JPS BPME KEDAH

JPS BPME KEDAH "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"
"THE GREATER KEDAH"

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ (๐—”๐—ž๐—ฃ๐—ข) ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”...
26/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ (๐—”๐—ž๐—ฃ๐—ข) ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Telah berlangsung Audit Perjawatan dan Organisasi (AKPO) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah di Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal pada 23 Ogos 2026 (Ahad).

Audit ini merupakan salah satu usaha bagi menilai, memantau serta memastikan pengurusan sumber manusia dan organisasi dilaksanakan secara cekap, berkesan serta selaras dengan prinsip perjawatan dan skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

Semoga pelaksanaan audit ini dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.



๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐•๐„๐‘๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐‰๐๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐‰๐...
11/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐•๐„๐‘๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐‰๐๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐‰๐๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ—“๏ธ 06 Ogos 2026

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah menerima Lawatan Penilaian Verifikasi bagi Anugerah Terbaik Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan JPS Malaysia. Lawatan dihadiri oleh Ir. Hj. Zulkefli bin Mat Sain sebagai ketua penilai, Ir. Ts. Muhammad Afif bin Halim, En. Mohd Zul Atfi bin Zainudin serta pegawai JPS. Sesi penilaian merangkumi pemeriksaan dokumen dan pembuktian, sesi soal jawab bersama wakil pengurusan dan kakitangan bagi penilaian pelaksanaan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) secara menyeluruh.

Seterusnya lawatan verifikasi diteruskan ke Stesen Pintu Air Kg Teluk Binjai bagi penilaian produk inovasi. Produk inovasi yang diketengahkan ialah Reflective Stick Gauge. Reflective Stick Gauge, iaitu alat pengukuran aras air yang direka bentuk untuk memudahkan proses pemantauan dan pembacaan aras air di lokasi yang mempunyai kekangan pencahayaan atau keadaan persekitaran yang kurang sesuai. Inovasi ini merupakan penambahbaikan kepada kaedah pengukuran aras air secara konvensional dengan menggunakan bahan reflektif pada permukaan skala bacaan bagi meningkatkan keterlihatan tanda aras.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel penilai serta seluruh warga kerja JPS Negeri Kedah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga usaha berterusan dalam memperkukuh amalan KKP dapat terus dipertingkatkan demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‹๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“...
23/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‹๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐Š๐€๐‹ & ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š๐€๐‹

๐Ÿ—“๏ธ 23 Julai 2026

Telah berlangsung Majlis Perjumpaan dan Amanat Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah bersama warga kerja Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME) yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto diiringi oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Tuan Mohd Nazaruddin bin Ghazali.

Majlis dimulakan dengan Sesi Taklimat Integriti dan Antirasuah yang telah disampaikan oleh Tuan Hanizal bin Mazni daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah. Taklimat tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan mengamalkan nilai integriti, tadbir urus yang baik serta membudayakan penolakan terhadap sebarang bentuk rasuah dalam pelaksanaan tugas.

Seterusnya, Tuan Pengarah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga kerja BPME. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog yang memberi peluang kepada warga kerja untuk mengemukakan pertanyaan, pandangan, cadangan serta bertukar pendapat secara terbuka.

Semoga program ini dapat mengukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja serta menyemarakkan semangat kerjasama, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต...Seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Jabatan Pengairan dan Saliran Ne...
09/07/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต...

Seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, PJK., Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-84.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga BPME JPS Kedah untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi kemajuan organisasi serta kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Negeri Kedah.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐“๐Ž๐‹๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐ƒ๐ˆ๐Ž๐๐”๐‹๐Œ๐Ž๐๐€๐‘๐˜ ๐‘๐„๐’๐”๐’๐‚๐ˆ๐“๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‚๐๐‘)7 Julai 2026 | BPME, Sungai PetaniBahagian Perkhidm...
07/07/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐“๐Ž๐‹๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐ƒ๐ˆ๐Ž๐๐”๐‹๐Œ๐Ž๐๐€๐‘๐˜ ๐‘๐„๐’๐”๐’๐‚๐ˆ๐“๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‚๐๐‘)

7 Julai 2026 | BPME, Sungai Petani

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kedah. Kursus ini melibatkan penyertaan dari kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan peserta dalam mengendalikan situasi kecemasan melalui pemberian bantuan awal dan pelaksanaan CPR mengikut prosedur yang betul sehingga bantuan perubatan diterima.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam pelaksanaan tugas harian serta dimanfaatkan ketika berdepan situasi kecemasan.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah, peserta dan urus setia atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kursus ini.





๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐€๐‘๐ˆ๐™๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ & ๐Œ๐€๐ˆ๐๐“๐„๐๐€๐๐‚๐„ (๐Ž&๐Œ) ๐…๐Ž๐‘ ๐Œ๐„๐‚๐‡๐€๐๐ˆ๐‚๐€๐‹ & ๐„๐‹๐„๐‚๐“๐‘๐ˆ๐‚๐€๐‹ (๐Œ&๐„) ๐’๐˜๐’๐“๐„๐ŒBahagian Perkhidmatan Mekan...
01/07/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐€๐‘๐ˆ๐™๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ & ๐Œ๐€๐ˆ๐๐“๐„๐๐€๐๐‚๐„ (๐Ž&๐Œ) ๐…๐Ž๐‘ ๐Œ๐„๐‚๐‡๐€๐๐ˆ๐‚๐€๐‹ & ๐„๐‹๐„๐‚๐“๐‘๐ˆ๐‚๐€๐‹ (๐Œ&๐„) ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrik (BPME), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menyertai Kursus Familiarization Operation & Maintenance (O&M) for Mechanical & Electrical (M&E) System yang telah berlangsung pada 25 hingga 27 Jun 2026 bertempat di Century Pine Resort, Cameron Highlands. Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan JPS Negeri Kedah bersama pihak kontraktor Inspira Resources Sdn Bhd.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan aspek operasi dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) bagi Projek Membina dan Menyiapkan Rancangan Tebatan Banjir Bandar Jitra Selatan, serta Kerja-kerja yang berkaitan di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.

Melalui kursus ini, para peserta berpeluang memperkukuh kompetensi teknikal, berkongsi pengalaman serta membincangkan amalan terbaik dalam memastikan pengoperasian dan penyelenggaraan sistem dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan demi menjamin kelestarian aset jabatan.





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐Œ๐„๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐๐Œ๐„ ๐‰๐๐’ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡๐Ÿ—“๏ธ 30 Jun 2026 (Selasa)๐Ÿ“ Bahagian Perkhidmatan Mekanika...
30/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐Œ๐„๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐๐Œ๐„ ๐‰๐๐’ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

๐Ÿ—“๏ธ 30 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Negeri Kedah

BPME JPS Negeri Kedah telah mengadakan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang melibatkan penyertaan seluruh warga BPME JPS Kedah.

Penganjuran program ini menjadi ruang untuk warga kerja bersama-sama menghidupkan amalan tradisi yang diwarisi sejak sekian lama, di samping mengukuhkan nilai kerjasama, saling membantu dan semangat kekitaan dalam suasana kerja.

Melalui pembahagian tugasan yang teratur serta komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat, program telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam memperkukuh hubungan sesama warga kerja serta menyemai budaya kerja yang positif demi kecemerlangan organisasi.






NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGANO. SEBUTHARGA: JPS/BPME/(SH)/F/P/MK/06/26TAJUK: KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOMPONEN MEKANIKAL DA...
24/05/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA: JPS/BPME/(SH)/F/P/MK/06/26

TAJUK: KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOMPONEN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PEMULIHARAAN SUNGAI MERBOK DAN MENGURANGKAN RISIKO BANJIR DI STESEN PINTU AIR PENGKALAN KAKAP, DAERAH KUALA MUDA KEDAH DARUL AMAN

Gred : G2
Kategori : ME
Pengkhususan: M15 (Kelengkapan Mekanikal Pelbagai)

PENDAFTARAN :
*Pendaftaran dan pembelian dokumen sebutharga adalah melalui sistem iDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my)

TARIKH JUALAN DOKUMEN SEBUTHARGA:
Tarikh Jualan : 03 Jun 2026 (Rabu)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA:
Tarikh Tutup : 10 Jun 2026 (Rabu)
sebelum jam 12.00 tengah hari di JPS BPME Kedah

*Sila rujuk notis sebutharga untuk maklumat lanjut

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JPS NEGERI KEDAH TAHUN 20...
14/05/2026

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JPS NEGERI KEDAH TAHUN 2026

Tarikh : 13 Mei 2026
Masa : 09:00 pagi
Tempat : Tempat Berkumpul Kecemasan, BPME, JPS Negeri Kedah




NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGANO. SEBUTHARGA: JPS/BPME/(SH)/F/P/MK/05/26TAJUK: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN ROMBAKRAWAT 3...
13/05/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA: JPS/BPME/(SH)/F/P/MK/05/26

TAJUK: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN ROMBAKRAWAT 3 BUAH PAM SELAM ELEKTRIK 37KW SERTA LAIN-LAIN BERKAITAN DI RUMAH PAM NAWA BUDI, DAERAH POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

Gred : G1
Kategori : ME
Pengkhususan: M22

PENDAFTARAN :
*Pendaftaran dan pembelian dokumen sebutharga adalah melalui sistem iDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my)

TARIKH JUALAN DOKUMEN SEBUTHARGA:
Tarikh Jualan : 21 Mei 2026 (Khamis)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA:
Tarikh Tutup : 02 Jun 2026 (Selasa)
sebelum jam 12.00 tengah hari di JPS BPME Kedah

*Sila rujuk notis sebutharga untuk maklumat lanjut

Address

Jalan Kuala Ketil
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS BPME KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share