09/01/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐-๐ฎ๐ญ ๐๐๐ง๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐๐ (๐ต ๐ฅ๐ฅ๐)
TAIPING, 31 Disember 2025 โ Batalion Kesembilan Rejimen Renjer Diraja (9 RRD) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel Gawreason a/l Vengadalson, bertempat di Padang Kawad pasukan.
Perbarisan ini melibatkan seramai 24 pegawai dan 129 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), dan diketuai oleh Ketua Kompeni Markas, Mejar Mohd Herrizan bin Puteh. Ajutan perbarisan Kapt Rozainizam bin Rosli dan SMR perbarisan adalah PW I Silham bin Yusup.
Perbarisan turut diserikan dengan acara pemakaian pangkat kepada anggota LLP yang telah memenuhi syarat dan layak dinaikkan pangkat, sebagai penghargaan terhadap komitmen serta prestasi yang telah ditunjukkan.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menegaskan kepentingan integriti, disiplin serta tanggungjawab dalam kalangan pegawai dan anggota, di samping menyeru agar setiap warga pasukan sentiasa menjaga nama baik pasukan dan mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan imej Angkatan Tentera Malaysia.
Mengakhiri ucapannya, Pegawai Memerintah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai serta anggota yang telah dinaikkan pangkat. Beliau turut mengingatkan agar tahap kompetensi dan profesionalisme terus dipertingkatkan sejajar dengan pangkat dan jawatan yang disandang, kerana setiap pangkat merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan pasukan.
Perbarisan ini diakhiri dengan sesi bergambar serta teriakan keramat pasukan, โSian Bani Manangโ.