Perikatan Nasional Parlimen Taiping - Halaman Rasmi

Perikatan Nasional Parlimen Taiping - Halaman Rasmi Calon N17 POKOK ASSAM
Berkhidmat untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia N17 POKOK ASSAM HAJI SHARIFUL JUHARI BIN ABU KASSIM

05/09/2023

Kenyataan Media

Tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menarik balik 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang tidak bermoral.

Dalam kes ini, Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi. Ini bermakna mahkamah telah berpuashati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas tentang perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

Yang peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya benar terdapat arahan sedemikian, pengguguran pertuduhan ke atas Zahid selepas beliau diarah membela diri di mahkamah merupakan titik hitam yang amat gelap dalam sistem keadilan di negara kita. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini.

Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa. Ia membuktikan sikap munafik beliau yang nyata. Slogan reformasi institusi dan tatakelola yang sering beliau dilaungkan hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong sahaja.

Keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia. Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi “a rogue state” atau negara penyangak.

Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendokong kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional

Kita semua harus bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah melepaskan Presiden UM...
04/09/2023

Kita semua harus bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah melepaskan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Hinggakan terdapat kenyataan yang dibuat Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang berbunyi:

“Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat,”.

Bila sahaja Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), untuk semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding, walaupun wujud prima facie serta kes sudah diperingkat bela diri – ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Cikgu mana tak sayang anak murid. Lagi-lagi kalau anak murid itu sanggup melakukan apa saja untuk cikgu, hatta menggadai prinsip perjuangan dan maruah parti. Mestilah ada timbal-balasnya.

Saya percaya dengan pelepasan Zahid Hamidi ini, pelabur akan bertambah yakin kerana terbukti pemimpin kita adalah pemimpin yang sentiasa dilindungi, lebih-lebih jika memegang tampuk kepimpinan tinggi dalam negara.

Ekonomi negara juga akan berkembang lebih pesat dengan pelepasan ini dan kita perlu yakin bahawa masalah harga barang serta kenaikan kos sara hidup akan boleh diselesaikan dengan segera selepas pelepasan ini.

Tahniah dan Syabas kepada Zahid Hamidi.

https://www.facebook.com/100052221882081/posts/856269769457078/?mibextid=Nif5oz

"Kemerdekaan ialah semangat patriotik bagi seluruh generasi muda khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Raikanlah kemerdekaa...
30/08/2023

"Kemerdekaan ialah semangat patriotik bagi seluruh generasi muda khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Raikanlah kemerdekaan dengan penuh muhibah dan bertunjangkan semangat perpaduan yang jitu. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-66!"..........................................
Ikhlas dari
Haji Kader Maideen bin Hussain
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Perak
Ketua Bahagian BERSATU Taiping ..........................................

02/06/2023

Saya menyambut baik kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

2 Jun 2023

Pengerusi PN itu berkata dia sedang berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan mengambil tindakan terhadap PM.
26/05/2023

Address

Taiping
Taiping
34000

Telephone

+60122822681

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional Parlimen Taiping - Halaman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share