27/02/2026
๐๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ง ๐๐ข๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐๐๐๐ญ๐๐ซ, ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐ง๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Pusat Racun Negara telah mengenal pasti peningkatan ketara panggilan berkaitan keracunan racun tikus, khususnya yang melibatkan produk tidak berdaftar dan mengandungi bahan sangat toksik sepanjang tahun 2023 hingga 2025. Dapatan ini merupakan ancaman serius terhadap keselamatan pengguna, terutamanya kanak kanak.
๐๐ญ๐๐ญ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข
Analisis data kes keracunan racun tikus yang dirujuk kepada PRN dalam tempoh tiga tahun terkini (2023โ2025) mendapati:
โญ Secara umumnya, lebih 40% daripada kes keracunan racun tikus melibatkan racun tikus haram/tidak berdaftar. Ini jelas ditunjukkan oleh dapatan berikut:
* Tahun 2023 โ 42 kes racun haram daripada 94 keseluruhan kes racun tikus
* Tahun 2024 โ 61 kes racun haram daripada 143 keseluruhan kes racun tikus
* Tahun 2025 โ 51 kes racun haram daripada 118 keseluruhan kes racun tikus
โญ Bagi tempoh tiga bulan sahaja iaitu daripada Oktober hingga Disember 2025, terdapat peningkatan mendadak sebanyak 35 kes keracunan racun tikus dengan 18 kes (51.4%) daripadanya melibatkan racun tikus haram atau tidak berdaftar.
โญ Sebanyak 60โ70% daripada kes yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun, menunjukkan mereka adalah kump**an paling terdedah di rumah.
โญ Separuh daripada kes keracunan racun tikus adalah tidak disengajakan akibat termakan umpan yang dicampur dengan makanan dan diletakkan di kawasan yang terbuka dan mudah dilihat oleh kanak-kanak.
๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ฒ๐
Penelitian terhadap setiap kes yang diterima mendapati beberapa jenama racun tikus tidak berdaftar yang sering terlibat ialah ๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฅ ๐ญ๐จ ๐๐๐๐ญ๐ก, ๐๐จ๐ซ๐๐ญ, ๐๐๐จ ๐๐๐ง๐ , ๐๐๐ข ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ข, ๐๐ฎ๐ฉ๐๐ซ ๐๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐ฅ๐๐ซ, ๐๐ข๐๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ, ๐๐๐ ๐๐๐ญ ๐๐จ๐ข๐ฌ๐จ๐ง, ๐๐จ๐ฆ๐ซ๐๐ญ serta pelbagai produk berlabel tulisan Bahasa Cina tanpa nombor pendaftaran yang sah. Kebanyakan produk ini dibeli secara dalam talian termasuklah di platform e-dagang dan sebahagiannya daripada peniaga tanpa lesen di pasar-pasar malam.
Racun perosak haram tidak akan terlepas daripada pelbagai unsur penipuan. Pemantauan kami juga mendapati terdapat ketidaktelusan dalam pelabelan produk tidak berdaftar, antaranya:
* Terdapat laporan peratusan/kepekatan bahan aktif yang dikesan adalah lebih tinggi daripada yang dicetak pada label. Walaupun bahan aktif mungkin bukan racun haram, tetapi peratusan yang tinggi akan meningkatkan risiko keracunan walaupun termakan dalam jumlah yang sedikit.
* Lebih membimbangkan lagi, ujian makmal mengesan bahan aktif yang berlainan daripada bahan aktif yang tersenarai pada label atau laman web produk yang biasanya lebih toksik/diharamkan. Bahan aktif yang sangat toksik tersebut telah diharamkan di kebanyakan negara di dunia seperti ๐๐๐ญ๐ซ๐๐ฆ๐๐ญ๐ก๐ฒ๐ฅ๐๐ง๐๐๐ข๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐๐จ๐ญ๐๐ญ๐ซ๐๐ฆ๐ข๐ง๐ (๐๐๐๐), ๐๐จ๐๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐จ๐ง๐จ๐๐ฅ๐ฎ๐จ๐ซ๐จ๐๐๐๐ญ๐๐ญ๐ (๐๐๐
๐), ๐
๐ฅ๐ฎ๐จ๐ซ๐จ๐๐๐๐ญ๐๐ฆ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐
๐ฅ๐ฎ๐จ๐ซ๐จ๐๐๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ข๐ yang boleh menyebabkan sawan berulang dan kematian walaupun pada jumlah yang sangat kecil.
Jika diimbas kembali pada bulan Julai 2024, kes kematian dua orang kanak-kanak di Kulim, Kedah akibat termakan racun tikus yang diletakkan pada keropok, juga melibatkan racun toksik penyebab sawan yang tidak berdaftar. Kejadian seumpama ini harus dipandang serius oleh semua pihak untuk mengelakkannya berulang lagi.
๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฐ๐๐ ๐๐ข๐ก๐๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐
PRN menggesa agar adanya usaha bersepadu daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan penjual dalam membanteras racun tikus tidak berdaftar. Penguatkuasaaan dan kawalan yang lebih tegas perlu dilaksanakan agar penjualannya dapat dihentikan. Penjual terutamanya pengendali platform e-dagang perlu memastikan hanya penjual yang berlesen dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) sahaja dibenarkan menjual racun perosak yang juga berdaftar. Selain itu, penjual wajib mempamerkan pengesahan nombor pendaftaran LRMP (contoh: LRMP R1/###X) sebelum sesuatu produk termasuk racun tikus dibenarkan untuk disenaraikan.
Mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974, penggunaan racun perosak tidak berdaftar adalah salah disisi undang-undang. Sebagai pengguna, kita bertanggungjawab memastikan hanya produk racun perosak yang dibeli berdaftar dengan LRMP yang mempunyai label dengan maklumat berikut:
1. Nama dagangan, bahan aktif dan maklumat pengeluar/ pengedar.
2. Nombor pendaftaran dengan LRMP. Nombor tersebut dimulai dengan LRMP. R1/###X.
3. Pengkelasan bahaya sama ada Kelas 1a (Sangat Berbahaya), 1b (Berbahaya), III (Sederhana Bahaya), IV (Agak Berbahaya).
4. Arahan penggunaan, maklumat tanda keracunan dan rawatan kecemasan.
5. Label yang lengkap dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Pusat Racun Negara memandang serius peningkatan kes keracunan racun tikus tidak berdaftar. PRN juga bersedia untuk bekerjasama dan menyokong sepenuhnya tindakan segera, bersepadu dan tegas oleh semua pihak berkepentingan bagi mengekang penularan produk berbahaya ini. Setiap kes keracunan akibat racun tikus haram boleh dicegah melalui kawalan produk yang berkesan, amalan jualan yang bertanggungjawab serta pengguna yang peka dan berhati hati.