Derma Darah Taiping

Derma Darah Taiping Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan. Blood Donation is service to Humankind,By Donating Blood you help a needy and save a precious life.

Transfusion of blood every year saves Millions of life all over the world every year,Their are Millions of Blood Donors all over the world But still their are number of countries who don’t have adequate number of blood suppliers and face the challenge of blood supply to the patients. Do you feel you don’t have much to offer? You have the most precious resource of all: the ability to save a life by

donating blood! Help share this invaluable gift with someone in need. we are inviting you.. our hero! to donate blood. come to our centre at:

Unit Transfusi, 1 Floor,
Hospital Taiping, Taiping,
Perak. Contact : 8204 341

3 September 2026Anda kini berada di Taiping dan sudah lama tidak menderma darah? Jika jawapan anda ya, inilah masanya un...
03/09/2026

3 September 2026

Anda kini berada di Taiping dan sudah lama tidak menderma darah?

Jika jawapan anda ya, inilah masanya untuk anda kunjungi Hospital Taiping dan menderma darah. 😃

Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka yang memerlukan. 🩸❤️


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/PuanKami kini berada di AEON Mall, Taiping untuk Program Derma Darah. Kami aka...
02/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan

Kami kini berada di AEON Mall, Taiping untuk Program Derma Darah. Kami akan berada di sini sehingga pukul 2.30 petang.

Tuan/puan yang berkelapangan, dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan program ini ☺️.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Jom luangkan masa anda dengan hadir menderma darah esok di AEON Mall Taiping. Jemput...
01/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom luangkan masa anda dengan hadir menderma darah esok di AEON Mall Taiping. Jemput datang semua! 🤗

Sebelum menderma sila pastikan:
🌹 Bawa kad pengenalan dan buku merah (sekiranya ada)
🌹 Rehat/tidur yang cukup sekurang-kurangnya 5 jam
🌹 Makan sebelum menderma dan minum air secukupnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Penderma darah yang budiman,Jom luangkan masa anda dengan menghadiri kempen derma da...
01/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penderma darah yang budiman,

Jom luangkan masa anda dengan menghadiri kempen derma darah di lokasi seperti yang tertera dalam jadual sepanjang minggu ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan juga para penderma budiman atas segala bantuan dan sokongan yang berikan selama ini.🙂


Berakhir sudah program derma darah anjuran Persatuan Chee Peng Khor yang telah berlangsung dengan jayanya di Taiping Mal...
31/08/2026

Berakhir sudah program derma darah anjuran Persatuan Chee Peng Khor yang telah berlangsung dengan jayanya di Taiping Mall hari ini.

Sambutan yang diterima amat luar biasa dan sangat menggalakkan, di mana sebanyak 134 beg darah telah berjaya diperolehi!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah yang sanggup menunggu dengan penuh sabar untuk menderma. Pengorbanan dan keprihatinan anda amat bermakna dan amat kami hargai. 😊

31/08/2026
30/08/2026

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/PuanKami kini berada di Taiping Sentral untuk Program Derma Darah. Kami akan b...
30/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/Puan

Kami kini berada di Taiping Sentral untuk Program Derma Darah. Kami akan berada di sini sehingga pukul 2.00 petang.

Tuan/puan yang berkelapangan, dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan program ini ☺️.

Penderma darah yang budiman,Jom luangkan masa dengan hadir menderma darah dilokasi yang tertera. Terima kasih atas sokon...
28/08/2026

Penderma darah yang budiman,

Jom luangkan masa dengan hadir menderma darah dilokasi yang tertera. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

Sebelum menderma sila pastikan:
🌹 Bawa kad pengenalan dan buku merah (sekiranya ada)
🌹 Rehat/tidur yang cukup sekurang-kurangnya 5 jam
🌹 Makan sebelum menderma dan minum air secukupnya.


72 WOKSYOP DIVISYEN28 OGOS 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak 72 Woksyop serta seluruh...
28/08/2026

72 WOKSYOP DIVISYEN
28 OGOS 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak 72 Woksyop serta seluruh warga yang telah tampil menderma darah.

Sumbangan dan keprihatinan yang diberikan amat bermakna. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada warga di luar sana untuk turut tampil menderma darah.

Address

Taiping

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6058204341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Darah Taiping:

Shortcuts

Share