24/08/2026
MAJLIS SERAHAN SST DAN AKU JANJI PROJEK QUICK WIN BILIK DARJAH (BD) TAMBAHAN UNTUK TAHUN 1 BAGI TAHUN 2027 BAGI 1 BUAH SEKOLAH DI BAWAH JPN NEGERI PERAK
21 Ogos 2026 (Jumaat) - Bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Larut Matang dan Selama telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Aku Janji oleh pihak kontraktor yang terpilih bagi projek-projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Larut Matang Dan Selama, Ir. Muhamad Hambali bin Ab Ghani, dan diiringi oleh Jurutera Bangunan, Puan Norhafizah binti Khairudin.
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027: PEMBINAAN 2 BLOK BANGUNAN BAHARU 2 TINGKAT 2BD (ALIRAN PERDANA) + 3BD (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PALMA, LARUT MATANG DAN SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN.
-Kontraktor yang berjaya dilantik bagi projek ini ialah Conquas Sdn. Bhd.
Pelaksanaan projek ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan kemudahan pendidikan khususnya bagi murid aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kemudahan bilik darjah tambahan yang bakal dibina diharap dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pengguna bagi memenuhi keperluan pendidikan murid aliran perdana serta murid berkeperluan khas. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan.
Delivery Is Our Priority