10/08/2026
๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐จ๐๐ง๐จ๐ฅ, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฃ๐๐ฆ ๐ง๐ฅ๐๐๐๐๐
Kenyataan media | 10 Ogos 2026
Isu ini tidak boleh dilihat sebagai masalah disiplin atau kelemahan moral individu tetapi cabaran lebih besar yang melibatkan sistem pendidikan, kesihatan awam, perlindungan sosial, tekanan ekonomi keluarga, dan perubahan persekitaran alam digital.
FB: https://www.facebook.com/share/p/19DH9Kb2pU/
IG: https://www.instagram.com/p/Db2g30lid3A/?img_index=1
X: https://x.com/partisosialis/status/2086721024826175723
๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐จ๐๐ง๐จ๐ฅ, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฃ๐๐ฆ ๐ง๐ฅ๐๐๐๐๐
Kenyataan media | 10 Ogos 2026
Peningkatan kes buli, keganasan sekolah, gangguan seksual, tekanan emosi, tindakan mencederakan diri, dan cubaan membunuh diri [1] dalam kalangan remaja menunjukkan bahawa Malaysia sedang berdepan krisis kesejahteraan remaja yang memerlukan perubahan pendekatan secara menyeluruh.
Isu ini tidak boleh lagi dilihat sebagai masalah disiplin individu atau kelemahan moral golongan muda semata-mata. Ia mencerminkan cabaran lebih besar yang melibatkan sistem pendidikan, kesihatan awam, perlindungan sosial, tekanan ekonomi keluarga, dan perubahan persekitaran alam digital.
Apabila kes buli berlaku berulang kali, apabila keganasan pelajar dirakam dan tersebar melalui media sosial, serta apabila remaja mengalami tekanan emosi sehingga mencederakan diri, persoalan utama yang perlu dijawab ialah:
Adakah sistem sedia ada benar-benar mampu mengenal pasti risiko, memberi bantuan awal dan melindungi remaja sebelum tragedi berlaku?
๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐น ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐๐ธ๐๐ต
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022:
- 26.9% remaja berumur 13 hingga 17 tahun mengalami gejala kemurungan
- 13.1% mempunyai pemikiran untuk membunuh diri
- 10.0% pernah melakukan cubaan membunuh diri [2]
Angka ini menunjukkan bahawa kesihatan mental remaja merupakan isu kesihatan awam yang memerlukan tindakan sistematik.
Walaupun pelbagai program kesedaran dan kaunseling telah diperkenalkan, program semata-mata tidak mencukupi tanpa sistem yang mampu mengesan risiko lebih awal, menyediakan intervensi segera dan memastikan kesinambungan bantuan.
Kerajaan perlu bergerak daripada budaya bertindak selepas tragedi kepada budaya mencegah sebelum tragedi berlaku.
๐๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป
Kerajaan perlu menjelaskan sama ada kapasiti sistem sokongan sedia ada sepadan dengan skala masalah yang berlaku.
Persoalan yang perlu dijawab termasuk:
- Nisbah sebenar kaunselor sekolah kepada jumlah pelajar
- Jumlah kes yang dikendalikan oleh setiap kaunselor
- Kapasiti klinik psikologi dalam sistem kesihatan awam
- Tempoh menunggu untuk mendapatkan bantuan profesional
- Tahap akses sekolah kepada sokongan kesihatan mental
Statistik masalah sahaja tidak mencukupi. Rakyat perlu mengetahui sejauh mana negara mempunyai kemampuan untuk melindungi dan membantu golongan muda.
Buli, keganasan, dan risiko digital menunjukkan kelemahan pencegahan awal
NHMS 2022 menunjukkan 14.2% pelajar berumur 13 hingga 17 tahun pernah menjadi mangsa buli dalam tempoh 30 hari sebelum kajian dijalankan. [3]
Buli bukan sekadar konflik biasa antara pelajar / dengan pengajar. Ia memberi kesan terhadap kesihatan mental, keyakinan diri, prestasi akademik dan keselamatan diri.
Perkembangan teknologi digital turut mengubah bentuk ancaman. Buli kini boleh berlaku sepanjang masa melalui telefon dan platform digital, menyebabkan mangsa kehilangan ruang selamat.
Pencegahan buli siber, literasi digital, dan sokongan psikologi mesti menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan pelajar.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฒ๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐๐๐ฟ๐๐ธ๐๐๐ฟ
Kerajaan perlu beralih daripada pendekatan program sementara kepada sistem nasional yang mempunyai sasaran, sumber, dan akauntabiliti yang jelas.
Antara tindakan yang diperlukan:
1. Mewujudkan Kerangka Nasional Perlindungan Kesejahteraan Pelajar bagi menetapkan standard keselamatan sekolah dan perlindungan mangsa.
2. Memperkukuh tenaga sokongan profesional melalui penambahan kaunselor, pekerja sosial sekolah, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental.
3. Menubuhkan Pasukan Intervensi Krisis Remaja di setiap daerah yang melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial.
4. Mewujudkan Audit Nasional Kesejahteraan Remaja yang menerbitkan data mengenai kes buli, kesihatan mental, kapasiti bantuan, dan jurang perkhidmatan.
5. Menyediakan mekanisme aduan bebas dan selamat untuk pelajar bagi kes buli, keganasan, gangguan seksual, dan penderaan.
6. Mengaktifkan Tribunal Bagi Antibuli 2026 (Akta 876). Kewujudan tribunal ini harus diajar kepada pelajar kita dan mewujudkan satu ruang pengecualian untuk harus melalui jawatankuasa sekolah seandainya si pembuli melibatkan kaum pengajar atau pengetua sekolah.
7. Krisis remaja bukan berpunca daripada satu generasi yang semakin lemah atau kurang disiplin.
Ia berlaku apabila tekanan sosial, ekonomi dan emosi meningkat tetapi sistem perlindungan tidak berkembang seiring dengan perubahan masyarakat.
Apabila seorang remaja mengalami krisis, persoalannya bukan hanya mengapa individu tersebut gagal bertahan, tetapi mengapa sistem sekeliling mereka gagal hadir lebih awal. [4]
Malaysia memerlukan perubahan struktur yang memastikan setiap remaja mempunyai akses kepada perlindungan, sokongan dan peluang untuk berkembang dengan selamat.
Kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi atau pembangunan fizikal, tetapi melalui bagaimana negara menjaga golongan paling rentan.
Lindungi remaja hari ini, kerana mereka ialah masyarakat Malaysia pada masa hadapan.
๐ก๐ผ๐๐ฎ
1. Polis sahkan tiada unsur buli dalam kes tikam pelajar perempuanโ. Berita RTM. Oktober 14, 2025.
https://berita.rtm.gov.my/kes/senarai-berita-kes/senarai-artikel/polis-sahkan-tiada-unsur-buli-dalam-kes-tikam-pelajar-perempuan; โKes buli pelajar, KPM jalankan siasatan dalamanโ. Berita RTM. Jun 25, 2024. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kes-buli-pelajar-kpm-jalankan-siasatan-dalaman/; Muhammad Ayman Ghaffa. โVideo buli pelajar sekolah di Pasir Mas kes lama.โ Kosmo. Ogos 31, 2024. https://www.kosmo.com.my/2024/08/31/video-buli-pelajar-sekolah-di-pasir-mas-kes-lama/; Nuzulsham Shamsuddin. โKes tikam di sekolah: Pelajar lelaki didakwa membunuh.โ Kosmo. Oktober 22, 2025. https://www.kosmo.com.my/2025/10/22/kes-tikam-di-sekolah-pelajar-lelaki-didakwa-membunuh/
KiniTV. โKes tikam pelajar: Suspek beli pisau, kerambit dalam talian โ Polis.โ YouTube. Oktober 15. 2025. https://www.youtube.com/watch?v=q4woOSrcxzE; โVideo tular: Kejadian pergaduhan sekumpulan pelajar sekolahโ. Polis Diraja Malaysia. Julai 9, 2024. https://www.rmp.gov.my/news-detail/2024/07/09/video-tular-kejadian-pergaduhan-sekumpulan-pelajar-sekolah;
โPelajar 13 tahun panjat bumbung sekolah, cuba bunuh diri. Bernama. Mac 13, 2019. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1704141; Ahmad Apong. โRemaja mangsa buli dilapor cuba bunuh diri.โ Daily Express. Julai 16, 2025. https://www.dailyexpress.com.my/news/262624/remaja-mangsa-buli-dilapor-cuba-bunuh-diri; Farah Suhaidah Othman. โRemaja cuba bunuh diri, dakwa dipaksa minum racun.โ Berita Harian. Julai 2, 2018. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444081/remaja-cuba-bunuh-diri-dakwa-dipaksa-minum-racun
2. Institut Kesihatan Umum (IKU). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2022: Adolescent Health Survey. Kementerian Kesihatan Malaysia, 2023; Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Laporan Dadah Malaysia 2023. AADK, 2023. https://www.aadk.gov.my/buku-laporan-tahunan-2023/
3. Ibid.
4. Urie Bronfenbrenner. The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Harvard University Press, 1979; Antti Kรคrnรค, Marinus Voeten, Todd D Little, Elisa Poskiparta, Anne Kaljonen, dan Christina Salmivalli. โA large-scale evaluation of the KiVa antibullying programโ. Child Development, vol. 82, no. 1 (2011): 311โ330.
๐๐ถ๐ฟ๐ถ๐๐ป๐ฎ ๐ฉ๐ฒ๐ป๐ถ ๐ฆ๐ถ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐บ
Ahli jawatankuasa PSM Perak
Baca kenyataan penuh di Sosialis: https://sosialis.net/2026/08/10/krisis-kesejahteraan-remaja-perlukan-reformasi-struktur-bukan-sekadar-reaksi-selepas-tragedi/