHATIN PAS KAWASAN SUNGAI PETANI

Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi Ustaz Fadzli Hashim yang sedang menemani anak beliau menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Mewakili PAS Kawasan Sungai Petani, kami menyampaikan sedikit sumbangan daripada cawangan-cawangan PAS dan PAS Kawasan sebagai tanda keprihatinan, sokongan dan kebersamaan buat keluarga beliau dalam menghadapi ujian ini.

🌿 Sumbangan mungkin tidak seberapa, tetapi doa dan kebersamaan kita mudah-mudahan menjadi kekuatan.

Sama-sama kita doakan agar segala urusan Ustaz Fadzli sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT, diberikan ketabahan dan kekuatan, serta anak beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dipercepatkan kesihatannya.

اللهم رب الناس أذهب البأس، واشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقماً.

Ya Allah, angkatlah segala kesakitan, kurniakanlah kesembuhan dan permudahkanlah setiap urusan mereka. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲

PAS Kawasan Sungai Petani — Prihatin, Bersama, Istiqamah. 💚

ZIARAH KASIH KELUARGA AKTIVIS PAS KG PERMATANG BERANGANAlhamdulillah, rombongan ziarah telah berkesempatan menziarahi 2 ...
06/08/2026

ZIARAH KASIH KELUARGA AKTIVIS PAS KG PERMATANG BERANGAN

Alhamdulillah, rombongan ziarah telah berkesempatan menziarahi 2 keluarga aktivis PAS sebagai tanda keprihatinan dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, malah menjadi ruang untuk menyampaikan sokongan moral, mendoakan kesejahteraan keluarga serta berkongsi perkembangan semasa. Semoga kunjungan yang sederhana ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan menguatkan semangat mereka.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada seluruh keluarga aktivis yang sentiasa istiqamah berjuang di jalan-Nya.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

ZIARAH KEBAJIKAN oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai PetaniAlhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petan...
22/07/2026

ZIARAH KEBAJIKAN oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani

Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas aktivis PAS yang kini berada dalam keadaan kurang sihat dan sedikit uzur.

Ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa prihatin, memberikan sokongan moral serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli jamaah. Turut disampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang daripada PAS Kawasan Sungai Petani.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran kepada beliau dalam menghadapi ujian kesihatan, serta mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

"Tidaklah seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit melainkan dia berada dalam kebun-kebun syurga sehingga dia pulang." (Riwayat Muslim)

Semoga budaya saling mengambil berat dan menyantuni mereka yang ditimpa ujian terus subur dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini.

ZIARAH KEBAAJIKAN MENYANTUNI IBU GURU PASTI KAWASAN SUNGAI PETANIAlhamdulillah, Lajnah Kebajikan PASTI Kawasan Sungai Pe...
01/07/2026

ZIARAH KEBAAJIKAN MENYANTUNI IBU GURU PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI

Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PASTI Kawasan Sungai Petani telah mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman ibu kepada salah seorang guru PASTI Kawasan Sungai Petani yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan yang dihadapi, serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain." Hadis Riwayat al-Tabarani

Semoga usaha ziarah seperti ini terus menyuburkan budaya saling mengambil berat dan memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga PASTI.

SERAHAN SUMBANGAN BERAS KEPADA PONDOK PENDIDIKAN ISLAM DUN PANTAI MERDEKAAlhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sun...
30/06/2026

SERAHAN SUMBANGAN BERAS KEPADA PONDOK PENDIDIKAN ISLAM DUN PANTAI MERDEKA

Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan program penyerahan sumbangan beras kepada beberapa pondok pendidikan Islam di DUN Pantai Merdeka sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan institusi yang berperanan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan sedikit beban pengurusan pondok dalam menyediakan keperluan makanan harian kepada para pelajar serta warga pondok. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara masyarakat dengan institusi pendidikan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang terus istiqamah menyokong usaha kebajikan ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan, melimpahkan rezeki yang berkat kepada para penyumbang serta terus memelihara dan memakmurkan institusi pondok sebagai benteng ilmu dan tarbiah ummah.

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah Al-Baqarah: 261)

Penyerahan Sumbangan Beras Oleh Lajnah Kebajikan PAS kawasan Sg Petani Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sunga...
28/06/2026

Penyerahan Sumbangan Beras Oleh Lajnah Kebajikan PAS kawasan Sg Petani

Alhamdulillah, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani telah menyampaikan sumbangan beras kepada sebuah institusi pengajian Islam sebagai tanda keprihatinan dalam membantu memenuhi keperluan harian para pelajar.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Petani untuk menyantuni institusi pendidikan Islam yang memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada warga pondok serta menjadi amal jariah buat semua penyumbang.

Ziarah Kebajikan Santuni Haji Kadir Bin DinLajnah Kebajikan PAS Kawasan telah mengadakan ziarah kebajikan ke keluarga Ha...
24/06/2026

Ziarah Kebajikan Santuni Haji Kadir Bin Din

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan telah mengadakan ziarah kebajikan ke keluarga Haji Kadir bin Din yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Kunjungan tersebut bertujuan menzahirkan rasa prihatin serta memberi sokongan moral kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan Allah SWT.

Dalam suasana penuh ukhuwwah, rombongan sempat bertanya khabar, berkongsi perkembangan semasa serta mendoakan agar Haji Kadir dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini.

"Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada Haji Kadir bin Din, angkatlah segala kesakitan yang dialami dan jadikanlah ujian ini sebagai asbab peningkatan darjat di sisi-Mu."

18/06/2026

ZIARAH KASIH SAYANG
PEMUDA PAS CAWANGAN BANDAR PUTERI JAYA (BPJ
SUNGAI PETANI.

MOGA DIBERIKAN KESIHATAN SEPERTI SEDIAKALA.

Address

Balai Islam Tikam Batu
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lajnah Kebajikan PAS SP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share