12/09/2022
Warga Besout yang dikasihi, jom datang beramai-ramai ke TAPAK PEKAN SEHARI FELDA BESOUT pada 17 & 18 September ini dan dapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang murah dengan penjimatan sehingga 20%..
Projek PROGRAM JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (PJMKM) ini adalah jualan murni dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDEC); Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); dan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Tanjong Malim Malaysia (MPUK PTM); dengan kerjasama Koperasi Malimjaya Tanjong Malim Berhad bagi membantu bebanan rakyat mendapatkan bekalan barangan asas ekoran peningkatan harga pasaran..
Bagi mencapai hasrat ini, YB Pengerusi MPUK PTM, YB Tuan Mohd Zaidi Aziz iaitu ADUN Slim sentiasa memantau dan mengambil berat pencapaian jualan dengan hasrat setiap rakyat mendapatkan bekalan segar yang mencukupi dan sekaligus meringankan beban rakyat di Parlimen Tanjong Malim ini.