30/05/2026
π§π¨π π£ππ‘π ππππ¨: πππ ππ£π π£πππ πͺπ’π₯ππ ππ¨π£
Demam Piala Dunia 2026 sudah bermula. Kiri kanan bergantung jersey pelbagai warna sampai berpinar bijik mata. Piala Dunia mengajar kita satu benda, mudah tapi besar makna. Apa yang penting? Kerjasama! Kerjasama boleh buat dunia terasa semakin kecil. Manakan tidak, 3 negara bersama menjadi tuan rumah, 48 pas**an, 12 kump**an, dan 104 perlawanan. Bukan kaleng-kaleng, bukan kecik anak, dan memang mustahil kalau nak buat sorangβsorang. Bola sepak jadi bahasa bersama, menyatukan emosi, budaya, dan benua. Sama seperti pembinaan negara bangsa, hasrat bersama lebih kuat daripada perbezaan. Bila tujuan jelas, objektif senada seirama, sempadan pun boleh dirunding dengan senyuman.
βDemam bolaβ ni bukan sekadar jerit gol dan bergambar dengan jersey cantik dan bewarna-warni. Ia simbol kesungguhan, latihan bertahun hanya untuk detik 90 minit aje. Persiapannya rapi walaupun acara hanya bermula pada 11 Jun nanti. Dalam membina negara bangsa, negara yang berjaya bukan yang menang sorak tetapi yang konsisten berusaha. Dari padang ke pejabat, dari kelab akar umbi ke pentas dunia, usaha kecil yang berterusan melahirkan keyakinan kolektif. Bersusah payah dengan jerih-perih, berpeluh menitik hari ini demi sorakan kemenangan esok hari.
Akhirnya, Piala Dunia mengingatkan kita bahawa hasrat membina negara bangsa perlu disokong dengan struktur dan disiplin. Perancangan logistik, keselamatan, teknologi, keterangkuman dan kemampanan menggapai negara maju bukan lagi impian tetapi berani dan beriltizam mencapai hasrat dan kejayaan. Umpama peminat bola, boleh berbeza warna baju, sorakan berlainan nada, face painting berlainan rupa, namun matlamat kekal sama. Permainan yang adil dan meriah! Paling penting bawa p**ang trophy menjulang nama negara. Begitulah negara bangsa terbina. Santai pada gaya, konsisten menggapai impian, dan serius pada usaha.
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara