Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama

Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama Hebahan Program/ Aktiviti dan Informasi Kesihatan di Daerah Larut Matang dan Selama.

Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa peka terhadap bacaan IPU semasa.
15/08/2026

Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa peka terhadap bacaan IPU semasa.




15/08/2026

πŸ“£ MOH DENGARKAN!

Jom sertai perkongsian ilmu secara dalam talian bersama para penceramah hebat kita!

πŸ“Œ Tajuk: KiBaR (Kira, Bakar, Rekod)
πŸ“… Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.00 Petang
πŸ’» Pautan Google Meet: https://meet.google.com/fco-fwmq-bff
Atau di
πŸ›œFB Live Nutritionist Perak

πŸŽ™οΈ BARISAN PENCERAMAH & MODERATOR:

Moderator:

Pn. Nur Minhalina binti Mat Isa
(Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Simpang, LMS)

Penceramah 1:

Pn. Nor Syaza Sofiah binti Ahmad
(Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Padang Rengas, Kuala Kangsar)

Penceramah 2:

En. Ahmad Mu'alzaffardan Putra bin Kamaruddin
(Pegawai Pendidikan Kesihatan, Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak)

πŸ—“οΈLock the date
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu berkaitan KiBaR

πŸŽ–οΈe sijil disediakan

15/08/2026

🌟 π‰πŽπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 (ππŒπ’π’) & ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€π‹π‹ π–π€π‹πŠ!

πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dan percuma sempena Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) & _Mall Walk_ Peringkat Negeri Perak Tahun 2026! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ AEON Mall Seri Manjung

Antara aktiviti menarik yang disediakan:
🩸 Kempen Derma Darah
❀️ Saringan Kesihatan
πŸ’ͺ Saringan Kecergasan
🎀 Pocket Talk Kesihatan
πŸ₯ Pameran Kesihatan
πŸ‘§ Pertandingan Senam Sihat Si Cilik Tunas Doktor Muda
πŸ§˜β€β™€οΈ Aerobik

πŸŽ‰ Datang beramai-ramai dan manfaatkan peluang untuk mengetahui tahap kesihatan, mendapatkan informasi kesihatan serta menyertai aktiviti yang menyeronokkan bersama komuniti!

πŸ’š Kesihatan milik kita bersama. Jom jadikan hidup lebih aktif, sihat dan sejahtera!



15/08/2026
CAHAYA HIJAU HARAPAN: SEMPENA MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN Kebangsaan πŸ’šπŸ›οΈβœ¨β€‹Perasan tak papan tanda pintu masuk Klin...
14/08/2026

CAHAYA HIJAU HARAPAN: SEMPENA MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN Kebangsaan πŸ’šπŸ›οΈβœ¨

​Perasan tak papan tanda pintu masuk Klinik Kesihatan Taiping disinari cahaya hijau sepanjang minggu ini?

​Pencahayaan hijau ini dinyalakan sebagai simbol sokongan, kesedaran, dan tanda penghormatan kepada para pengikrar dan penderma organ di seluruh negara sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ.

​Cahaya hijau melambangkan HARAPAN dan KEHIDUPAN BAHARU bagi ribuan pesakit yang sedang menantikan sinar kehidupan menerusi pemindahan organ.

β€‹πŸ’š Mengapa Pendermaan Organ Penting?

​Satu penderma mampu menyelamatkan dan meningkatkan kualiti hidup sehingga 8 orang pesakit.

​Ia adalah satu amalan mulia yang memberikan sinar kehidupan baharu buat yang memerlukan.

​Pendaftaran pengikrar derma organ kini sangat mudah! Anda boleh mendaftar sebagai pengikrar penderma organ secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera.

​Sama-sama kita sebarkan kebaikan ini. Nyalakan harapan, berilah sinar kehidupan. πŸ’š

MySejahtera
Pegawai Kesihatan Daerah Larut, Matang Dan Selama
Pkd Lms
KELAB SUKAN DAN Kebajikan PKD LMS

​

13/08/2026

🌿❀️ KESIHATAN KITA, ALAM SEKITAR KITA! ❀️🌿

Jom sertai 🩺🌏 Kempen Kesihatan 2026 yang menggabungkan penjagaan kesihatan, kebersihan kawasan kejiranan dan kelestarian alam sekitar! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Dewan Komuniti Taman Suria
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
🧹 Gotong-royong bermula 7.30 pagi

Pelbagai aktiviti menarik disediakan! πŸ˜πŸ‘‡

🩺 Saringan kesihatan
πŸ‘‚ Pemeriksaan pakar ENT
βš–οΈ Pemeriksaan BMI
🩸 Ujian glukosa darah
πŸ‘€ Pemeriksaan mata
🦷 Pemeriksaan gigi
♻️ Kutipan e-waste
πŸ›’οΈ Kutipan minyak masak terpakai
🌱 Ceramah tentang ancaman mikroplastik & kepentingan kesihatan tanah

πŸ’‘ Datang buat pemeriksaan kesihatan, sambil kita sama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran!

πŸ“£ Jangan lupa ajak keluarga, jiran-jiran dan sahabat untuk bersama-sama memeriahkan program ini!

🌱 Jaga diri. Jaga komuniti. Jaga alam sekitar. 🌏❀️

🌫️ APA ITU PM2.5?PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (¡m) atau lebih kecil. S...
13/08/2026

🌫️ APA ITU PM2.5?

PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (Β΅m) atau lebih kecil. Saiznya yang sangat kecil membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.

⚠️ Pendedahan kepada PM2.5 boleh memberi kesan kepada kesihatan, antaranya:
β€’ Batuk dan iritasi saluran pernafasan
β€’ Sesak nafas
β€’ Memburukkan asma
β€’ Memburukkan penyakit jantung dan paru-paru

πŸ”₯ Antara sumber PM2.5 termasuk kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, asap kenderaan, aktiviti industri serta pembakaran bahan api.

πŸ‘Ά Kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati apabila pencemaran udara meningkat.

πŸ“± Pantau bacaan IPU terkini melalui aplikasi atau laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) – APIMS.

🌿 Bersama kita cegah pencemaran udara.
Udara bersih, hidup lebih sihat.

Kredit : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.➑️ Sentiasa minum air kosong secuk...
13/08/2026

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

➑️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➑️ Kurangkan aktiviti di luar
➑️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
➑️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Demam berulang? Jangan ambil ringan.Jika demam disertai sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan ...
13/08/2026

Demam berulang? Jangan ambil ringan.

Jika demam disertai sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi, loya, muntah, ruam atau gusi berdarah, segera dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Jangan rawat sendiri tanpa nasihat doktor. Pemeriksaan awal boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi denggi.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Kita sendiri adalah barisan hadapan.Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.πŸ”Ž Cari.πŸ—‘οΈ Buang...
11/08/2026

Kita sendiri adalah barisan hadapan.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.

πŸ”Ž Cari.
πŸ—‘οΈ Buang.
🧹 Bersihkan.
πŸ’§ Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Kerana kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang.

Kemerdekaan juga bermaksud kita berani melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman yang boleh dielakkan.

Jangan beri Aedes ruang untuk menjajah.





Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Aras 2 Bangunan Wisma Persekutuan Taiping, Jalan Istana Larut
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share