Skuadron Ke-2 RAJD

Skuadron Ke-2 RAJD 2sknrajd no

๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐€๐’๐„๐“ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
07/04/2026

๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐€๐’๐„๐“ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ’ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐Š๐„ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Hj Mohd  Shauari b...
25/03/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ’ ๐ƒ๐ˆ๐• ๐Š๐„ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Hj Mohd Shauari bin Hj Mat Piah, telah mengadakan lawatan ke 2 Skn RAJD. Lawatan ini bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan serta keupayaan pasukan dalam melaksanakan tugas operasi dan pentadbiran. Kehadiran beliau turut disambut oleh barisan pegawai dan anggota pasukan.

Lawatan dimulakan dengan sesi perkenalan bersama pegawai dan anggota pasukan serta acara menandatangani buku lawatan. Sesi ini memberi peluang kepada Panglima bagi mengenali secara langsung seluruh warga pasukan. Ia juga menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan kepimpinan bersama anggota di semua peringkat.

Seterusnya, Panglima 4 Divisyen telah menyaksikan demonstrasi penggunaan ๐˜‰๐˜ณ๐˜ช๐˜ฅ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ serta pengoperasian ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฅ ๐˜š๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ณ yang dilaksanakan oleh operator loji. Demonstrasi ini mempamerkan kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan peralatan kejuruteraan. Selain itu, beliau turut mengadakan tinjauan ke sekitar kawasan kem termasuk Markas, Trup, Cawangan Logistik serta Trup Bantuan.

Lawatan diakhiri dengan sesi perjumpaan Panglima 4 Div bersama warga 2 Skn RAJD. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penguasaan kemahiran sedia ada serta pematuhan kepada tahap profesionalisme yang tinggi. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mendengar serta meneliti permasalahan yang dihadapi oleh anggota di pasukan.

#๐Ÿ๐‘บ๐’Œ๐’๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘ซ
#๐‘ฉ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰
#๐‘ด๐’†๐’ˆ๐’‚๐’‰๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’”

๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘, ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐๐€: ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐–๐ˆ๐‘๐€๐€๐ ๐“๐„๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” Seramai 4...
18/03/2026

๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘, ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐๐€: ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐–๐ˆ๐‘๐€๐€๐ ๐“๐„๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€

๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” Seramai 4 pegawai, 111 anggota LLP dan 5 staf awam telah terlibat dalam Perbarisan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Perbarisan diketuai oleh Lt Mohamad Khairul Asyraf bin Sukor. Acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah diikuti dengan upacara pemakaian pangkat kepada 9 anggota LLP. Turut berlangsung penyerahan sumbangan khairat kematian kepada 3 anggota sebelum acara bergambar.

Dalam ucapannya, Pegawai Pemerintah merakamkan penghargaan atas kelancaran perbarisan serta mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat. Beliau menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas. Semua anggota diingatkan agar sentiasa menjaga imej pasukan dan mengelakkan sebarang pelanggaran disiplin.

Di penghujung Ramadan ini, Pegawai Pemerintah menyeru anggota agar memperbanyakkan ibadah serta amalan kebajikan. Di samping itu, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pasukan.

Perbarisan diakhiri dengan pemeriksaan kenderaan bagi memastikan aspek keselamatan berada dalam keadaan terbaik. Pegawai Pemerintah turut beramah mesra dan bersalaman raya bersama semua anggota. Suasana ini mencerminkan hubungan erat antara pegawai dan anggota dan sekaligus mengukuhkan semangat setiakawan dalam pasukan.

#๐Ÿ๐‘บ๐’Œ๐’๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘ซ
#๐‘ฉ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰
#๐‘ด๐’†๐’ˆ๐’‚๐’‰๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’”

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐“๐“ ๐Š๐€๐๐€๐. ๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž,  ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Pasukan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peg...
14/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐“๐“ ๐Š๐€๐๐€๐.

๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Pasukan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pegawai dan PTT Kanan, bertempat di Hotel Warisan Taiping.

Majlis tersebut dimulakan dengan kehadiran YBhg Mej Ts. Afif bin Md. Ali, Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD merangkap Penaung ๐ต๐‘–๐‘‘๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘†๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–๐‘ dan diteruskan dengan acara bergambar.

Majlis berbuka puasa ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penaung dengan ahli kelab agar mewujudkan suasana kekeluargaan melalui aktiviti bersama sempena Bulan Ramadhan.

Majlis Berbuka Puasa Pegawai dan PTT Kanan yang dianjurkan ini berjaya dilaksanakan dengan baik serta mencapai objektifnya dalam meningkatkan kerjasama dan komunikasi diantara semua ahli.

#๐Ÿ๐’๐ค๐ง๐‘๐€๐‰๐ƒ
#๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐š๐ž๐๐š๐ก
#๐Œ๐ž๐ ๐š๐ก๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ
#๐๐ข๐๐จ๐ซ๐’๐ญ๐ซ๐ข๐ฉ

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐, ๐๐„๐๐†๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ...
12/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐, ๐๐„๐๐†๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja telah meraikan 20 orang peserta dalam Majlis Khatam Al-Quran. Selain itu, majlis turut menyaksikan pengislaman seorang anggota saudara baru, sekali gus menambahkan lagi keberkatan dan makna kepada penganjuran majlis pada tahun ini.

Acara pengislaman saudara baru telah disempurnakan melalui lafaz dua kalimah syahadah oleh 1227292 Pbt Muhammad Arellius anak Elban. Lafaz tersebut telah dipimpin oleh Yang Berbahagia Mejar Ts. Afif bin Md. Ali, Pegawai Pemerintah Skuadron Kedua, Rejimen Askar Jurutera Diraja.

Majlis Khatam Al-Quran dan Pengislaman Saudara Baru telah diadakan dengan penuh tertib dan bermakna sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran serta meraikan saudara baru yang telah memeluk agama Islam.

Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Pemerintah. Penganjuran majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pegawai dan anggota serta mewujudkan suasana kekeluargaan dalam kalangan warga pasukan.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan nilai-nilai keagamaan serta kecintaan terhadap Al-Quran, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga pasukan.



๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐†๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐€๐‹-๐‘๐ˆ๐ƒ๐™๐”๐€๐, ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐๐„๐‘๐€๐Š (๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค)๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†...
27/02/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐†๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐€๐‹-๐‘๐ˆ๐ƒ๐™๐”๐€๐, ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐๐„๐‘๐€๐Š (๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค)

๐Š๐„๐Œ ๐’๐€๐๐†๐‘๐Ž, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja telah menganjurkan Program Taklimat Potongan Zakat Pendapatan dengan kerjasama daripada Zakat Perak Al-Ridzuan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Seramai 3 x Peg dan 35 x Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah menghadiri Majlis Taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Fahmi bin Leman, Eksekutif Operasi Kutipan Zakat Perak Al-Ridzuan (MAIPk).

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai kewajipan menunaikan zakat sebagai Rukun Islam ketiga, termasuk kepentingannya dalam membersihkan harta, membantu asnaf dan memperkukuh kesejahteraan umat Islam. Pihak Zakat Perak Al-Ridzuan (MAIPk) turut menyediakan kaunter zakat bergerak bagi memudahkan pendaftaran potongan zakat, semakan kelayakan dan khidmat nasihat pengiraan zakat secara tepat.

Secara keseluruhannya, taklimat ini berjaya memberikan pendedahan yang jelas dan bermanfaat serta menggalakkan warga pasukan menunaikan zakat dengan penuh kesedaran dan keikhlasan sebagai ibadah sempena bulan Ramadhan kepada Allah SWT.

#๐Ÿ๐‘บ๐’Œ๐’๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘ซ
#๐‘ฉ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰
#๐‘ด๐’†๐’ˆ๐’‚๐’‰๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’”

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐”๐‹๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐Œ/๐๐Ž๐’ ๐‰๐๐† ๐Š๐“๐‰ ๐Ÿ ๐๐†๐ƒ
24/02/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐”๐‹๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐Œ/๐๐Ž๐’ ๐‰๐๐† ๐Š๐“๐‰ ๐Ÿ ๐๐†๐ƒ

๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š : ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€-๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐„๐ƒ๐‡๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆSelamat menyambut Ramadan Al-Mubarak daripada Pe...
18/02/2026

๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š : ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€-๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐„๐ƒ๐‡๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 2 Skn RAJD. Semoga bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman dan mendidik jiwa dengan sabar serta keikhlasan.

Semoga setiap amal ibadah diterima dan setiap doa dimakbulkan. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan buat kita semua.

#๐Ÿ๐‘บ๐’Œ๐’๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘ซ
#๐‘ฉ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰
#๐‘ด๐’†๐’ˆ๐’‚๐’‰๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’”

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ, ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ : ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ & ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ ๐Š๐„-...
14/02/2026

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ, ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ : ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ & ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ ๐Š๐„-๐Ÿ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” Seramai 4 x Pegawai, 81 x Anggota LLP dan 11 x staf awam telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD yang dilaksanakan di Padang Kawad pasukan. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah selaku Ketua Perbarisan.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah, diikuti nyanyian lagu Majutera, pemeriksaan perbarisan serta upacara pemakaian pangkat melibatkan dua anggota LLP. Perbarisan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar.

Majlis diteruskan lagi dengan jamuan bersama Pegawai Pemerintah di Kompleks Sajian, Kem Sangro. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan atas kejayaan pelaksanaan perbarisan serta menzahirkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat agar terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, disiplin dan profesionalisme. Beliau turut menegaskan kepentingan mengekalkan tahap kesiapsiagaan tempur, mempertingkat kompetensi latihan serta memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap setiap direktif Tentera Darat Malaysia.

Pegawai Pemerintah turut menekankan pendekatan ๐‘ง๐‘’๐‘Ÿ๐‘œ ๐‘ก๐‘œ๐‘™๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘๐‘’ terhadap sebarang salah laku termasuk rasuah dan buli, di samping menitikberatkan aspek keselamatan maklumat serta etika penggunaan media sosial. Seluruh warga 2 Skn RAJD diseru agar terus memelihara maruah pasukan, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan keimanan menjelang Ramadan selaras dengan usaha membentuk pasukan yang profesional, berwibawa dan disegani.

Pada sebelah petang, Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2026 telah dilaksanakan di Bilik Kuliah pasukan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintah bagi membincangkan isu serta usul berkaitan kebajikan anggota. Mesyuarat berlangsung dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan. Segala perkara berbangkit akan diambil tindakan sewajarnya bagi memperkasa pengurusan kebajikan warga 2 Skn RAJD.

#๐Ÿ๐‘บ๐’Œ๐’๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘ซ
#๐‘ฉ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰
#๐‘ด๐’†๐’ˆ๐’‚๐’‰๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’”

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ๐๐‹๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐: ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐€๐‘๐‰๐€๐ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ (๐’๐Œ๐’) ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข...
13/02/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ๐๐‹๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐: ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐€๐‘๐‰๐€๐ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ๐‘๐Ž๐ (๐’๐Œ๐’) ๐Ÿ ๐’๐Š๐ ๐‘๐€๐‰๐ƒ

๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Pasukan 2 Skn RAJD telah melaksanakan Perbarisan Sarjan Mejar Skuadron di Padang Kawad Pasukan yang melibatkan seramai 81 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan telah diketuai oleh SSjn Mazli bin Abd Gazali.

Perbarisan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Majutera dan pemeriksaan perbarisan oleh Sarjan Mejar Skuadron. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Sarjan Mejar Skuadron dan diakhiri dengan bacaan doa serta acara bergambar bersama anggota perbarisan.

Dalam ucapannya, PW II Mohd Hafis bin Ramli mengingatkan semua anggota pasukan supaya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Beliau turut mengingatkan anggota agar tidak terlibat dengan perkara yang dilarang dalam perkhidmatan terutamanya penyalahgunaan dadah, ketum, judi, gejala buli, khalwat dan THTC bagi memastikan kecemerlangan pasukan sentiasa terpelihara.

#๐Ÿ๐’๐ค๐ง๐‘๐€๐‰๐ƒ
#๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐š๐ž๐๐š๐ก
#๐Œ๐ž๐ ๐š๐ก๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ

๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐, ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐Š๐”๐‹ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ” ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Pegawai Pemerint...
09/02/2026

๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐, ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐Š๐”๐‹ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐

๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ” ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD, Mej Ts. Afif bin Md. Ali, selaku Pengerusi TABIKA KEMAS Jurutera, telah mengadakan lawatan rasmi ke TABIKA tersebut yang berada di bawah pentadbiran pasukan 2 Skn RAJD. Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat suasana pembelajaran serta pengurusan harian TABIKA, di samping memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak pasukan dan warga pendidik.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Penolong Pegawai Pemerintah, Sarjan Mejar Skuadron serta Jurulatih Pendidikan Pasukan, dan telah membuka ruang interaksi serta perbincangan dua hala bersama pihak pengurusan TABIKA. Perbincangan meliputi aspek perkembangan pembelajaran murid, perancangan aktiviti pendidikan serta keperluan penyelenggaraan prasarana bangunan.

Sebagai tindakan susulan, anggota pasukan 2 Skn RAJD telah berganding bahu melaksanakan kerja-kerja mengecat tiga buah kelas bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih ceria, selesa dan kondusif. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan bukan sahaja dalam mempertahankan kedaulatan dan amanah negara, malah turut memikul tanggungjawab sosial dalam menyemai masa depan generasi pewaris. Usaha murni ini selaras dengan nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat berpasukan yang menjadi teras kecemerlangan 2 Skn RAJD.



Address

Kem Sangro
Taiping
34000

Telephone

+601121901379

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuadron Ke-2 RAJD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skuadron Ke-2 RAJD:

Share