05/08/2026
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) DI BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMAT DAN BEBAS DADAH
Sungai Petani, 5 Ogos 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda telah menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) di Bengkel Daya Sungai Petani, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bengkel Daya ini disertai oleh kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong, pengawal keselamatan serta pekerja kebersihan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan ketum, di samping memperkukuhkan komitmen organisasi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada ancaman dadah. Inisiatif TEKAD merupakan pendekatan AADK yang menggariskan tujuh langkah utama bagi membantu organisasi membangunkan dasar, latihan, pendidikan, pencegahan, rawatan serta integrasi semula pekerja demi memastikan tempat kerja kekal produktif dan bebas dadah.
Sepanjang program, peserta telah mendengar pwrkongsian berkaitan Tempat Kerja Bebas Dadah yang disampaikan oleh Puan Arnida Binti Ishak ,Ketua AADK Daerah Kuala Muda serta ceramah kesedaran dan pencegahan dadah oleh Encik Zulazmi Bin Zainol , Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Kuala Muda dimana peserta mendapat pendedahan mengenai ancaman penyalahgunaan ketum, selain diberikan penerangan berkaitan kesan penyalahgunaan bahan terhadap kesihatan, prestasi kerja dan kesejahteraan keluarga. Turut diadakan ujian saringan air kencing sebagai salah satu langkah pencegahan awal bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
AADK Daerah Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bengkel Daya Sungai Petani, Jabatan Kebajikan Masyarakat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan kolaborasi strategik antara AADK dan JKM akan terus diperkasakan bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti, produktif serta menjadi contoh dalam membina Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) demi kesejahteraan organisasi dan masyarakat.
Arnida Ishak