MK RAJD 3 DIV

MK RAJD 3 DIV Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja 3 Divisyen

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐”๐€๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐”๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“: Majlis Suai Ken...
26/11/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐”๐€๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐”๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“: Majlis Suai Kenal Pegawai Muda Naungan Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen (MK RAJD 3 Div) telah diadakan di Restoran Maidah, Bandar Hilir, Melaka. Seramai 20 Pegawai dan 9 Ahli BAKAT dari pasukan naungan MK RAJD 3 Div telah terlibat di dalam majlis tersebut. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai-pegawai dan juga ahli BAKAT, mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, membina persefahaman dan juga mewujudkan suasana kerja atau pembelajaran yang harmoni.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Komander Rejimen Jurutera Diraja 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat dan Pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Puan Norizan binti Bahrom. Majlis diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri Pegawai Muda diikuti dengan jamuan makan, ucapan wakil Pegawai Muda dan ucapan KRJ 3 Div. Beliau menekankan keutamaan menjadikan agama sebagai asas dalam setiap urusan harian, menjaga integriti serta mengelak penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa. Beliau turut menekankan pentingkan menjaga _networking_ di antara kor-kor dan tidak tertumpu kepada kor RAJD sahaja.

Akhir sekali, beliau turut menyentuh mengenai penglibatan ahli BAKAT dalam semua aktiviti BAKAT agar dapat menjaga hubungan silaturahim sesama ahli BAKAT di dalam pasukan masing-masing.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐‘๐‡๐ˆ๐๐Ž ๐’๐€๐๐๐„๐‘ ๐‚๐‹๐”๐๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“: Seramai 5 x Pegawa...
26/11/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐‘๐‡๐ˆ๐๐Ž ๐’๐€๐๐๐„๐‘ ๐‚๐‹๐”๐

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“: Seramai 5 x Pegawai dan 18 x LLP MK RAJD 3 Div telah menghadiri Mesyuarat Kebajikan Siri 2/2025 dan Mesyuarat Agung Rhino Sapper Club (RSC) bertempat di Bilik Mesyuarat MK RAJD 3 Div.

Objektif mesyuarat kebajikan adalah untuk memastikan hal-hal kebajikan anggota diambil tindakan sewajarnya. Beberapa cadangan dan usul baru telah diutarakan oleh anggota akan diambil tindakan secara berperingkat demi kebaikan dan kepentingan warga pasukan.

Selain itu, pembentangan Akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) turut diadakan bagi menyatakan status terkini kewangan TKR pasukan.

Dalam ucapan penutup, KRJ 3 Div, Kol Hussian bin Mat telah menekankan berkenaan keperluan mesyuarat ini diadakan untuk memastikan kebajikan anggota terjaga.

Seterusnya, Mesyuarat Agung Rhino Sapper Club (RSC) turut diadakan buat julung-julung kalinya. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan tujuan penubuhan RSC, aktiviti yang perlu dilaksanakan, hala tuju penubuhan, organisasi RSC dan perkara yang boleh meningkatkan fungsi RSC dengan lebih baik.

RSC merupakan kelab MK RAJD 3 Div yang terdiri daripada pegawai dan anggota MK RAJD 3 Div. Beberapa cadangan dan usul telah dibentangkan untuk mewarnai kewujudkan RSC. Penaung RSC iaitu KRJ 3 Div juga memaklumkan penubuhan RSC ini adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti berbentuk sukan dan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan mengharapkan semua ahli memberikan kerjasama dalam aspek pengurusan kelab.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“*๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: MK RAJD 3 Div telah mengadakan Hari Keluarga bagi Tahu...
05/11/2025

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“*

๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: MK RAJD 3 Div telah mengadakan Hari Keluarga bagi Tahun 2025 di Kelab Rekreasi Pegawai, Kem Terendak, Melaka. Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Komander Rejimen Jurutera (KRJ) MK RAJD 3 Div, Kol Hussian bin Mat dan Pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Pn Norizan binti Bahrom bagi memulakan sambutan hari keluarga ini.

Pelbagai pertandingan telah dilaksanakan mengikut kategori dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua warga MK RAJD 3 Div.

Hari Keluarga yang diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga MK RAJD 3 Div dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

Sambutan diteruskan dengan makan tengahari dan cabutan bertuah yang disempurnakan oleh KRJ dan isteri.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: MK RAJD telah mengadakan pertandingan ...
05/11/2025

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ—

๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: MK RAJD telah mengadakan pertandingan boling sempena Hari Ulang Tahun MK RAJD 3 Div Ke-49 di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat dan pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Puan Norizan binti Bahrom turut hadir untuk memeriahkan pertandingan tersebut.

Pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan di kalangan semua warga MK RAJD 3 Div. Selain itu juga, pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‘๐‡๐ˆ๐๐Ž ๐’๐€๐๐๐„๐‘ ๐‚๐‹๐”๐ (๐‘๐’๐‚) ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div)...
05/11/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‘๐‡๐ˆ๐๐Ž ๐’๐€๐๐๐„๐‘ ๐‚๐‹๐”๐ (๐‘๐’๐‚) ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•

๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat telah menyempurnakan perasmian Rhino Sapper Club (RSC) bersempena sambutan Hari Ulang Tahun MK RAJD 3 Div Ke-49. Beliau menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben dan menandatangani plat perasmian.

Perasmian RSC juga turut dimeriahkan dengan pemotongan kek HUT MK RAJD Ke-49 oleh YBhg KRJ, TKRJ, pegawai-pegawai dan RSM MK RAJD 3 Div. Acara diteruskan dengan jamuan makan dan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada 3 ahli RSC yang baru. Majlis perasmian ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Puan Norizan binti Bahrom dan ahli-ahli BAKAT yang lain.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•) ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Perba...
05/11/2025

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•) ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ—

๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Perbarisan Hari Ulang Tahun MK RAJD 3 Div Ke-49 telah diadakan di perkarangan Rumah BAKAT MK RAJD 3 Div. Perbarisan terdiri daripada 4 x Peg dan 21 x anggota LLP diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (TKRJ 3 Div), Lt Kol Muhamad Salim bin Mohamad.

Perbarisan dimulakan dengan Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div) Kol Hussian bin Mat menerima tabik hormat dan seterusnya menyempurnakan upacara pemakaian pangkat dari Kpl ke Sjn kepada P/Sjn Nur Azlan bin Hassan serta penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada Kpl Mohd Asri bin Hassan.

KRJ 3 Div di dalam ucapannya menyentuh tentang sejarah penubuhan MK RAJD 3 Div dan menasihatkan agar semua peringkat pegawai dan anggota agar menjauhkan diri dari perkara kontra disiplin, mengamalkan _work-life balance_ dalam kehidupan seharian serta menjaga kemudahan infra yang telah dilaksanakan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua warga MK RAJD 3 Div kerana telah memberikan kerjasama yang baik semasa perlaksanaan Audit Pengurusan Tentera Darat (APTD) Tahun 2025 pada bulan September yang lepas.

Perbarisan yang dilaksanakan merupakan aktiviti rejimental penting bagi menunjukkan semangat disiplin, perpaduan dan kesetiaan warga kepada organisasi.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰...
05/11/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•) ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ—

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat telah menyempurnakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Ulang Tahun MK RAJD 3 Div Ke-49 bagi tahun 2025.

Majlis tersebut telah diadakan di Rumah BAKAT MK RAJD 3 Div dan dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan anggota. Majlis yang diadakan ini adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan untuk memohon agar sambutan Hari Ulang Tahun MK RAJD 3 Div Ke-49 dipermudahkan untuk warga MK RAJD 3 Div.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





09/10/2025
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•)๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€:...
19/09/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ (๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•)

๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€: Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kerani MK RAJD 3 Div di antara SSjn Siti Norzilah binti Salleh dan SSjn Suhaila binti Salimin di Galeri MK RAJD 3 Div.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh KRJ 3 Div dan penyerahan plaka pasukan kepada mantan Ketua Kerani. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan acara bergambar. SSjn Siti Norzilah binti Salleh yang mula bertugas sebagai Ketua Kerani MK RAJD 3 Div bermula 1 April 2023 akan menjalani Kursus Peralihan pada 1 Oktober 2025.

Warga MK RAJD 3 Div mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Ketua Kerani pasukan di atas segala khidmat dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di MK RAJD 3 Div dan mengucapkan selamat datang kepada Ketua Kerani yang baharu.

Disediakan oleh MK RAJD 3 Div





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ“ - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai RAJD 3 Div telah di...
05/08/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ“ - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai RAJD 3 Div telah diadakan di Galeri MK RAJD 3 Div, Kem Terendak, Melaka.

Majlis Pemakaian Pangkat Leftenan ke Kapten ini telah disempurnakan oleh Komander Rejimen Jurutera (KRJ) 3 Divisyen, Kol Hussian bin Mat. Pegawai yang telah dinaikkan pangkat adalah Kapt Mohamad Faez Iqmal bin Zamri dari 8 Skn RAJD, Kapt Muhammad Huzaid bin Marzuki dari 9 Skn RAJD dan Kapt Muhammad Aqil Mirza bin Rusidi dari 11 Skn RAJD (Mek).

Majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Komander Rejimen Jurutera (TKRJ) MK RAJD 3 Div, Lt Kol Muhamad Salim bin Mohamad, Pegawai-pegawai Pemerintah pasukan naungan MK RAJD 3 Div, wakil pegawai dari setiap pasukan serta Ahli BAKAT yang terlibat dengan pemakaian pangkat. Pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Puan Norizan binti Bahrom juga turut hadir bagi melengkapkan majlis ini serta meraikan isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

Tahniah diucapkan kepada pegawai yang telah dinaikkan pangkat dan semoga terus komited dalam melaksanakan penugasan yang diberikan.







Disediakan oleh MK RAJD 3 Div

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐ˆ ๐†๐€๐‰๐ˆ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ - Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen, Kol Hussian bin ...
19/06/2025

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐ˆ ๐†๐€๐‰๐ˆ ๐Œ๐Š ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐ˆ๐•

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ - Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen, Kol Hussian bin Mat telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Kerani Gaji MK RAJD 3 Div di antara Kpl Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman dengan Kpl Mohd Khairul Ashraf bin Mohd Azmi bertempat di Sudut Sejarah Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen, Kem Terendak. Kpl Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman akan bertukar keluar ke MK 3 Div atas dasar kenaikan pangkat ke Sarjan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kpl Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di MK RAJD 3 Div dan selamat bertugas kepada Kpl Mohd Khairul Ashraf bin Mohd Azmi.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di Monumen MK RAJD 3 Div.

Turut hadir Timbalan KRJ 3 Div, Lt Kol Muhamad Salim bin Mohamad, pegawai-pegawai, RSM dan warga MK RAJD 3 Div.





Disediakan oleh MK RAJD 3 Div.

Address

Kem Terendak
Sungai Udang
76200

Telephone

+601165566447

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MK RAJD 3 DIV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MK RAJD 3 DIV:

Shortcuts

Share