27/08/2026
๐๐จ๐ฅ๐๐๐จ๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ & ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐จ๐ง ๐
Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, telah berlangsung Program Kelestarian Alam & Gaya Hidup Sihat Bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 6 di Dewan Taman Suria Permai, Taiping. Program ini turut menjadi platform bagi pelancaran Program Bulan Kemerdekaan sepanjang bulan Ogos 2026 di komuniti tersebut.
Klinik Pergigian Pokok Assam telah terlibat dalam program ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kolaborasi bersama komuniti dalam memperkukuhkan promosi kesihatan pergigian kepada masyarakat setempat.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan pergigian telah dijalankan, antaranya:
1. Pemeriksaan dan Rawatan Kesihatan Pergigian ๐ฆท
Seramai 46 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan mulut serta rawatan pergigian seperti tampalan dan penskaleran gigi.
2. Pameran Pergigian Berfokus ๐
Pameran pergigian pada kali ini memberi penekanan khusus kepada kesedaran dan pengesanan awal kanser mulut, penyakit pergigian serta rawatan berkaitan.
Maklumat berkaitan tanda-tanda awal kanser mulut, faktor risiko seperti merokok dan pengambilan alkohol, kepentingan pemeriksaan pergigian secara berkala serta tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat perubahan luar biasa dalam rongga mulut telah dikongsikan bersama orang ramai.
Selain itu, maklumat berkaitan simptom dan punca kejadian karies gigi, penyakit gusi serta rawatan yang berkaitan turut disampaikan melalui pameran tersebut.
3. Permainan Interaktif ๐ฎ
Aktiviti interaktif pendidikan kesihatan pergigian untuk pelbagai peringkat umur turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai penjagaan kesihatan mulut dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Program ini bukan sahaja memberikan manfaat dari aspek kesihatan, malah turut mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti dalam suasana harmoni dan muhibah. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha kolaborasi sebegini dapat diteruskan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran dan amalan kesihatan dalam kalangan masyarakat secara menyeluruh.