72 BN KPD

72 BN KPD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 72 BN KPD, Government Organization, Taiping.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”Taiping, 6 Apr 26 - Seramai 9 Pegawai dan 112 an...
07/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”

Taiping, 6 Apr 26 - Seramai 9 Pegawai dan 112 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota yang dilaksanakan di Padang Kawad, Kem Sabroan, Taiping, Perak. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Zaidi bin Missman.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah, Lt Kol Azman bin Abdul Talib disusuli dengan nyanyian lagu Kor Perkhidmatan DiRaja. Perbarisan diteruskan dengan acara pemakaian pangkat seramai 4 anggota dari Kpl ke Pangkuan Sjn. Upacara pemakaian pangkat ini diikuti dengan pembacaan Ikrar Pemakaian Pangkat yang dipimpin oleh 1160542 Pangkuan Sjn Muhammad Nick Aiman bin Abdullah sebagai simbolik taat setia dan komitmen terhadap tanggungjawab baharu. Perbarisan ini mencerminkan semangat profesionalisme dan komitmen tinggi warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja dalam kesinambungan tugas serta memperkukuhkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR).

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Muhammad Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


03/04/2026

๐——๐—˜๐—ง๐—”๐—ฆ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ - ๐Ÿต๐Ÿฏ

Diperkenalkan barisan pegawai dan anggota Kor Perkhidmatan DiRaja yang akan mewakili Kor dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 93 pada 4 April 2026 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Selamat maju jaya kepada seluruh pegawai dan anggota yang terlibat. Laksanakan tugas dengan penuh disiplin, keyakinan dan kebanggaan dalam menjaya perbarisan pada kali ini.

BERKHIDMAT KEPADA SEMUA

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—”๐—™ ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ & ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—กIkhlas DaripadaPegawai Memerintah Dan Warga 72 Batalion Kor Per...
20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—”๐—™ ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ & ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ก

Ikhlas Daripada
Pegawai Memerintah
Dan Warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTaipin...
16/03/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Taiping, 13 Mac 26 โ€“ Seramai 10 Pegawai dan 124 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pemeriksaan Keselamatan Kenderaan yang dilaksanakan di Dewan Payung dan Padang Kawad, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Pegawai dan anggota LLP telah didedahkan dengan penerangan terperinci berkaitan Akta dan peraturan di bawah penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan kesalahan-kesalahan lalu lintas khususnya berkaitan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Mohamad Yusli bin Mat Daud, Ketua Unit Operasi Cawangan JPJ Daerah Taiping. Sesi kuiz turut diadakan bagi menguji kefahaman Pegawai dan anggota LLP yang terlibat.

Sebanyak 35 buah kereta dan 30 motorsikal telah diperiksa sepanjang kempen ini berlangsung. Pemeriksaan yang dilaksanakan ini merangkumi fizikal kenderaan seperti keadaan tayar, lampu isyarat kenderaan, lampu kecemasan, minyak enjin dan brek kereta. Objektif kempen ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan tahap keselamatan anggota semasa di jalan raya, memastikan dokumen perjalanan setiap pegawai dan anggota dalam tempoh yang sah serta memastikan setiap kenderaan yang dinaiki dalam keadaan selamat digunakan.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Mej Mohd Zaidi bin Missman, Penolong Pegawai Memerintah kepada penceramah jemputan.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTaiping, 13 Mac 26 โ€“ Pas...
16/03/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Taiping, 13 Mac 26 โ€“ Pasukan telah mengadakan Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran yang dilaksanakan di Surau Nurul Iman, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Tujuan utama Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran ini dilaksanakan bagi memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran dalam menghidupkan syiar Islam di samping mengimarahkan bulan Ramadan Al Mubarak dengan alunan ayat suci Al-Quran. Sesi kuiz turut diadakan bagi menguji kefahaman Pegawai dan anggota LLP yang terlibat.

Acara dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Kapt Muhannad bin Mohamad Nasriff, Pegawai Agama Pasukan dan disusuli dengan bacaan surah-surah dan doa khatam Al-Quran oleh 35 peserta tadarus yang terdiri daripada 4 Pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Cawangan Agama turut mengadakan program Cepat Baca Al-Quran (CBQ) yang terdiri daripada 40 anggota LLP bertujuan untuk membimbing peserta untuk lebih menguasai dengan kaedah yang betul, mudah dan bersistematik di samping memperbaiki serta mempertingkatkan lagi keupayaan membaca Al-Quran.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta tadarus dan peserta cepat baca Al-Quran oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Zaidi bin Missman.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTaiping, 11 Mac 26 - Seramai 10 ...
16/03/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Taiping, 11 Mac 26 - Seramai 10 Pegawai, 128 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dan 42 staf awam telah terlibat dalam Program Memasak & Pengagihan Bubur Lambuk yang dilaksanakan di Surau Nurul Iman, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Sebelum acara dimulakan, warga pasukan melaksanakan Tadarus dan Kelas Al-Quran bagi mengimarahkan Surau Nurul Iman sepanjang Ramadan. Sejurus selepas itu, semua warga pasukan bergotong-royong menyediakan bahan dan proses memasak bubur lambuk.

Acara diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Azman bin Abdul Talib kepada semua warga pasukan, pasukan sahabat serta masyarakat sekitar sebagai simbolik perkongsian rezeki dan tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐—ค๐—œ๐—”๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—จ๐—ฅ ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”Taiping, 26 Feb 26 โ€“ Seramai 10 Pegawai, 104 ang...
03/03/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐—ค๐—œ๐—”๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—จ๐—ฅ ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”

Taiping, 26 Feb 26 โ€“ Seramai 10 Pegawai, 104 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 15 Staf Awam telah terlibat dalam Majlis Iftar dan Qiamulail serta bersahur yang dilaksanakan di Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadan yang mulia di samping menjadi medium bagi mengeratkan silaturrahim warga pasukan. Acara dimulakan dengan sesi bergambar bersama Pegawai Memerintah, Lt Kol Azman bin Abdul Talib disusuli dengan iftar dan solat maghrib di Surau Nurul Iman, Kem Sabroan. Seterusnya, semua warga pasukan yang terlibat menikmati jamuan makan malam di Garaj Kompeni Angkut sebelum bersolat Isyak dan Tarawih secara berjemaah serta jamuan moreh.

Pegawai Memerintah di dalam ucapan beliau, telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga pasukan atas komitmen, kerjasama serta pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan majlis dapat dilaksanakan dengan teratur dan jayanya. Beliau turut menekankan bahawa semangat berpasukan, disiplin serta kesungguhan yang dipamerkan mencerminkan profesionalisme dan jati diri warga pasukan yang sentiasa mengutamakan kebersamaan serta nilai ukhuwah.

Suasana pada malam tersebut diceriakan dengan gerai makanan yang dihias cantik oleh Kompeni/Cawangan. Pegawai Memerintah turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada gerai tercantik dari Cawangan Markas, manakala gerai Staf Awam meraih tempat kedua.

Acara disambung pada keesokan paginya dengan ibadah qiamulail, jamuan sahur serta solat subuh secara berjemaah.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz
Zamani bin Abdul Razak


๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿฏโ€œ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งโ€Ikhlas DaripadaPeg...
01/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿฏ

โ€œ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งโ€

Ikhlas Daripada
Pegawai Memerintah
Dan Warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja

25/02/2026
๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐ŸฐTaiping, 16 Feb 26 - Seramai 8 Pegawai ...
19/02/2026

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Taiping, 16 Feb 26 - Seramai 8 Pegawai dan 84 anggota Lain-Lain Pangkat telah menyaksikan Perutusan Panglima Angkatan Tentera Ke-24 secara live streamingdi Dewan Payung, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-24 memperkenalkan Tiga Nilai Teras Utama yang diringkaskan sebagai ATM iaitu Akhlak Teras, Tatakelola Tuntas dan Martabat Tempur yang disokong dengan Tujuh Tonggak Strategik sebagai pelan tindakan seperti berikut:

Tonggak 1: Wrga Berakhlak Tinggi, Tersemai Iman di Sanubari.

Tonggak 2: Tatakelola Tuntas, Integriti Terpelihara.

Tonggak 3: Angkatan Masa Hadapan, Pertahankan Ibu Pertiwi.

Tonggak 4: Keutuhan Angkatan Kesiapsiagaan Menyeluruh.

Tonggak 5: Cakna Anggota, Keluarga dan Veteran ATM, Berpisah Tiada.

Tonggak 6: ATM Bersama Masyarakat Bagai Aur Dengan Tebing.

Tonggak 7: Diplomasi Pertahanan Berprinsip, Malaysia Dihormati.

Menerusi perutusan tersebut, warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja berpeluang memperoleh pemahaman yang lebih tuntas mengenai hala tuju serta aspirasi kepimpinan tertinggi dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme dalam kalangan warga pasukan.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ง ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”Taiping, 16 Feb 26 ...
19/02/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ง ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”

Taiping, 16 Feb 26 - Seramai 46 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar Kompeni Angkut 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja yang telah dilaksanakan di Padang Kawad, Kem Sabroan, Taiping, Perak. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Ketua 221 DBK, PW II Mohamad Alif bin Mohd Zahir.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Kompeni Sarjan Mejar Kompeni Angkut, PW II Kamaruddin bin Che Ahmad diikuti dengan nyanyian lagu Kor Perkhidmatan DiRaja dan pemeriksaan barisan oleh beliau. Acara diteruskan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut, Mej Abdul Rashid bin Abdul Majid. Upacara menandatangani nota serah terima tugas Kompeni Sarjan Mejar oleh PW II Kamaruddin bin Che Ahmad kepada PW II Muslihuddin bin Musa telah disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut.

Acara diteruskan dengan jamuan di Kelab The Harbour. Pegawai Memerintah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Mantan Kompeni Sarjan Mejar Kompeni Angkut dan juga mantan Sarjan Platun Berat 2 sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan mereka kepada pasukan. Pegawai Memerintah turut merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada mantan Kompeni Sarjan Mejar Kompeni Angkut dan mantan Sarjan Platun Berat 2 atas dedikasi, kepimpinan dan iltizam yang telah ditunjukkan dalam memacu kecemerlangan pasukan. PW II Kamaruddin bin Che Ahmad akan bertukar keluar ke Pusat Latihan Kor Perkhidmatan DiRaja dan akan menjawat jawatan sebagai Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih Cawangan Hantaran Udara manakala Sjn Kamal Hafif bin Ismail akan bertukar keluar ke 2 Woksyop Briged sebagai Ketua Cawangan Pengangkutan Bermotor.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak


Address

Taiping

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 72 BN KPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share