Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak Menjalankan latihan kepada pegawai penjara lantikan baru

02/09/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan PULAPEN Perak serta 127 orang pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara ( KSAPP ) Siri 1/2026 yang terlibat secara lansung dalam merealisasikan Perbarisan Kawad Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan yang berlansung di Putrajaya dan Peringkat Negeri Perak yang berlansung di Ipoh, Perak.

Seramai 20 orang pegawai dan jurulatih serta 80 orang pelatih bersama pegawai dan anggota dari institusi latihan dan gabungan beberapa Institusi Penjara Malaysia telah mewakili Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia peringkat Kebangsaan dan menjalani latihan di Maktab Penjara Malaysia.

Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Perak p**a melibatkan seramai 3 orang Jurulatih serta 47 orang pelatih KSAPP Siri 1/2026 serta gabungan dengan anggota dari institusi Penjafa Negeri Perak.

Diharap peluang serta penyertaan pada tahun ini memberi pengalaman berharga yang penuh dengan pengorbanan, disiplin tinggi, dan semangat patriotisme yang mendalam.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎPusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PULAPEN) Perak dengan penuh semanga...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PULAPEN) Perak dengan penuh semangat patriotisme mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, integriti, disiplin dan semangat cintakan negara, demi membina Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah untuk dipelihara dan masa depan untuk dibina.

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ‘π€πŒπ”π’π€π‰πˆ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”Kursus ini telah dilaksanakan pada 28 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Ilmu dan  dise...
29/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ‘π€πŒπ”π’π€π‰πˆ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

Kursus ini telah dilaksanakan pada 28 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Ilmu dan disertai oleh seramai 180 orang pelatih KSAPP Siri 1/2026, di bawah kendalian Sjn Azizah a/p Ngah Botek dan Sjn Mawarni binti Mohd Sabri.

Kursus Pramusaji ini dilaksanakan bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada para pelatih berkaitan Tatacara pengurusan sajian dan hidangan, ruang makan serta tatacara perkhidmatan makanan yang betul dan profesional kepada tetamu dalam majlis tertentu. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan, disiplin serta penampilan diri pelatih ketika melaksanakan tugas ini.

Pelatih diberi pendedahan asas mengenai Kelengkapan dan keperluan di meja makan, susun atur meja makan, teknik melipat napkin dan kaedah menyajikan hidangan.

Kursus ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para pelatih serta meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, disiplin dan profesionalisme mereka, khususnya dalam aspek pengurusan ruang makan dan perkhidmatan makanan.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππˆπ€πŒπ”π‹π‹π€πˆπ‹ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”Program Qiamullail KSAPP Siri 1/2026 merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang d...
23/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππˆπ€πŒπ”π‹π‹π€πˆπ‹ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

Program Qiamullail KSAPP Siri 1/2026 merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang diadakan secara bulanan di Surau Al-Ulumiah. Program ini bertujuan untuk membentuk dan memperkukuhkan penghayatan agama, serta membina jati diri di kalangan pelatih KSAPP Siri 1/2026.

Program ini melibatkan semua pelatih Muslim KSAPP Siri 1/2026 serta turut melibatkan kehadiran Pegawai dan jurulatih yang mencerminkan komitmen bersama dalam menerapkan nilai-nilai kerohanian, disiplin dan sahsiah yang baik, disamping turut memberikan contoh teladan serta suntikan motivasi kepada para pelatih untuk terus mengamalkan kehidupan yang seimbang dari aspek fizikal, mental dan spiritual.

Program Qiamullail ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hani Nur Aqeel bin Mohd Amli, Pembantu Guru Agama (MySTEP), dibantu oleh Biro Sahsiah serta imam-imam yang dilantik.

Program Qiamullail ini akan menjadi salah satu medium penting dalam membentuk pelatih yang bukan sahaja mempunyai disiplin dan kecergasan yang baik, malah mempunyai kekuatan rohani serta sahsiah terpuji. Program yang dilaksanakan secara berterusan setiap bulan ini diharapkan dapat diteruskan bagi memastikan penghayatan nilai-nilai keagamaan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan peserta kursus di PULAPEN Perak.

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” π’π„πŒππ„ππ€ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹...
23/08/2026

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπ„π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” π’π„πŒππ„ππ€ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ—

Pelepasan sebahagian Kontinjen Kawad Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan yang melibatkan barisan kejurulatihan dan 80 orang peserta KSAPP Siri 1/2026 Kali Ke-69 telah disempurnakan oleh TPP Mohd Syafiq bin Yusoff, Timbalan Komandan Latihan dan Akademik.

Majlis pelepasan ini menjadi simbolik kepada kesiapsiagaan dan komitmen kontinjen dalam mewakili organisasi ke peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlansung 31 Ogos 2026.

Kontinjen yang terlibat telah diberikan amanat agar sentiasa mengekalkan disiplin, semangat berpasukan serta menunjukkan prestasi dan imej yang terbaik sepanjang menyertai acara tersebut.

Semoga Kontinjen Kawad Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-69 terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama organisasi di persada kebangsaan.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 – π„πŠπ’ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π€πŠProgram telah dihadiri oleh 30 peserta Kursus Sijil  Asas Peng...
23/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 – π„πŠπ’ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π€πŠ

Program telah dihadiri oleh 30 peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026 bersama 4 orang jurulatih pengiring pada 22 Ogos 2026 iaitu pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi bertempat di Masjid Jamil Al Kholidi, Kampung Sengat, Simpang Pulai, Perak. Penglibatan peserta dalam program ini merupakan salah satu bentuk aktiviti pengisian kerohanian dan kemasyarakatan sepanjang tempoh kursus.

Program ini turut menampilkan Dato' Prof. Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah selaku penceramah jemputan dan tokoh akademik. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan dan penghayatan kepada para peserta berkaitan nilai-nilai murni, akhlak serta kecintaan kepada Rasulullah SAW. Selain itu, program turut melibatkan aktiviti jualan produk dan promosi keusahawanan melalui beberapa jenama di bawah Koop Sahabat serta rakan kerjasama.

Program ini turut dihadiri oleh TKP Fayrouz bin Hj Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππŽπ‹π€ π‰π€π‘πˆππ† 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠMajlis Penyerahan Bendera Negeri Perak kepada...
20/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππŽπ‹π€ π‰π€π‘πˆππ† 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ

Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak kepada Kontinjen Bola Jaring Penjara Negeri Perak bagi menyertai Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri – Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 telah disempurnakan oleh TKP Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak, bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PLPP) Taiping, Perak pada 19 Ogos 2026. Turut hadir dalam majlis ialah Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping serta wakil institusi Penjara Negeri Perak.

Kejohanan yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Wakaf Tapai, Marang, Terengganu diketuai oleh Insp. Nor Hidayah binti Ismail yang juga bertindak sebagai Pengurus Pasukan bersama 12 orang pemain.

Majlis ini turut menjadi wadah bagi menyampaikan amanat, nasihat serta kata-kata pembakar semangat kepada kontinjen yang bakal membawa nama Penjara Negeri Perak ke Kejohanan tersebut.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan bagi menguji keupayaan, kemahiran dan ketahanan mental para pemain, malah turut menjadi platform untuk memperlihatkan semangat kerjasama, disiplin, kesukanan dan daya juang dalam membawa nama Penjara Negeri Perak.

Dalam amanatnya, Pengarah Penjara Negeri Perak menyeru agar seluruh anggota kontinjen beraksi dengan penuh keyakinan, semangat kesukanan dan tidak mudah berputus asa dalam menghadapi setiap perlawanan. Setiap mata yang diperoleh merupakan hasil usaha bersama, manakala setiap cabaran hendaklah dihadapi sebagai satu pasukan yang teguh dan bersatu.

πŸ”₯ AYUH KONTINJEN BOLA JARING PENJARA NEGERI PERAK! πŸ”₯

Satu Pasukan β€’ Satu Matlamat β€’ Satu Semangat
🏐 PERAK BOLEH! 🏐

π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„ π“π€π‹πŠ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠExecutive Talk Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Fayrouz bin Haji A...
20/08/2026

π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„ π“π€π‹πŠ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ

Executive Talk Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak bersama pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2026 dengan tema β€œReformasi Penjara Demi Kesejahteraan Komuniti”, telah diadakan di Auditorium Ilmu, pada 18 Ogos 2026.

Sesi ini turut dihadiri oleh TKP Kamarulzaman bin Ismail, Pengarah Penjara Tapah, PKK Rizalma bin Che Abd Hamid, Pengarah Penjara Taiping, PKP S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP Abd Aziz bin Che Mamat, Komandan PULAPEN Perak, PKP Jeffry bin Pandal, Komandan Pusat Koreksional Chenderiang, PP Mahadevan a/l Karuppan, wakil Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, TPP Muhamad Shafrin Ashraf bin Mat Azam, wakil Komandan Penjara Satelit Kuala Kangsar, serta wakil-wakil kakitangan institusi Penjara Negeri Perak.

Perkongsian ini memberi pendedahan kepada 313 pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2026 mengenai hala tuju transformasi perkhidmatan korektif yang kini menekankan aspek pemulihan, reintegrasi dan kesejahteraan komuniti, di samping fungsi keselamatan dan penguatkuasaan.

Dalam sesi tersebut, pelatih turut didedahkan kepada peranan Pegawai Penjara sebagai penguat kuasa keselamatan, ejen perubahan, ejen pemulihan dan penghubung komuniti, serta kepentingan kerjasama strategik antara Jabatan, agensi kerajaan, NGO dan pihak industri dalam membantu proses reintegrasi prospek ke dalam masyarakat.

Executive Talk ini diharapkan dapat membentuk pelatih yang bukan sahaja kompeten dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan, malah memiliki nilai kemanusiaan, integriti, kemahiran membimbing serta kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dalam melaksanakan amanah sebagai warga Jabatan Penjara Malaysia.

β€œReformasi Penjara Demi Kesejahteraan Komuniti”








ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠMajlis Perhimpunan B...
20/08/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ

Majlis Perhimpunan Bulanan, dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Penjara Negeri Perak telah diadakan pada 18 Ogos 2026 bertempat di Padang Kawad, PULAPEN Perak. Majlis ini merupakan salah satu platform bagi memperkukuhkan semangat patriotisme, meningkatkan disiplin serta menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis telah disempurnakan oleh TKP Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak dan turut dihadiri oleh TKP Kamarulzaman bin Ismail, Pengarah Penjara Tapah, PKK Rizalma bin Che Abd Hamid, Pengarah Penjara Taiping, PKP S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP Abd Aziz bin Che Mamat, Komandan PULAPEN Perak, PKP Jeffry Bin Pandal, Komandan Pusat Koreksional Chenderiang, PP Mahadevan a/l Karuppan, wakil Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, TPP Muhamad Shafrin Ashraf Bin Mat Azam, wakil Komandan Penjara Satelit Kuala Kangsar, serta wakil kakitangan institusi Penjara Negeri Perak.

Kehadiran warga kerja dalam majlis ini turut mencerminkan komitmen dan sokongan terhadap pelaksanaan program rasmi jabatan serta penghayatan terhadap sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026.

Aturcara diteruskan dengan pemakaian pingat kepada tujuh (7) orang kakitangan Penjara Taiping sebagai pengiktirafan atas khidmat dan sumbangan yang telah diberikan kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Simbolik kepada pembukaan Bulan Kebangsaan, Pengarah Penjara Negeri Perak berbesar hati menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua Ketua institusi serta wakil yang hadir, dan seterusnya gimik pembukaan Bulan Kebangsaan. Mengambil semangat Bulan Kebangsaan 2026 yang membawa tema β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” sempena Hari Kebangsaan Ke-69, warga Penjara Negeri Perak turut diseru untuk menghayati erti kemerdekaan dalam konteks perkhidmatan korektif.

π’π„ππ€πŒπ€π π‹πˆπ“π€π‘ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”Senaman Litar bagi peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026 telah...
16/08/2026

π’π„ππ€πŒπ€π π‹πˆπ“π€π‘ πŠπ’π€ππ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

Senaman Litar bagi peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026 telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2026 bertempat di Padang Stadium Sultan Yusoff. Program ini melibatkan seramai 312 orang pelatih sebagai salah satu aktiviti pembentukan kecergasan fizikal, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta kursus.

Perlaksanaan senaman litar ini bertujuan untuk menguji tahap kecerdasan pelatih disamping mempersiapkan pelatih dengan tahap kecergasan yang bersesuaian mengikut tempoh mereka menjalani latihan.

Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan bagi memastikan pelatih bersedia dari aspek fizikal sebelum menjalani latihan. Seterusnya, para pelatih dibahagikan kepada beberapa kump**an dan menjalani aktiviti senaman litar mengikut stesen yang telah ditetapkan.

Latihan dilaksanakan secara terkawal dengan pemantauan jurulatih bagi memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan selamat, teratur dan mengikut arahan yang diberikan.

Address

Jalan Mudzaffar Shah
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058050020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak:

Shortcuts

Share