14/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐.๐.)
13 Ogos 2026 โ Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek โPenggantian Sistem PABX dan Pemulihan Fasiliti Hospital Pulau Pinang serta Pemasangan Utiliti Elektrik Berkaitanโ.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia kepada Adaptasi Masa Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama bagi projek berkenaan.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan Surat Pelantikan Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang sebagai Pegawai Penguasa (P.P.) bagi projek tersebut yang diwakili oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Ir. Mohd Muzhar bin Ahmad Tajuddin, selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama.
Projek ini merupakan antara usaha berterusan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan penyediaan dan peningkatan infrastruktur serta sistem sokongan teknikal fasiliti kesihatan dilaksanakan secara terancang, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa, khususnya bagi menyokong kelancaran operasi Hospital Pulau Pinang.
JKR Pulau Pinang komited untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan mengutamakan aspek kualiti, keselamatan, tadbir urus serta pematuhan kepada spesifikasi dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.
Semoga pelaksanaan projek ini dapat berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan demi memberikan manfaat kepada warga kerja dan pengguna fasiliti Hospital Pulau Pinang.
โCEKAP, BERKUALITI DAN BERINTEGRITIโ
Zairil Khir Johari
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Pejabat SUK Pulau Pinang
Rakan KKR Malaysia